Sunday, March 30, 2014

Orang naik kapalterbang, saya naik keretapi (Bahagian 3 - Kuala Krai ke Kuala Terengganu)


Program pertama kami ialah lawatan ke Terengganu, atau lebih tepat ke Kuala Terengganu. Orang perempuan sudah tentu hendak membeli belah, tetapi saya hanya mengikut sahaja. Bagi saya tidak ada barang yang lebih berharga dari gambar-gambar yang saya ambil sendiri. Berikut ialah cerita bergambar saya ke Terengganu.

 Kabus di Kuala Krai, Kelantan. Ini mengingatkan saya kepada bandar Kuala Klawang, Jelebu.

 Satu blok bangunan lama di Kuala Krai. Saya tak pasti berapa lama bangunan ini boleh bertahan.

Lagi kabus di Kuala Krai. Ada kawan saya bertanya kenapa nampak lengang. Jawapannya saya ambil gambar ini di waktu Subuh.

Inilah bas yang akan membawa kami ke Terengganu dan Kelantan. Yang berjalan di sebelah kiri itu pemandu bas yang amat cekap memandu, tidak padan dengan orangnya. Di sebelah kanan Hj. Yusof dari Gemas. 

Amat tepat sekali apa yang ditulis di badan bas iaitu 'KELANTAN is your Destination'. Tetapi itu akan kami lakukan pada esoknya. Bangunan oren itu ialah hotel kami di Kuala Krai.

 Saya asyik mengambil gambar sehingga tempat duduk di hadapan habis kena diambil. Saya terpaksa duduk paling belakang.

 Ini tempat duduk saya. Di belakang tabir ialah tempat tidur untuk pemandu gantian.

 Bangunan Baitul Ehsan di Besut, Terengganu. 

 Masjid di Besut.

 Bandar Permaisuri. Berapa ramai yang tahu nama asal bandar ini ialah Kg, Buluh?

Masjid Kristal, Kuala Terengganu diambil dari dalam bas.  

Gambar lain sudah disunting.


 Agaknya seorang penagih dadah berhampiran Pasar Payang, Kuala Terengganu. Tetapi saya telah meminta kebenaranya untuk mengambil gambar.

 Restoran Terapung Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Tetapi ia tidak akan terapung lagi. Saya akan jelaskan nanti.

 Di belakang saya itu Seberang Takir. Tidak lama lagi ia akan dihubungi jambatan dari Kuala Terengganu.

Ini yang saya katakan Restoran Terapung tidak akan terapung lagi sebab kawasan sekelilingnya sedang ditambak demi kemajuan.

 Kami diraikan makan tengah hari oleh Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu. Ini bahagian lelaki.

 Ini bahagian perempuan.

Tuan rumah memberi ucapan.

 Walau pun Hj. Bain ialah ketua rombongan, Hj. Yusof pula Naib Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Sembilan. Oleh itu beliau diberi kehormatan membuat ucapan.

 Cenderamata dari orang Terengganu.

 Cenderamata dari kami pula.


Lepas ucapan dan pertukaran cenderamata, apa lagi, makan.

Berikut ialah gambar-gambar Masjid Kristal, Kuala Terengganu yang tidak payah saya ceritakan lagi. Cuma ramai pasangan pengantin mengambil kesempatan untuk bernikah dalam masjid ini. Saya hanya sempat mengambil gambar seorang pengantin perempuan sedang masuk ke dalam masjid untuk dinikahkan. 









Bersambung......

No comments: