Mesyuarat Agung PERKIM Kebangsaan

Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-52

Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI 

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.” (as-Syura : 38)

Islam telah menganjurkan musyawarah dan memerintahkannya dalam banyak ayat dalam al-Quran, ia menjadikannya suatu hal terpuji dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara serta menjadi elemen penting dalam kehidupan umat, ia disebutkan dalam sifat-sifat dasar orang-orang beriman iaitu Islam dan iman.

Seperti yang berlangsung pada setiap tahun, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan Kali ke-52 bertempat di Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada 14 hingga 15 Jun 2013 lalu.

Ianya dimulakan dengan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim Bil 2/51 yang disertai seramai 60 Ahli Majlis Kebangsaan Perkim dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad membincangkan pelbagai agenda iaitu mengenai pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Majlis Kebangsaan 1/51, laporan pentadbiran, kewangan, dakwah, kebajikan, Saudara Muslim, penerbitan, Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) dan Tajdid Pemikiran Islam.

Pada malamnya pula, seramai 500 tetamu diraikan dengan Majlis Makan Malam Tahunan Perkim dan Penyampaian Anugerah Perkim anjuran Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Turut diraikan ialah Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Perwakilan dan Pemerhati Perkim dari Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Harakah Islamiah Malaysia (Hikmah), Persatuan Islam Seluruh Sabah (Usia), Persatuan Darul Fitrah, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (Mampu).

dato-mohd-nakhaie-ahmadsPengerusi Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan, Dato’ Hj. Mohd. Nakhaie Hj. Ahmad dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma dan tetamu yang turut menjayakan majlis pada malam tersebut serta berharap agar persahabatan terus berpanjangan.

Jelasnya, dengan pelancaran direktif rancangan lima tahun itu diharap ianya memberikan suntikan semangat kepada Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan dengan penambahan cawangan-cawangan Perkim serta melipat gandakan program-program dakwah di sekitar Wilayah Persekutuan dengan sokongan usaha dan kewangan daripada Baitulmal dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

datuk-seri-utama-tengku-adnan-tengku-mansorsDatuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan turut menyampaikan ucapan.

Beliau dalam ucapannya berkata, Perkim pastinya berbangga dibariskan sebagai salah satu pertubuhan yang menyumbang kepada usaha kerajaan dalam meningkatkan kestabilan dan perpaduan nasional yang meorentasikan dakwah amar makruf nahi mungkar.

“Islam sentiasa berkembang dan ia bukan satu falsafah atau rekaan hasil permikiran manusia. Ia merupakan satu cara hidup yang menyeluruh yang perlu diamalkan. Ia bukan suatu ritual, upacara ibadat yang setakat terhenti di masjid sahaja kerana islam merupakan agama yang datang daripada Allah SWT,” jelas Tengku Adnan.

Katanya lagi, rakyat beragama islam di negara ini melebihi 17 juta di mana jumlah tersebut mewakili 60.4 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 28 juta. Harus diingat bahawa uniknya umat Islam di negara ini kerana mereka terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India serta etnik peribumi Asli, Semenanjung Sabah, Sarawak serta kaum – kaum yang lain.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, menaruh keyakinan tinggi kepada bahagian dakwah dan pendidikan Perkim yang mempunyai keupayaan dalam menyumbang ke arah membina negara bangsa Malaysia yang gemilang dan akan lahir daripada bangsanya yang berakhlak luhur dan mengamalkan kehidupan yang bermoral hasil tarbiah dan usaha dakwah yang berkesan yang dijalankan secara bersepadu bersama badan – badan dakwah yang lain.

Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menyampaikan Anugerah Ahli Kehormat Perkim kepada Tengku Adnan sekali gus melancarkan serta menyampaikan Direktif Rancangan Lima Tahun Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan kepada 14 cawangannya.

Selain itu, Dr. Mahathir turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 kepada Hj Abdul Rahim Abdullah, Mohd. Subri Jaafar, Wan Abdul Halim Majid, Rokiah Sungip, Azizah Mohd. Yusoff dan Halimah Yusoff manakala Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Keahlian pula dimenangi oleh Wanita Perkim Cawangan Johor Bahru, Perkim Cawangan Bukit Asahan, Perkim Cawangan Daerah Kuantan, Perkim Cawangan Taman Cheras Utama dan Wanita Perkim Cawangan Hulu Kelang.

Anugerah Perkhidmatan Lama pula diterima oleh Noorali Mohd. Nor, Hj Abdul Rahim Abdullah, Hj Ishak Othman, Wan Abdul Halim Majid, Sopiah Hassan, Mohd. Zainuddin Abdullah, Hashimah Hashim, Azizah Mohd. Yusoff, Rosmiah Mohd. Daud, Ali Yusoff, Hamidah Ismail, Sukri Isa, Ahmat Omar, Ahmadi Abdullah dan Siti Aminah Bujang manakala Anugerah Khas Yang Dipertua Perkim kategori individu dimenangi oleh Hjh. Minuira Sabki, Mohd. Jogi Maruli, Nooraida Arifin, Noorali Mohd Nor, Abdul Razak Yusof, Sopiah Hassan dan Hashimah Hashim.

Asrama Darul Falah (Asdaf) pula dinobatkan Anugerah Khas Yang Dipertua Perkim kategori institusi manakala Dato’ Hjh. Siti Rahmah Hj. Kassim dipilih sebagai Anugerah Khas Yang Dipertua Perkim kategori Tokoh Muslimah Mithali.

Majlis jamuan diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan UNIC.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKIM KALI KE-52 

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan kali ke-52 pada 15 Jun 2013 dimulakan dengan lagu Negaraku, Perkim Perkasa dan bacaan doa yang disampaikan oleh Ketua Unit Ekonomi Pembangunan Asnaf Baitulmal MAIWP, Ustaz Mohd. Saiful Hafiz Abdullah.

tan-sri-dr-mohd-yusof-noorsSetiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor melakukan ucapan aluan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan kali ke-52.

“Perkim Kebangsaan telah mula mengambil langkah ke arah mewujudkan pengurusan yang berprestasi tinggi dalam pengurusan personel, pengurusan aset dan kewangan yang berintegriti serta program yang cekap dan berkesan, menerusi aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi sebagai wahana dalam perlaksananan aktiviti serta program,” katanya.

Dr. Mohd. Yusof turut melaporkan bahawa sehingga akhir 2013 Perkim yang terdiri daripada 13 bahagian yang terdapat di seluruh negeri kecuali Sabah dan mempunyai 186 cawangan dengan keahliannya seramai 34,114 orang.

Jelasnya lagi, Perkim terus mengambil langkah ke arah mengukuhkan insiatif untuk menyuburkan kelab-kelab Perkim di seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia melalui Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (Mampu).

Dr. Mohd. Yusof berharap mudah-mudahan 50 tahun kedua ini, Perkim akan terus disuburkan dengan melangkaui sempadan negara dan berjaya mencapai satu trademark yang pernah dicapai oleh badan-badan dakwah yang berprestij.

tun-dr-mahathir-mohamadsIanya diikuti dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir dalam ucapannya menegaskan amalan dan sikap hormat-menghormati antara kaum sudah berkurangan. Didapati terdapat pihak yang memperlekehkan agama Islam di negara yang mana Islam merupakan agama rasmi. Didapati juga ada pihak yang menghina Nabi dan Rasul serta mempertikaikan kegunaan perkataan kalimah Allah.

“Sebagai agama rasmi, maka menjadi satu tanggungjawab bagi pihak pemerintah, bagi pihak kerajaan untuk memberi kedudukan yang istimewa dan memberi perlindungan kepada agama rasmi,” tegasnya.

“Orang Islam sudah menjadi semakin lemah kerana mereka tidak berupaya untuk mendirikan kerajaan yang kukuh dan kuat bagi mempertahankan agama Islam disebabkan orang Islam di Malaysia berpecah kerana politik,” jelasnya.

“Kita lihat dibarat terutamanya kerana kebebasan moral mereka jatuh dengan teruknya dan tidak ada lagi sekatan moral, tingkah laku dan adat resam akhirnya mereka membenarkan lelaki berkahwin sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan serta institusi perkahwinan sudah tidak lagi di hormati,” ujar Dr. Mahathir.

Jelasnya, umat Islam harus bersama-sama bertanggungjawab dalam mempertahankan agama Islam walaupun Perkim diharap dapat mengembangkan ajaran Islam. Sekiranya kita benar-benar mengembangkan ajaran Islam mengikut panduannya, tidak mungkin mereka membenarkan perbuatan-perbuatan yang menyalahi berkembang dalam negara kita.

Ujarnya, umat Islam pada zaman ini juga berpecah kerana masing-masing bukan mengikut ajaran Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran dan hadith-hadith yang sahih, sebaliknya mereka lebih kuat berpegang kepada tafsiran atau pendapat guru dan imam mereka.

“Permusuhan antara syiah dan sunni kini sedang berlaku walaupun masing-masing berpegang dalam menegakkan ajaran agama Islam mengikut tafsiran imam mereka, dengan itu maka berlakulah permusuhan bermula sejak meninggalnya Saidina Ali bin Abi Talib serta anaknya Saidina Hassan dan Hussin,” jelas Mantan Perdana Menteri itu.

“Kalau kita anggap mereka salah, caranya ialah untuk berdakwah dengan menerangkan kepada mereka cara yang betul dan tidak betul. Sekiranya pendapat mereka boleh di terima, mungkin kita akan terima ajaran mereka dan itulah pendekatan yang terbaik serta tidak perlu bunuh-membunuh sesama Islam,” katanya.

Menurutnya lagi, hari ini umat Islam lemah disebabkan perrpecahan kerana tidak menghormati desakan agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Tetapi kita sanggup mengenepikan injunksi agama Islam supaya kita bersaudara kerana kita utamakan kepentingan duniawi untuk mendapatkan kemenangan walaupun cara kita mencari kemenangan itu ialah dengan cara belakangkan agama Islam.

Katanya, satu usaha harus dilakukan untuk membetulkan fahaman kita terhadap pentingnya untuk memperkuatkan umat Islam dengan menyatupadukan mereka.

Selain itu, beberapa agenda yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut ialah meluluskan minit Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan kali ke-51, menerima laporan tahunan Perkim Kebangsaan, Perkim Bahagian, Wanita Perkim dan badan-badan gabungan, meluluskan akaun bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2012, meluluskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2014, membincangkan usul-usul serta ucapan penangguhan.

Berikut adalah keputusan pemilihan Ahli Majlis Kebangsaan bagi penggal 2013 hingga 2016:

Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad (menang tanpa bertanding).

Naib Yang Dipertua 1, Dato’ Seri Dr. Hj. Shahidan Kassim (159 undi)

Naib Yang Dipertua 2, Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah (129 undi)

Naib Yang Dipertua 3, Dato’ Dr. Hj. Mustapha Ma (122 undi)

Naib Yang Dipertua 4, Dato’ Hj. Mohd. Nakhaie Hj. Ahmad (118 undi)

Pengerusi Tetap, Dato’ Dr. Hj. Abu Bakar Shaari (125 undi)

Timbalan Pengerusi Tetap, Dato’ Hj. Abu Pit (100 undi)

Ahli Majlis Kebangsaan

Prof. Madya Dr. Ramle Abdullah (129 undi)

Dato’ Tunku Mukminah Tunku Mohd Jiwa (124 undi)

Dr. Hj. Ann Wan Seng (108 undi)

Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hj Hassan (102 undi)

Prof. Madya Dato’ Hj. Mohd. Mohktar Shafii (99 undi)

Dato’ Dr. Ismail Ibrahim (98 undi)

Prof. Madya Noorazah Dato’ Abdul Manaf (97 undi)

Datin Paduka Hjh. Noorasiah (96 undi)

Hj. Muhammad Fitri Abdullah (93 undi)

Dato’ Hj. Ahmad Yusof Libya (90 undi)

Dato’ Hj. Zainal Abidin Ab Kadir (84 undi)

Prof. Dr. Zakaria Stapa (82 undi)

Datin Hjh. Maheran Omar (80 undi)

 

Pendaftaran perwakilan dan pemerhati Perkim.

 

1
Persidangan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bil 2/51.

 

2
Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bil 2/51 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

3
Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Majlis Kebangsaan 1/51, laporan pentadbiran, kewangan, dakwah, kebajikan, Saudara Muslim, penerbitan.

 

3-5
Dato’ Hj. Mohd. Nakhaie Ahmad selaku Pengerusi Perkim Wilayah Persekutuan menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Perkim.

 

4
Ucapan Aluan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor di Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan Kali ke-52 dan Penyampaian Anugerah Perkim.

 

5
Majlis makan malam bersama perwakilan dan pemerhati Perkim.

 

6
Nakhaie (kanan) menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Tengku Adnan (kiri).

 

7
Dr. Mahathir menyampaikan Anugerah Ahli Kehormat Perkim kepada Tengku Adnan (kiri).

 

8
Dr. Mahathir melancarkan Direktif Rancangan Lima Tahun Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan.

 

9
Dr. Mahathir menyampaikan Direktif Lima Tahun Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan kepada cawangan-cawangan.

 

10
Dr. Mahathir menyampaikan Anugerah Khas Yang Dipertua Perkim kategori individu kepada Hj. Ishak Othman (kiri).

 

11
Yang Dipertua Perkim, Dr. Mahathir menyampaikan Anugerah Khas Yang Dipertua Perkim kategori Tokoh Muslimah Mithali kepada Dato’ Hjh. Siti Rahmah Hj. Kassim (berbaju merah).

 

11-2
Pendaftaran perwakilan dan pemerhati bagi Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kali Ke-52.

 

14

Ahli Majlis Kebangsaan, perwakilan dan pemerhati mengaminkan doa ketika bacaan doa dibacakan.

 

15
Ucapan Aluan Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

 

16
Ucapan dasar dan perasmian yang disampaikan oleh Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

17
Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan Kali Ke-52 bersidang.

 

18
Perwakilan dalam sesi pemilihan Ahli Majlis Kebangsaan bagi penggal 2013 hingga 2016.

 

19
Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Dr. Ramle Abdullah membuang undi sewaktu pemilihan Ahli Majlis Kebangsaan.

 

20
Datuk Hj. Ahmad Yusof, perwakilan Perlis membentangkan usul kepada sidang mesyuarat.

 

21
Yang Dipertua Perkim membuat ucapan penggulungan di akhir mesyuarat.

LAGI GAMBAR DI >>> MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN 1/51 & MAJLIS MAKAN MALAM 14 JUN 2013   

LAGI GAMBAR DI >>> MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKIM KEBANGSAAN KALI KE-52 

VIDEO MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BIL 2/51…

 VIDEO MAJLIS MAKAN MALAM & PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKIM

VIDEO MESYUARAT TAHUNAN PERKIM KEBANGSAAN KALI KE-52…

Related Articles

Back to top button