Family Day di Grand Lexis Hotel, Port Dickson

By Huwaida - Oktober 30, 2018

Untuk tahun ni, company encik suami anjurkan Family Day di Grand Lexis Hotel, Port Dickson. Alang-alang saya selalu kongsi pasal bilik hotel dalam blog ni, apalagi, nak juga la kongsi pasal hotel ni. Jangan marah tau, tajuk je ' Family Day'. Saya nak kongsi pasal bilik hotel sebenarnya.

Bagi saya, secara ringkasnya, hotel ni menawarkan kolam renang persendirian untuk setiap bilik. Terdapat 4 jenis bilik kat sini. Ada bilik yang dalam bangunan (indoor), bilik yang berkonsepkan taman (garden pool villa), bilik yang berkonsepkan semi-D di mana kolam renang berada di tingkat atas (sky pool villa), dan bilik yang berada di atas laut.

Ada bilik dalam bangunan utama Grand Lexis Hotel
Disebelah kanan adalah contoh bilik sky pool villa,
manakala sebelah kiri adalah contoh bilik di atas laut.
Ini contoh bilik dalam taman
(maaf tak sempat nak ambil gambar keseluruhan
walaupun kami menginap di sini🤣).
Menurut pengalaman kami, jika dibandingkan dengan hotel yang kami pernah menginap, kami berpendapat ruang 'pantry' di bilik hotel ini lebih ringkas jika dibandingkan dengan PNB Perdana Hotel (tak pernah la pulak kongsi pasal bilik hotel ni walaupun dah selalu pergi sana. InsyaAllah, akan datang mungkin), akan tetapi setaraf dengan hotel-hotel mewah yang lain.

Ini pemandangan yang boleh dilihat apabila masuk sahaja dalam bilik.
Di kawasan pantry ni, terdapat microwave oven, pemanas air,
petisejuk mini serta alatan kutleri yang lain.
2 buah katil queen dan sebuah sofa yang selesa. Ada juga lampu ala-ala lampu garam gitu.😄
Antara perkara yang paling best dalam bilik hotel ni adalah bilik air yang mewah. Bilik mandi dan bilik tandas berasingan. Masuk je bilik air, tempat sinki pun tersedia satu ruang yang mempunyai bangku untuk duduk.
Ini ruang sinki yang kalau dilihat melalui cermin tersebut ada ruang duduk
bercermin dan berbangku juga diruang bertentangan.
Selipar tandas pun mewah gitu (tiada dalam gambar).
Ini pemandangan apabila kita buka pintu utama bilik air. Terus masuk ruang sinki.
Bilik yang berlampu sebelah kiri adalah bilik mandi,
manakala bilik gelap yang sebelah kanan adalah tandas.
Ini bilik mandi. Memang mesra OKU.
Ini tandas yang mana mangkuk tandasnya telah dilekatkan
tanda bahawa telah dicuci bersih. Puas hati tengok. Nak guna pun tak ragu-ragu dah.
Bahagian yang paling menarik dalam bilik hotel ni mestilah kolam renang kan😄. Bayangkan, ada kolam renang dalam bilik hotel. Bukan bath tub tau. Diulangi, kolam renang dalam bilik hotel. Memang seronok sangat sebab malu juga bila 'mak orang' nak mandi di kolam renang awam kan. Jadi, boleh mandi puas-puas dalam kolam renang ni bila-bila masa sahaja.

Asmaa paling 'excited' tapi dia takut sebab kolam renang ni agak dalam.
Saya belanja lagi satu view kolam renang dari arah berlainan.
Oleh sebab hotel ni mempunyai bilik yang tidak semuanyanya berada dalam satu bangunan, mereka sediakan perkhidmatan 'buggy' untuk bawa penginap-penginap ke bilik masing-masing. Merasa la naik 'buggy' secara percuma setiap kali nak pergi makan dalam dewan hotel atau untuk ke lobi hotel.

'Buggy' ni ada pelbagai saiz. Kalau anda datang dengan ahli keluarga yang ramai, 'buggy' yang lebih
panjang akan bawa anda semua sekaligus terus ke bilik.
Ok, ini saya belanja gambar di kawasan bilik atas air.
Panas sangat, nak bukak mata pun susah. Haha🤣
Tapi ada ja tempat teduh bawah bumbung-bumbung pokok yang menjalar.😁

Secara keseluruhannya, keunikan yang paling saya kagumi dengan hotel ini adalah dengan adanya kolam renang persendirian. Bagi wanita yang pemalu seperti saya, rasa bersyukur dan gembira sangat dapat berenang dengan ahli keluarga sendiri. Aurat pun terpelihara😄. 

~Semoga bermanfaat~

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan