Monday 28 December 2015

MUDAHNYA KBAT PT3 DAN KBAT SPM PENDIDIKAN ISLAM

Tahukah anda bahawa soalan KBAT PT3 dan KBAT SPM sangat mudah dijawab sekiranya anda memahami kehendak soalan. Ramai pelajar takut dengan soalan KBAT tetapi sebanarnya soalan inilah yang membantu anda untuk mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan. Pastikan anda tidak membuat dalam bentuk point jawapan anda. Soalan KBAT seharusnya dijawap dalam bentuk perenggan. TIP KBAT: 1. Memahami kehendak soalan. 2. Buat isi dan huraian ringkas di dalam satu ayat. Selepas isi sebaiknya guna kata hubung yang sesuai untuk membuat huraian ringkas. 3. Buat huraian lengkap. huraian ini hendaklah dirujuk kembali kepada isi anda. 4. Membuat kesimpulan. Sebaiknya dimulakan dengan perkataan "Oleh itu, kita hendaklah............" Untuk post akan datang saya akan memberi beberapa tip dan contoh soalan dan jawapan KBAT supaya anda akan nampak dengan lebih jelas.

Wednesday 16 December 2015

TIP PT3

Friday 20 January 2012

TUMPUAN PADA TAHUN 2012

Assalamualaikum,
Buat pengetahuan semua pengunjung blog saya, pada tahun ini saya akan beri penumpuan yang lebih bagi mata pelajaran pendidikan islam tingkatan 1 dan 3. Namun begitu, jika terdapat apa-apa pemintaan sila add saya di facebook "warga pendidik" dan anda mula boleh berhubung dengan saya lebih kerap. Jika saya ada bahan tersebut dan kelapangan masa insyaallah saya akan tunaikan permintaan anda semua.

Tuesday 3 January 2012

PENCAPAIAN PMR 2011 PENDIDIKAN ISLAM SMK TROLAK

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana pada tahun ini pencapaian pelajar dalam PMR 2011pendidikan Islam meningkat sebanyak 4.01% dan menjadikan peratus lulus pada tahun 2011 kepada 95.68%.

Saturday 26 November 2011

Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam PMR

Assalamualaikum....

Disini saya ingin berkongsi beberapa tip untuk menjawab soalan PMR Pendidikan Islam. Jika ada kelemahan atau kekurangan tegur2lah dan kongsi2kanlah...

BAHAGIAN TILAWAH DAN HADIS
# Bagi soalan terjemahan ayat alquran biasanya ayat yg digariskan ialah ayat yg mana bunyinya hampir sama dengan bunyi melayunya. Contoh: al-kitab yang bermaksud kitab.
# Bagi soalan menjawikan tulisan rumi, walau selemah mana pun anda, anda harus menguasai beberapa perkataan mudah seperti perkataan dan, yang, islam... Insyaallah 1 markah dalam tgn anda.
# Anda juga perlu menguasai intisari ayat ayat al-Quran dan juga hadis. Biasanya soalan bertanyakan soalan berdasarkan ayat.
# Berhati2 juga dengan terjemahan ayat al-quran. Contoh ayat "zolamna". Jika anda jawab zalim maka jawapan anda tidak boleh diterima kerana jawapannya ialah "menzalimi kami"

BAHAGIAN IBADAT
# Bagi soalan hukum yang mempunyai pilihan jawapan, jawapan yg diberikan tidak akan berulang utk soalan yang lain.