Pembuka Kata, Pendahulu Biacara

Kata-Kata Aluan Dari Pengerusi Perpustakaan Keluarga :-

Sekapur Sireh :-

Salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan keatas keluarganya serta para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul utusan Allah. Dan keberkatan Guru-Guru dan Ibubapa yang dirahmati Allah S.W.T.

Pembuka Kata Semanis Madu :

Kalau kita kuat seperti kuda, manusia menggunakan kita sebagai kuda lawan. Kalau kita bengis seperti harimau, manusia menggunakan kita untuk main sarkas. kalau kuat seperti gajah, manusia menggunakan kita untuk menarik kayu balak, kalau kita keras seperti besi dibuatnya jalan keretapi. Tetapi jika manusia mempunyai fikiran yang sempurna, sesiapapun tidak boleh mengapa-apakan kita. Oleh itu hidup di dunia ini mestilah mempunyai fikiran yang sempurna dan waras supaya kita tidak boleh jadi alat kepada manusia-manusia yang sentiasa mencari kesempatan.....

(Ustaz Hanafi B. Haji Ahmad..)

Kata-kata hikmah ini menjadi pedoman betapa pentingnya kita dilengkapi dengan ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang supaya cita-cita menjadi insan kamil tercapai. Permulaan wahyu yang diturunkan juga mencerminkan betapa pentingnya kita dituntut untut membaca (menimba ilmu). Semoga dengan harapan untuk menjadikan Tabiat Membaca sebagai Amalan Wawasan di dalam keluarga ini dan amnya kepada masayarakat setempat berjaya dan dirahmati Allah hendaknya.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga terutamanya ibu tersayang yang amat dikasihi Puan Azizah bt. Haji Abdullah yang memberi galakan dan sokongan yang tak terhingga tanpa mengira penat dan lelah, serta masa dan waktu yang dikorbankan untuk menubuhkan sebuah Perpustakaan Keluarga yang akan dijadikan warisan untuk keluarga ini kelak untuk dipelihara dan dipertahankan supaya kesinambungan budaya ilmu yang diwarisi dari Nenek Moyang kekal. Tidak lupa kepada Abang Aizam dan keluarga serta anak saudara yang menjadi sumber inspirasi iaitu Ainnun Saffia, Adik Aizani dan keluarga serta adik perempuan bongsu yang sentiasa sabar dengan karenah saya. Air Dicincang Tak Akan Putus. Dan kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menjayakan kewujudan Laman Web keluarga ini iaitu Mohd Sabila dan Ismail. Terima kasih segalanya. Jasa anda tetap dikenang.

Sekian Terima Kasih.

Aizuan b. Azmi.

top

 

top

Hadith Hari Ini

top

Al-Quran Hari Ini


 


View My Stats