Monday 14 October 2013

Proses Pembentukan Kata


Bentuk Kata Tunggal

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau Iebih. Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan, seperti ini, itu, sini, dan sana, namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dan segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V)sahaja, satu vokal disertai satu konsonan (K), atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan-konsonan itu hadir dihadapan atau di belakang vokal atau serentak di hadapan dan dibelakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

 Kata tunggal satu suku kata

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad, iaitu kira-kmna 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan-perkataan yang merupakan kependekan bagi penkataan-perkataan dua suku kata atau lebih, misalnya kut untuk akut dan to untuk ito, tetapi perkataan-perkataan sedemikian tidak dianggap satu suku kata. Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK
Contohnya:
1. KV
      yu ru ya
2. VK
      am
3. KVK
      cat wang bah tin bi lap sen roh jong dan
4. KKVK
      stor pruf dril gred skel brek krim trak draf dram
5. KVKK
      teks bank volt harp kord seks zink golf
6. KKKV
      skru
7. KKKVK
      skrip spring* straw

Pola-pola yang mengandungi gugus konsonan seperti yang terdapat dalam contoh-contoh 4, 5, 6, dan 7 ialah gejala baharu dalam bahasa Melayu akibat proses pengambilan perkataan daripada bahasa-bahasa asing. Bahasa Melayu tidak mempunyai pola-pola V. KKVKK dan beberapa pola lagi yang wujud dalam beberapa bahasa lain di dunia.


 Kata tunggal dua suku kata

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut:


1. V+KV
2. V+VK
3. V+KVK
4. VK+KV
5. VK+KVK
6. KV+V
Contohnya:
1. V+KV
      aku uda ela iri ubi
2. V+VK
      aib air aur ais
3. V+KVK
      adik izin emas ubat alas
7. KV+VK

      tuah buah kuil diam giat kuih hat buih
8. KV+KV

      pasu buku rata leka telur parang sikat bakul
9. KV+KVK
      telur parang sikat bakul
mulut pasung 

10. KVK+KV
      tunggu sunti tinggi janji sendi
11. KVK+KVK
      bengkung jemput sandar tampung benteng junjung

 Kata tunggal tiga suku kata

Dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata, jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil. Namun demikian pola-pola susunan konsonan-vokalnya agak banyak. Jika diperhatikan perkataan perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. Antara pola-polanya:
1. KV+V+KV
2. KV+V+KVK
3. V+KV+V
4. KV+KV+V
5. KVK+KV+V
6. KV+KV+VK
7. KVK+KV+VK
8. V+KV+KV
9. V+KV+KVK
10. VK+KV+KV
11. KV+KV+KV
12. KVK+KV+KV
13. VK+KV+VK
14. V+KV+VK
15. KV+KV+KVK
16. KVK+KV+KVK
17. KV+KVK+KV
18. KVK+KVK+KV
19. KV+KVK+KVK



1. KV+V-4-KV
      cuaca suara tiada biasa
2. KV+V+KVK
      biawak piutang siamang ziarah
3. V+KV+V
      usia anoa urea
4. KV+KV+V
      semua mulia deria setia
5. KVK+KV+V
      tempua mentua
6. KV+KV+VK
      keruan seluar sekian peluang
7. KVK+KV+VK
     
mengkuang mendiang berlian sengkuang tempias kembiang  
8. V+KV+KV
      utara utama irama agama usaha aroma ilahi udara asasi azali

9. V+KV+KVK
      ijazah amanah amaran adikung ibarat akibat aqidah alamat  
10. VK+KV+KV
      indera asrama angkasa angsana
11. KV+KV+KV
      keliru budaya delima seteru
12. KVK+KV+KV
      menteri bendera kemboja misteri mentega bestari jendela
13. VK+KV+VK
      ilmiah ikhtiar
14. V+KV+VK
      akaun elaun
15. KV+KV+KVK
      belalang senapang senangin kelamin binatang belukar selaput
16. KVK+KV+KVK
      tempurung matlamat cendawan sembihan tempayan maksimum
17. KV+KVK+KV
      belanja setanggi kerengga kelambu keranda selamba kerangka
18. KVK+KVK+KV
sempurna
19. KV+KVK+KVK
      kelongsong belimbing gelanggang selumbar telanjang kumandang
  
Kata tunggal empat suku kata dan lebih
Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contoh-contohnya:
1. KV+KV+VK+KV
   keluarga biduanda keluangsa
2. KV+KVK-sKV+KV
   sederhana kerempagi belantara sementara
3. KVK+KV+KV+KV
   laksamana sandiwara merbahaya bendahara
4. KVK+KV+V+KV
   sentiasa
5. KV+KV+KV+KV
   bidadari serigaha peterana sanubari harmonika mandaliku
6. KV+KV+KV+KVK
   salasilah masyarakat perajurit munasabah kelemayar hulubalang
7. KVK+KV+KV+KVK
   sentimeter
8. KVK÷KVK÷KV÷KV
   singgahsana dispensari
9. KV+KV+V+KVK
   mesyuarat nasional
10. V+KV+KVK+KV÷KV
    universiti
11. KVK+KV+KV+KV+KVK
    cenderawasih kosmopolitan
12. KV+KV+KV+KV+KV+KV
    maharajalela


Akronim

Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal.Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar, contohnya:

Bernama — (Berita Nasional Malaysia)
Gapena — (Gabungan Pc’nuhis Nasionah)
Mara — (Majlis Amanah Rakyat)
ubahsuai — (aba/i sesiiai)
kugiran — (kampuhangitar raacak)


Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara. Ini tergantung pada cara pembentukan akronim tersebut. Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkaikata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya:
LUTH — (Lembaga Urusan dan Tabung Haji)
ABIM — (Angkatan Belia Islam Malaysia)


Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya,jika bukan kata nama khas. 

Contohnya:
tabika — (taman bimbingan kanak-kanak)
ubahsuai — (ubah sesuai)
kugiran — (kampulan gitar rancak)
purata — (pukul rata)
 

Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya:
 

Bernama — (Berita Nasional Malaysia)
Pernas — (Perbadanan Nasional)
Intan — (Institut Tadbiran Awam Negara)
Mara — (Majlis Amanah Rakyat)
Petronas — (Petroleum Nasional)
Proton — (Perusahaan Otomobil Nasional)


No comments: