Ceritera Cinta Ilahi
Cinta itu fitrah tetapi jangan jadikan ia fitnah. cinta pada manusia, manusia akan mati. Cinta pada Ilahi yang kekal abadi
Saturday 19 August 2017
-------------------------------------
Sunday 29 January 2017
Kita manusia bukan maksum
Allah ada
dimana-mana
Saturday 24 December 2016
Pinjaman Allah 25 tahun 2 bulan....Mak Abah
Hari Konvokesyen Anak Abah Mak november 2015 |
masa berlalu..umur telah menjangkau 25 tahun 2 bulan tetapi rasanya tak banyak ibadah yang aku lakukan dalam hidup ini. Namun begitu alhamdulillah kerana masih diberi nikmat islam dan iman serta masih berada disamping mak abah saat ini. Allahurabbi terima kasih kerana memberi aku pinjaman rezeki yang tidak terhingga walaupun aku bukan jutawan tetapi aku tetap bersyukur dapat membantu mak dan abah. Allah bahagiakan mereka dunia dan akhirat. Aku ingin melihat mereka bahagia itu sudah cukup bagiku.Sementara mereka masih ada, buatlah dan ikutlah kata meraka itulah yang aku pesan pada diriku.. Abah meskipun abah tidak sihat aku tetap ingin melihat abah tersenyum. Abah sakit sebab abah dulu penat membesarkan anak-anak abah, abah bagi aku abah adalah abah terbaik walaubagaimana sekalipun abah. Abah meskipun abah ditakdirkan tidak sempurna macam orang lain tetapi abah gigih mencari sesuap nasi buat anak-anak abah. Abah tidak meminta-minta pada orang lain untuk mencari makan. maafkan kami abah andai kami bukan terbaik buat abah. Mak pula begitu besar pengorbanannya, seorang perempuan yang setia dan taat pada suami yang serba kekurangan. Mak tetap gigih membesarkan anak-anak dari berumur 15 tahun hingga kini. Tapi mak tidak pernah mengeluh walaupun aku tahu mak penat, hati mak memberontak nak berehat tetapi mak tidak pedulikan kata hati, mak tetapi gigih menjaga abah dan anak-anak..Tubuh mak ibarat tubuh seorang lelaki, mak mampu mengangkat guni sawit seorang dri, mak mampu mengangkat setandan pisang, mak mampu ke sana ke mari dalam suatu masa.Teringat daku ketika aku diuji kesakitan, mak setia disisiku, mak tidak pernah tinggalkan aku seorang diri sehingga disaat aku ingin menghadapi peperiksaan STPM mak sampai tertidur disisiku menemani aku ulangkaji.Allahuakbar betapa hebat wanita ini Ya Allah. Mak Abah perngorbanan mak abah lah membuatkan aku semangat untuk teruskan pelajaranku. Ya Allah disebalik serba kekurangan mereka Kau kurniakan semangat yang kuat buat mereka. Ya Allah dakapi mereka walaupun bagaimana mereka diuji,, Aku sayang mereka,,Pertemukan kami di syurgaMu.. Amin
Abah tetap Abah
Mak tetap Mak
tiada galang gantinya
meskipun suatu hari
kita akan berjauhan
abah mak tetap dalam doa
abah mak tetap dihati...
Monday 4 July 2016
Andai ini takdirnya aku redha
Monday 25 April 2016
πMANISNYA IMANπ
Assalamualaikum..apa khabar iman hari ini :) semoga baik hendakNya......sudah lama blog ini tidak dikunjungi tuannya.Kesibukkan dunia tidak dapat lari daripada hidup seseorang insan....sehinggakan kita tiada masa untuk diri sendiri.. Tetapi masa bersama Ilahi tetap ada.Bercerita tentang iman ada cerita yang saya ingin kongsikan buat kalian.manisnya iman apabila.kita merasa seronok dan ingin melakukan lagi dan lagi ibadah kepda Allah.tidak merasa letih.. ALLAHUAKBAR betapa nikmatnya kita merasai manisnya iman.. Tetapi apabila kemanisan iman tu hilang..solat pun kita tak kisah lengah2kan dan tinggalkan... ALLAHURABBI semoga kita semua bukan dari golongan tersebut.Kemanisan iman bukan dapat dirasakan semua orang sahabat2... Tetapi apabila kita merasainya pegang lah ia erat2...usaha dan usahalah mendapat keberkatan IIahi serta tingkatkan iman kita... Nak.tahu macam mana?? Cubalah dan kuatkan.diri menyahut seruan Allah tepat pada masaNya iaitu solat...Maksudnya tunaikankan solat diawal waktu... Jangan kita selalu lewat2kan solat tanpa sebab.. Cubalah bangkit dari hal dunia sekejap.untuk meluangkan sedikit waktu bersama Ilahi.. Perasan tAk kita sibuk mengurus hal dunia yang tak penting pun.. Hal dunia dirimu sehebat mana pun kita kejar tetapi seruan Ilahi kita remeh2kan...dimanakan kita dimata Ilahi?? Lemahnya iman kita😒. Kejarlah akhirat,dunia akan mengikutimu... Kita bukan sempurna sahabat.. Tetapi kita semua boleh berusaha mengejar mardhotillah..Matlamat tidak menghalalkan segala cara.. Jangan kerana kita penat dunia,akhirat kita remeh2kan... kita pendosa tanpa nokhtah tetapi rahmat Allah tidak pernah tertutup.. Jika kamu merasa letih dengan kehidupan dunia.. Jgn lupa syurga itu mahal dan mahal itu tidak boleh beli dengan nilai wang ringgit.
6. 45pm
Pendosa Tanpa Nokhtah
Ya rabb tiada ape yang ingin kucari didunia ini melainkan keberkatanMu mengiringi setiap langkahmu..