Baja Royal Organik

Baja Royal Organik

Ruang Iklan

Tuesday 9 September 2014

GORENG PERUT CAMPUR

Assalamualaikum semua....walaupun hari raya puasa dah lama berlalu, aku ingin berkongsi juadah wajib ada di pagi raya di rumah ayahku, juadah kegemaran abang iparku yang berasal dari Melaka. Menurut  beliau, kalau raya tak ada daging  tak kisah..asalkan perut lembu ada....kalau tak ada perut tak rasa raya katanyer....hihihihi....sebelum ini keluarga aku bila tang perut jer kami tau masak gulai lemak jer...memang tak pernah terfikir pun perut boleh buat goreng campur sayur gini...masa tu kami memang pelik...tapi sekarang dah menjadi kegemaran satu keluarga....adik beradik..anak-anak buah kalau balik raya rumah ayah mesti akan cari lauk ni....yang aku masak ni pun lebihan perut lembu masa raya hari tu....perut lembu segar lagi sesuai dari yang import tu yer untuk di masak gini....

 
Bahan-bahan;
 
1/2 kilo perut lembu (rebus hingga empuk dan toskan)
1/2 keping tempe - potong dadu, goreng dahulu
6 tangkai kacang panjang - potong serong
6 biji bawang merah  )
2 ulas bawang putih   )dimayang
4 biji cili hijau )
15 biji cili api  ) dihiris 
belacan besar duit 50sen
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis.
 
Cara memasaknya;
 
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang yang telah dimayang besama hirisan cili sampai layu kemudian masukkan kacang panjang, tempe dan perut. Masukkan belacan yang telah dihancurkan bersama air, masak hingga kuah agak kering, rasa garam secukupnya. Tutup api dan boleh hidangkan.
 
Menu ini juga boleh makan bersama dengan nasi impit. Ala-ala sambal lodeh kering gitu. Selalunya abang iparku akan makan bersama dengan kari ayam kampung melaka style. Kalau suka boleh campurkan sekali dengan fucuk tauhu, suhun dan tauhu goreng...sama seperti lodeh kering yang dicampur perut. Tapi kami sekeluarga lagi suka dengan campuran  seperti di atas sahaja.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...