Thursday, February 9, 2012

Alhamdulillah, akhirnya semalam dapat confirmation dari pihak Aspetar yang flight saya ke Doha dah confirm minggu depan. Saya akan berangkat dari KLIA pada 14/2/2012 (hari birthday isteri tercinta pulak tu). Flight pukul 10.10am dan dijangka sampai dibumi Qatar pada pkl 12.55pm (waktu Doha). Penerbangan akan ambik masa 7 jam 45 minit (kurang2nya lebih singkat waktunya dari penerbangan ke Dublin dan Paris yg pernah saya naik dulu, 15jam dalam kapal terbang).

Saya akan naik dengan Qatar Airways, first time naik dengan syarikat ni. Hopefully selesa la.


Syarikat dah tetapkan saya akan berada di Doha sehingga hari Sabtu (18/2/2012) hampir 5 hari disana, 2 hari just for interview jer. 1st day ngan Finance Department, 2nd day ngan HR Department.


Aku doakan proses interview aku ini akan berjalan dengan lancar. Moga perjalanan hidup aku ini sentiasa mendapat perlindungan dan keredhaan Allah SWT. Insyallah. Amin.

Monday, February 6, 2012

Alhamdulillah, itu saja yang mampu aku luahkan ditika ini.

Hari ni dapat email dari Aspetar, Doha, Qatar, yang aku Insyallah akan ke Doha untuk menghadiri "site interview" bagi jawatan finance kat sana. Phone interview dah lepas, hopefully this time pun lepas jugak la. Insyallah.

Aku, isteri dan anak-anak dah teruja untuk memulakan hidup baru di negara timur tengah. Mencari rezeki yang halal dan pengalaman baru.

Setelah hampir 6 bulan diuji oleh Allah, mungkin ini yang telah dijanjikan rahmat dariNya, Wallahualam.

Pada tika ini, aku berdoa kehadrat Illahi moga ada rezeki ku nanti. Insyallah.

Doha, I'm coming. :-)

Aspetar, terimalah aku. :-)

Amin Ya Allah.


Sunday, February 5, 2012

Coretan Pertama Kali di Hari Maulid Nabi SAW

Assalamualaikum wbt,

Coretan pertama ini aku mulakan di hari Maulid Nabi, diharapkan blog ini akan menjadi rekod kehidupan aku sekeluarga selepas ini. Moga Allah akan memberikan aku masa untuk terus mencoretkan sesuatu disini. Insyallah.

Tanggal 5/2/2012 ini akan sentiasa terpahat didalam blog ini.

Sempena Maulid Nabi hari ni, ku akhiri coretan pertama ku ini dengan selawat nabi, SAW.