Monday, September 1, 2008

Hari ulangtahun ke 10 SDARA Yahoo Groups

Pada hari Sabtu 30 Ogos 2008 yang lepas saya telah pergi ke Lake Club di Presict 8, Putrajaya kerana menghadiri ulang tahun ke 10 Yahoo Groups Persatuan Murid Tuan sekolah saya. Persatuan ini dinamakan SDARA bermakna Sekolah Datuk Addul Razak Alumni. Walau pun lokasi sekolah telah berpindah-pindah dari Tanjung Malim, Perak ke Sikamat, Seremban dan akhirnya ke Sungai Gadut, Seremban hunbungan ahli-ahli SDARA ini sangat akrab. Kami mempunyai moto yang kuat berbunyi "Once a Sdarian, always a Sdarian". Moto ini disematkan di hati tiap-tiap murid yang baru masuk sekolah lagi.


Walau pun SDARA telah ditubuhkan berpuluh tahun dulu kumpulan forum ini baru ditubuhkan selama sepuluh tahun. Sudah tentu ahli-ahlinya yang celik komputer sahaja. Ramai kawan-kawan sebaya saya tidak berpeluang masuk kerana tidak tahu menggunakan komputer, apa lagi menghantar email atau mempunyai blog. Saya pun baru masuk selama dua bulan.


Saya telah bertanyakan isteri saya Salmah adakah tempat berhampiran Putrajaya dimana saya boleh meninggalkannya sementara saya bersama Sdarians saya. Dia cadangkan Nilai 3 dimana dia boleh buat 'shopping' sedikit. Saya tanya boleh kah dia tunggu sehingga tiga jam? Saya fikir ini soalan yang bodoh. Bagi seorang perempuan berada di Nilai 3 selama sepuluh jam pun belum cukup lagi.


Kebetulan anak perempuan saya Miza balik dari KL untuk menyambut ketibaan puasa. Jadi saya tinggalkan Salmah, Miza dan anak bungsu saya Anis di Nilai 3 dan saya terus ke Putrajaya setelah keluar di Persimpangan Putra Mahkota masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Ini lebih dekat dari berpatah balik ke Persimpangan Nilai.


Ini juga satu idea yang baik juga kerana sesiapa Sdarian yang membawa isterinya ke perjumpaan antara kami alamat isterinya akan diketepikan kerana moto 'Once a Sdarian always a Sdarian' tadi.


Tak ramai yang datang oleh kerana masing-masing ada hal. Maklumlan hendak menyambut puasa dan Merdeka ke 51 ditambah dengan cuti hujung minggu yang panjang. Walau bagaimana pun inilah yang hadir.



Ini Dr. Khairun Nazar, lebih dikenali dengan panggilan 'DKN' sahaja. Dialah yang mengaturkan perjumpaan ini. Saya dah terangkan serba sedikit mengenai beliau dalam pos saya 'Berjumpa kawan-kawan lama'. Dia seorang jurufoto yang baik dan albumnya ada disini http://dknphoto.com/. Dia datang bersama anak perempuannya yang sabar menunggu sementara bapanya berceloteh dengan kawan-kawannya.



Yang kelihatan serius ini ialah General Bersara Rani. Dia cuma tiga tahun junior saya dan banyak bercerita mengenai disiplin, maklumlah 'once a soldier always a soldier'!



Ini Akasyah yang kebetulan bekerja dengan Perbadanan Putrajaya. Melalui dialah kami dapat menggunakan bangunan Kelab ini.

Ini 'Bond' digelarkan mengikut nama ajen British tu. Saya lupa pula menanyakan nama sebenarnya dan mengapa dia dianggap sebagai seorang perisik yang mempunyai 'Licence to Kill'. Yang sudah pasti boleh dikatakan semua budak Sdar adalah peminat Agen 007 itu sejak dari zaman Sean Connery lagi. Saya ingat lagi kawan-kawan Kelantan saya menyebut agen 007 sebagai 'Jays Bore'.



Ini saya dengan Adib yang juga seorang blogger. Blognya bernama 'The Reader' disini http://adib.typepad.com/. Beliau dikenali sebagai Abedib atau Abe Dib atau Abang Dib kerana berasal dari Kelantan. Juga dikenali sebagai Berisman. Agaknya ia berasal dari Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan. Saya lupa memberitahu saya pernah bekerja di Bachok dulu. Gambar diambil oleh anak perempuan DKN. Abedib ialah moderator kumpulan forum ini.



Ini seorang lagi blogger. Blognya di sini http://abezzi.vox.com/. Namanya Fauzi, dari Kelantan juga agaknya kerana juga dipanggil Abezi iaitu Abe Zi atau Abang Zi. Dia sampai ketika saya mahu pulang kerana janji saya dengan Salmah hampir tamat. Oleh itu saya tidak dapat mengenali Abezi lebih dekat.



Di sebelah kanan saya ialah Syed Nazim yang datang sedang saya nak balik. Saya juga tidak sempat mengenali beliau lebih lanjut.

Inilah kek harijadi kami.


Dkn, Abedib dan Bond memotong kek.



Saya tidak melepaskan peluang menikmati keindahan sekeliling rumah Kelab ini.



Salah satu perahu membawa penumpang.



Seorang perempuan berkayak. Tapi berkayak di tasik ini tidak sama dengan saya berkayak di laut di antara Port Dickson dengan Pasir Panjang dulu. Sila lihat pos saya 'Umur muda lawan pengalaman'.

Sekian buat kali ini.

3 comments:

Berisman said...

Thanks Abang Maarof for the blog.Btw,I hailed from Beris Kubor Besar-hence my Internet nickname Berisman.

azahar said...

Abang Maarof,

Maaf tak dapat hadir di majlis ulangtahun ke 10 Sdara yahoogroups.

Sebenarnya saya juga one of the early members of this group. Saya batch 67-74, berasal dari Kemaman, Terengganu dan sekarang bekerja di Kuantan.

Anonymous said...

Thank you Abang Maarof for highlighting 'me' in your write up.