Pada zaman Bani Israil terdapat tiga orang qadhi. Suatu hari seorang malaikat telah diutus oleh Tuhan untuk menguji ketiga-tiga orang qadhi itu. Malaikat tersebut pun menyerupai seorang lelaki penunggang kuda. Dia pergi menemui seorang lelaki yang sedang memberi minum kepada lembunya. Pada masa itu lembu tersebut sedang menyusukan anaknya yang kecil. Tiba-tiba penunggang kuda itu mengambil anak lembu itu untuk dibawa pergi.
.
Tuan punya lembu itu sedar, lalu dia segera memanggil.
.
Wahai tuan hamba, apasal tuan hamba ambil anak lembu saya?
.Tuan punya lembu itu sedar, lalu dia segera memanggil.
.
Wahai tuan hamba, apasal tuan hamba ambil anak lembu saya?
"Apa? Tuan hamba kata anak lembu ini kepunyaan tuan hamba!
Ini anak lembu kuda saya". kata malaikat yang
menyerupai penunggang kuda.
.Ini anak lembu kuda saya". kata malaikat yang
menyerupai penunggang kuda.
Masya-Allah! Kalau tuan nak bergurau dengan saya pun janganlah buat macam ni! kata tuan punya lembu itu.
.
Eh, saya tak bergurau. Ini betul-betul serius ni, kata penunggang kuda.
.
Terkebil-kebil tuan punya lembu itu menatap wajah penunggang kuda yang sedikit pun tidak kelihatan tanda-tanda mahu beralah.
.
Setelah berlaku perbalahan yang tidak ada penyelesaiannya, pemilik lembu itu pun memberi cadangan.
.
Tak boleh jadi ni. Saya mahu hal ini dibawa ke muka pengadilan, katanya.
.
Baik, hamba setuju, kata penunggang kuda.
.
Mereka pun segera berjumpa dengan qadhi yang pertama. Pemilik lembu menceritakan masalah yang berlaku.
.
Katanya, Tuan qadhi, penunggang kuda ini telah lalu dekat hamba.
Ketika itu hamba sedang memberi minum lembu hamba.
Tiba-tiba penunggang kuda ini memanggil anak lembu
hamba dan ia mengikut kudanya. Hamba telah meminta dia
mengembalikan anak lembu itu tetapi dia enggan dan
mendakwa anak lembu itu adalah anak kudanya.
.Ketika itu hamba sedang memberi minum lembu hamba.
Tiba-tiba penunggang kuda ini memanggil anak lembu
hamba dan ia mengikut kudanya. Hamba telah meminta dia
mengembalikan anak lembu itu tetapi dia enggan dan
mendakwa anak lembu itu adalah anak kudanya.
Sebelum sempat tuan qadhi membuka mulut, malaikat yang menyerupai manusia itu datang dan membawa tiga mutiara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain melainkan qadhi tersebut.
.
Malaikat itu memberi sebiji mutiara kepada si qadhi secara rahsia sambil berbisik, Putuskan anak lembu itu kepunyaan kudaku.
.
Bagaimana caranya? tanya si qadhi.
.
Itu senang sahaja. Jalankan kudaku dengan lembunya pada arah yang bertentangan. Kemudian suruhlah anak lembu itu mengikut di belakang. Ke mana anak lembu itu ikut, itulah ibunya, bisik penunggang kuda.
.
Maka qadhi mengarahkan kuda dan lembu berjalan ke arahbertentangan. Selepas itu anak lembu itu pula disuruh mengikut kedua-dua binatang itu. Ternyata ia mengikut di belakang kuda.
.
....bersambung.
.
[ ikuti sambungan kisah ini di Episod 02 akan datang... teruskan bersama kami... ].