SELAMAT DATANG KE BLOG "SERONOK BELAJAR BAHASA MELAYU"

Sunday 28 October 2012

AKTIVITI MURID DI DALAM BILIK DARJAH

Murid Membina Ayat Menggunakan Fomula sAKa diM

Murid Seronok Membina Ayat Menggunakan BBM 

Murid Membina Ayat Menggunakan Kad Putih/White Board

Aktiviti Berkumpulan

Murid Bekerjasama Dalam Kumpulan

Permainan Bahasa (Sahibba)

Murid Membentuk Perkataan Menggunakan Roda Impian


Permainan Bahasa (Teka Silang Kata Bergambar)

Aktiviti Kenali Apa dan Tahu Ejaannya

SKEMA JAWAPAN LATIHAN TATABAHASA


SKEMA JAWAPAN
LATIHAN KATA NAMA AM :

Latihan 1:

1. abang  , pejabat
2. buku , ayah
3. sayur ,ibu
4. rama-rama , taman , madu
5. adik  , ular  , dapur

Latihan 2:


1. C
2. D
3. B
4. A
5. C
Latihan 3:

contoh jawapan
1.buah-buahan :
(tembikai,durian,rambutan)

2. haiwan :
   (kucing ,arnab,lembu)

3. benda di dalam bilik 
   darjah
   (meja ,kapur ,penyapu)




LATIHAN KATA NAMA KHAS:
Latihan 1 :

1. Sang Kancil
2. Sony
3. Disember
4. Taman Bahagia
5. Encik Hakim



Latihan 2:

1. Zoo Negara
2. Port Dickson
3. Si Tompok
Latihan 3:

1. Puan Zaira
2. Si Comel
3.Taman Tasik Perdana
4. Proton Iswara
5. Siti   , Jalan Anggerik



LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI

Latihan 1:

1. Kami
2.Beliau
3. Dia
4. tuanku
5.Kita

Latihan 2:

1. B
2. C
3. D
4. A
5. C

Latihan 3 :

1. kalian ditukar kepada
   mereka

2. dia  ditukar kepada
    beliau
  


LATIHAN KATA ADJEKTIF

Latihan 1:

1. dingin
2.sayang
3. ayu
4. segar
5.kacak


Latihan 2:

1. C
2. C
3. B
4. C
5. A


  




Set Latihan Tatabahasa 1

Kata Adjektif

1. dingin
2.segar
3.ayu
4.segar
Kata Sendi Nama

1.dari
2.oleh
3.untuk
4.daripada
Kata Ganti Nama Diri

1.kita
2.kamu
3.saya
4.beliau
Kata Hubung

1.lalu
2.sambil
3.kerana
4.dan



Set Latihan Tatabahasa 2 ( Objektif)
Kata Ganti Nama Diri

1. B
2. D
3. B
4. B
5. D
6. B
7. D
8. A
9.B
10.D


Kata Hubung

1.D
2.D
3.D
4.C
5.A
6.C
7.D
8.B
9.C
10. A
Kata Adjektif

1.A
2.A
3.B
4.A
5.D
6.B
7.D
8.D
9.A
10.D
Kata Sendi Nama

1. A
2. D
3. C
4. D
5. A
6. B
7. C
8. A
9. D
10. D








NOTA TATABAHASA


KATA NAMA AM DAN KATA KHAS
Kata nama terbahagi kepada dua iaitu :
            1.Kata Nama Am
            2. Kata Nama Khas
Kata Nama Am
Kata Nama Am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut manusia ,haiwan ,benda ,tempat,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya .Contohnya :

manusia
bapa, guru , doktor
haiwan
burung ,arnab, lembu
benda
almari ,pisau ,kereta
tempat
bilik darjah ,sungai, jalan raya
tumbuh-tumbuhan
bunga , sawi ,pokok

Kata Nama Khas
Kata Nama Khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut  manusia ,haiwan ,benda, tempat dan sebagainya secara khusus .Contohnya
manusia
Irfan , Puan Lim , Doktor Ramu
haiwan
Si Tompok (kucing), Si Jalak (ayam) , Pak Belang (harimau)
benda
Proton Waja(kereta) ,Nokia (jenama telefon) ,pilot(pen)
tempat
Johor (negeri) ,Malaysia (Negara) Jalan Setia (nama jalan)
judul
Berita Harian (akhbar),Senjakala (novel), Kertas Model UPSR (buku)

·         Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.
·         Huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar.




KATA GANTI NAMA DIRI
Kata Ganti Nama terbahagi kepada tiga :

  1)
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Penggunaan
 aku
Apabila bercakap dengan kawan yang rapat atau Tuhan
 saya
Apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali
 hamba
Digunakan oleh rakyat biasa ketika menghadap raja atau sultan
 patik
Digunakan oleh pembesar-pembesar atau orang-orang kenamaan ketika menghadap raja atau sultan
 beta
Digunakan oleh raja atau sultan ketika bertitah
 kami
Digunakan oleh diri orang yang bercakap berserta kawannya apabila bercakap dengan orang kedua
 kita
Digunakan oleh orang yang bercakap berserta dengan orang kedua

 2)
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Penggunaan
awak .kamu
Digunakan untukdiri orang kedua yang rapat hubungannya dengan orang yang bercakap
engkau
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan orang yang bercakap atau Tuhan
anda
Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
tuanku
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan
kalian
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

 3)
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Penggunaan
ia ,dia ,mereka
Digunakan untuk orang ketiga yang dicakapkan halnya
beliau
Digunakan untuk orang yang dihormati
baginda
Digunakan ketika merujuk kepada raja atau sultan




KATA GANTI NAMA TEMPAT
Kata ganti nama tempat digunakan untuk menunjukkan sesuatu tempat.
Kata Ganti Nama Tempat
Penggunaan
ini
Untuk menunjukkan sesuatu yang dekat
itu
Untuk menunjukkan sesuatu yang jauh
sini
Untuk tempat yang dekat dan apat dilihat dengan jelas
situ
Untuk tempat yang jauh tetapi masih dapat dilihat
sana
Untuk tempat yang jauh dan tidak kelihatan

KATA SENDI NAMA
Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain dalam ayat.
Kata Sendi Nama
Penggunaan
di
Digunakan untuk menunjukkan tempat.
ke
Digunakan untuk menunjukkan tempat,masa dan arah.
dari
Digunakan untuk menunjukkan tempat dan masa.
daripada
Digunakan untuk menunjukkan orang,perbandingan dan kejadian.
pada
Digunakan untuk menunjukkan masa ,manusia ,benda dan haiwan.
kepada
Digunakan untuk menunjukkan orang dan haiwan
dengan
Digunakan untuk menyatakan makna bersama-sama,bandingan setara ,keterangan cara dan cara menggunakan alat
sehingga
Digunakan untuk menyatakan had sesuatu
oleh
Digunakan selepas kata kerja pasif berimbuhan awalan di_ dan ter_
akan,terhadap
Digunakan selepas kata adjektif yng menunjukkan emosi atau sikap
sejak,semenjak
Digunakan untuk menunjukkan masa.





KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA

(A) Kesalahan Penggunaan Kata Nama (Ganti Nama Diri)

Sebagai guru kita sering lihat murid menggunakan pendekatan ini dalam memberikan      ayat yang sama maksud dan penukaran ayat aktif kepada ayat pasif .Ayat murid adalah seperti berikut :
            Contoh : Saya menonton televisyen di ruang tamu. (ayat aktif) apabila dijadikan ayat pasif, ayatnya “Televisyen di ruang tamu ditonton oleh saya”.Sebenarnya ayat pasif ini salah .Cuba  teliti (i) di bawah.

·         i)Bentuk frasa kerja pasif diri pertama (aku,saya,hamba,patik,beta,kami dan kita)     tidak boleh disamakan dengan frasa kerja pasif diri ketiga (ia,dia,mereka,beliau dan baginda).

Contoh : Buku latihan itu dihantar oleh saya. (SALAH)
                                      Buku latihan itu saya hantar .          (BETUL)

Perkara yang sama berlaku bagi situasi (ii) ,di bawah .Oleh itu, murid perlu ditegaskan tentang bentuk frasa kerja pasif diri pertama ,kedua dan ketiga.

·         ii)Bentuk frasa kerja pasif diri kedua(awak,kamu,engkau,anda,tuanku dan kalian) juga   tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja diri ketiga(ia,dia,mereka,beliau dan baginda)

Contoh : Inilah baju yang dibeli oleh kamu. (SALAH)
               Inilah baju yang kamu beli .           (BETUL)

                                 
·         iii)Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga(ia,dia,mereka,beliau dan baginda) pula tidak
 boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja  pasif diri kedua (awak, ,kamu,engkau,anda,tuanku dan kalian)

Contoh : Buku itu beliau tulis .   ( SALAH)
               Buku itu ditulis oleh beliau. (BETUL)

·         iv)Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama (aku,saya,hamba,patik,beta,kami dan kita) atau diri kedua(awak,kamu,engkau,anda,tuanku dan kalian) dengan kata kerja yang tidak berawalan men_

Contoh : Masalah ini kami akan atasi .( SALAH)
               Masalah ini akan kami atasi ( BETUL)
                                    
            Dalam perkara (i),(ii) (,iii) dan (iv) diatas  murid perlu diberikan kefahaman terhadap
            Kata Nama Diri Pertama,Kedua dan Ketiga dan juga perlu banyak diberikan  latihan agar
          kesalahan tidak berulang.






  B) Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama
Kata sendi yang sering salah digunakan oleh murid  ialah :-
                 i) ‘dari’ dan ‘daripada’,
                 ii )‘ di’ dan ‘pada’
                  iii)‘ke’ dan ‘kepada’

            i) Penerangan : Kata  ‘dari’ digunakan untuk tempat dan waktu manakala
               kata ‘daripada’ digunakan untuk orang ,perbandingan,asal kejadian ,benda
              abstrak       dan   untuk menunjukkan keaggotaan.
            Lihat contoh-contoh ayat di bawah :-
SALAH
BETUL
1. Saliza datang daripada Kuala Lumpur.
1.Saliza datang dari Kuala Lumpur.
2. Saya menunggu Zalida daripada pukul dua.
2.Saya menunggu Zalida dari pukul dua.
3.Zizie terima surat dari Alya.
3. Zizie terima surat daripada Alya.
4. Saya mendapat pengetahuan yang banyak
   dari buku yang saya baca
4.Saya mendapat pengetahuan yang banyak
   daripada buku yang saya baca.
5.Baju pengantin itu dibuat dari sutera.
5.Baju pengantin itu dibuat daripada sutera.
6.Dari lima ekor anak ayam,hanya seekor         yang  masih hidup.
6. Daripada lima ekor anak ayam,hanya
    seekor yang masih hidup.




ii) Kata ‘di’ digunakan untuk tempat sahaja.Kata ‘pada’ digunakan untuk masa ,orang,benda abstrak  dan benda konkrit tertentu.
            Lihat contoh-contoh ayat di bawah :-
SALAH
BETUL
1. Di musim durian Pak Abu mendapat
    banyak wang.
1.Pada musim durian Pak Abu mendapat
   banyak wang.
2. Ayah berkebun pada belakang rumah.
2.Ayah berkebun di belakang rumah.

3.Dengan pendapat saya,kerja itu perlu
   dibereskan.
3. Pada pendapat saya kerja itu perlu
   dibereskan.
4.Buku cerita itu ada dengan adik.
4.Buku cerita itu ada pada adik.



iii) Kata ‘ke’ digunakan untuk tempat,masa dan benda konkrit tidak bernyawa manakala  ‘kepada’ pula digunakan untuk benda bernyawa.
Lihat contoh-contoh di bawah :
SALAH
BETUL
1. Hadiah itu diberikan ke Zeti.
1. Hadiah itu diberikan kepada Zeti.

2. Ibu pergi kepada pasar setiap hari
2.Ibu pergi ke pasar setiap hari

3.Mereka berbincang dari semasa kepada
   semasa.
3.Mereka berbincang dari semasa ke semasa.



(C) Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
            Terdapat 6 jenis kata bilangan iaitu :-
·         Kata bilangan tentu seperti satu,seratus,sejuta dan sebagainya.
·         Kata bilangan tak tentu seperti beberapa ,para,semua,setengah-setengah
dan  sebagainya.
·         Kata bilangan pecahan seperti setengah,suku dan sebagainya.
·         Kata bilangan pisahan seperti masing-masing dan setiap.
·         Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai ,kedua-dua dan sebagainya.
·         Kata bilangan tingkat seperti pertama,kedua,keenam dan sebagainya.

(i) Kata bilangan seperti setengah-setengah ,tiap-tiap ,berbagai-bagai dan kedua-
    dua tidak boleh disingkatkan.
SALAH
BETUL
1.setengah orang
1.setengah-setengah orang
2.tiap peserta
2.tiap-tiap peserta
3.berbagai  corak
3.berbagai-bagai corak
4.kedua mempelai
4.kedua-dua mempelai

(ii) Kata para tidak boleh diulang
SALAH
BETUL
1.Para-para penduduk perlu bergotong-
  Royong.
1.Para penduduk perlu bekerjasama.

(iii)Kata bilangan tentu seperti satu,dua,tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan
     dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
SALAH
BETUL
1. dua setengah meter
1.dua meter setengah
2. dua suku jam
2.dua jam suku
3. tiga setengah ringgit
3 tiga ringgit setengah



            (iv) Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan tetapi ada
                  kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
Contoh :
SALAH
BETUL
1.setiap orang pelajar
1.setiap pelajar

2. seluruh buah kampung
2.seluruh kampung

3.segala ekor binatang
3.segala binatang

                       

(D) Kesalahan Penggunaan Kata yang tidak tepat
            (i) adakah dan apakah:
                        Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak
                        Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang binatang,benda dan   
                         perkataan
            Lihat contoh-contoh di bawah :
SALAH
BETUL
1. Apakah benar cerita itu?
1.Adakah benar cerita itu?

2.Apakah dia marah?
2. Adakah dia marah ?

3. Apakah aku bersalah ?
3.Adakah aku bersalah ?


            (ii) boleh dan dapat
                        Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
                        Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan  dengan keupayaan dan
                        kemampuan.


            Contoh :
SALAH
BETUL
1. Abang sudah boleh  menunggang kuda.
1.Abang sudah dapat menunggang kuda.

 2. Mimi tidak boleh pergi kerana demam.
2.Mimi tidak dapat pergi kerana demam.

3. Mereka tidak boleh datang kerana hujan.
3.Mereka tidak dapat datang kerana demam.

(iii) bukan dan tidak
            Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat
            Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat
Contoh :
SALAH
BETUL
1. Rantai itu bukan cantik
1.Rantai itu tidak cantik.

2. Emak bukan menjhit baju.
2. Emak tidak menjahit baju.

3. Pen itu bukan mahal.
3. Pen itu tidak mahal.

4. Saya bukan duduk di situ.
4. Saya tidak duduk di situ.



(iv) Penggunaan Kata Pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah
Penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan murid dan pengguna bahasa Melayu.Bagi memastikan penggunaan yang betul murid perlu diterangkan teknik penggunaannya.Perlu ditegasakan bahawa kata pemeri ‘ialah’ digunakan di hadapan frasa nama.
·         Contoh:  Humairah ialah pelajar yang rajin.
            Dalam ayat di atas pelajar yang rajin ialah frasa nama

Kata Pemeri ‘ialah” juga digunakan di hadapan frasa nama yang dimulai ‘yang’
·         Contoh : Bangunan ini ialah yang tertinggi di negara ini.
Dalam ayat di atas ‘yang tertinggi di negara kita’ ialah frasa nama yang dimulai ‘yang’.
Manakala kata Pemeri ‘adalah’ digunakan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif .Dua contoh penggunaan ‘adalah’ adalah seperti berikut :
·         Contoh : Hadiah ini adalah daripada sahabatku.
Dalam ayat di atas ,daripada sahabatku ialah frasa sendi nama kerana ‘daripada’ merupakan kata sendi nama.

·         Contoh : Rantai yang kakak pakai ini adalah sangat mahal.
Dalam ayat di atas ,sangat mahal ialah frasa adjektif  kerana ‘mahal’ merupakan kata adjektif.


(v) Kata ‘dia’ dan ‘ia ‘tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda
Contoh 1: Kasut itu  mahal.Ia diimport dari Itali .    ( SALAH)
               Kasut itu mahal.Kasut itu diimport dari Itali.   (BETUL)
                       
Contoh 2: Burung itu tercedera.Ia perlu dirawat .     (SALAH)
                 Burung itu tercedera.Burung itu perlu dirawat.    (BETUL)

                                            

   ( vi) pedalaman dan pendalaman
                        Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh
                        Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan
 Contoh :
SALAH
BETUL
1.Kawasan pendalaman itu akan dimajukan.
1.Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.

2.Pedalaman  sungai akan dijalankan.
2.Pendalaman sungai akan dijalankan.

3.Beberapa kawasan pendalaman di negeri
  Sarawak sukar untuk dihubungi.
3.Beberapa kawasan pedalaman di negeri
  Sarawak sukar untuk dihubungi.



 RUMUSAN :
Bagi mengatasi masalah kesalahan penggunaan kata,yang berterusan  setiap individu perlu mendalami aspek tatabahasa dengan mempelajari tatabahasa .Pengajaran tatabahasa adalah bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar,terang dan mudah difahami oleh orang lain.Kanak-kanak juga dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisa kedudukannya. Sesungguhnya semua pihak tanggungjawab bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul sama ada secara lisan, bertulis atau bercetak walau di mana kita berada.