Rabu, 2 Februari 2011

Kita Diuji

KENAPA KITA DI UJI???

Allah kata dalam surah ankabut (ayat2-3)
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji??dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,...."

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN??

Allah kata dlm surah al-Baqarah (ayat 216)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui.."

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN NIE??

Allah kata dalam surah Al-Baqarah(ayat 286)
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

RASA TENSION ??LEMAH ?? FRUST??

Allah kata dalam surah Al-Imran (ayat 139)
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman"

APA YANG AKU DPT DARI SEMUA NIE...??

Allah kata dalam surah taubat(ayat 111)
"sesungguhnya Allah telah membeli dari org mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga kpd mereka"


ARGHH...AKU DAH BOSAN!!!AKU TAK TAHAN!!

Allah kata dalam surah Yusuf (ayat 12)
".....dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"


Jumaat, 28 Januari 2011

Al Baqarah: 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (255)

Tips Menjadi Pelajar Bersyukur


1. Bersyukur kerana Anda diberi peluang menimba ilmu.
Tak semua orang berpeluang belajar di universiti. Kala Anda sedang belajar di dalam kelas, pada masa yang sama ada puluhan ribu orang lain di luar sana berhempas-pulas membanting tulang untuk menyara hidup hingga terpaksa melupakan hasrat untuk belajar (seperti Anda) simply sebab kurang mampu. Jika Anda berpeluang belajar di kolej atau universiti, Anda patut bersyukur sebab Allah beri Anda peluang untuk belajar secara formal, bukannya secara tidak formal tanpa ada sijil diploma mahupun ijazah. Sekurang-kurangnya Anda belajar di dalam sebuah kelas, ada rakan-rakan lain di dalam kelas itu dan ada seseorang mengajar di depan Anda sebagai seorang lecturer. Anda tak perlu belajar dari kegagalan hidup. Anda tak perlu mengharungi kesengsaraan berdepan dugaan untuk mematangkan fikiran menjalani kehidupan. Anda patut bersyukur!
2. Bersyukur kerana Anda diberi peluang mengubah hidup melalui ilmu.
Ilmu dapat mengubah hidup Anda. Dengan kelulusan formal yang Anda perolehi dari universiti, kolej atau institut tempat Anda belajar, Anda berpeluang untuk mendapat kerja yang lebih baik. Pasti dari situ Anda dapat taraf gaji yang juga baik. Selepas itu Anda boleh mengubah hidup Anda – beli rumah, kereta dan berkahwin. Anda patut bersyukur kerana Anda diberi peluang untuk memperoleh semua itu. Ada puluhan ribu orang hidupnya susah daripada Anda. Mereka tak berpeluang menyambung pelajaran seperti Anda, kesannya mereka tak bergaji, terpaksa cari makan dengan berniaga dan terpaksa melupakan hasrat untuk hidup senang seperti Anda simply sebab pendapatan mereka tak menentu.
Syukurilah hidup Anda sekarang ni sebab ada puluhan ribu orang jauh lebih susah hidup mereka daripada Anda, syukurilah hidu Anda sekarang ni kerana hidup pula tak menjadi seperti hidup mereka. Anda kerja dalam ‘air-cond’, mereka pula kerja di bawah kepanasan terik mentari.
Syukurilah hidup Anda sekarang ni sebab ada pulughan ribu orang jauh lebih senang hidup mereka daripada hidup Anda. Anda patut bersyukur sebab Anda berpeluang untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti.
Lihat ke atas, lihat ke bawah.
Lihat ke atas maksudnya perhatikan orang yang lebih berjaya daripada Anda supaya Anda terinspirasi untuk berjaya seperti mereka.
Dalam pada itu ambil pengajaran dari orang yang berada di bawah tahap Anda supaya Anda bersyukur hidup Anda lebih baik daripada hidup mereka dan tak sesusah mana seperti hidup mereka.
Allah menjadikan hidup kita semua berbeza-beza, supaya kita menggali hikmah yang tersirat di dalamnya.

Rabu, 19 Januari 2011

Indahnya Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa
hati hati ini telah dikumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya..
Kekalkanlah kemesraan antara hati hati ini
Tunjukkanlah kepada hati hati ini
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini
dengan limpahan iman, keyakinan,
dan keindahan tawakkal kepadaMu
Hidup, suburkanlah hati hati ini
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu..


Jika engkau mentakdirkan mati
maka, matikanlah pemilik hati hati ini
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong Ya Allah


Perkenankanlah permintaan ini...
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN..
seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasa di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu… 



Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah…
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu…
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin…
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermian lidah… 

Memujuk rayu…
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah…
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain…
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata
yang menyeri alam… 

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek…
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita… jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,
Wahai wanita… jangan dibanggak dengan ilmu duniawiyang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita… jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insane yang lebih malang darimu...

Wahai wanita solehah… jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada…
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku…
-WANITA SOLEHAH-
“Wanita hiasan dunia… Seindah hiasan adalah wanita solehah”

Jika Aku Jatuh Cinta....

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu.


Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar
tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang batil.


Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.


Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.


Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.


Kukuhkanlah ya Allah ikatannya,
Kekalkanlah cintanya,
Tunjukilah jalan-jalannya,
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar,
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...


Ameen Ya Robbal A'lamin...

Kahwin Dulu Baru Dating!!

Ayat di atas merupakan satu jaminan bahawa cinta dan kasih sayang itu akan Allah campakkan ke dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (iaitu dengan cara bernikah).Jadi tidak perlulah menunggu untuk jatuh cinta terlebih dahulu ataupun "bercouple" dahulu sebelum menikah.Islam telah jelas menetapkan batasan-batasan ini untuk mengelak dari timbulnya gejala sosial dalam masyarakat.Betapa cantiknya Islam,setiap apa yang ditetapkan itu punya hikmah yang tersendiri. 

Dalam Islam terdapat beberapa tahap cinta.Tidak boleh yang lain mengatasi yang lain melainkan mengikut turutannya.Ibnu Qayyim menyatakan ada 6 tahap cinta itu:
1. Tahap pertama, dan yang paling tinggi sekali ialah cinta yang menjadi hak Allah semata-mata.Itulah cinta hamba     kepada Khaliq.

2. Tahap kedua selepas cinta kepada Allah ialah cinta kepada kekasih Allah,Rasulullah saw.Cinta yang melahirkan rasa hormat,patuh,ingin mempertahankannya,ingin menjadi pengikutnya dan melaksanakan segala sunnahnya.

3. Tahap ketiga ialah cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain.Antara ibubapa dan anak, antara suami dan isteri yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.

4. Tahap keempat, cinta sesama muslim yang melahirkan rasa ukhwah Islamiyah.

5. Tahap kelima, cinta sesama manusia.

6. Tahap keenam, cinta kepada selain manusia yakni binatang, harta benda dll.

Hubungan antara Cinta dan Iman

    Cinta dan iman adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.Kedua-duanya saling berkait rapat.Tidak akan rasa manisnya iman tanpa perasaan cinta.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw: "Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah).

Dari Anas ra. dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasai manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya dia dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda: "Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai" (HR Muslim).

Carilah cinta sejati, di lautan cinta berbahterakan taqwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, InsyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu CINTA kepada Allah.Itulah cinta hakiki yang kekal selamanya.Adapun cinta kepada makhluknya, pilihnya cinta yang hanya berlandaskan cinta kepada Allah dan RasulNya.Bukan kerana pujuk rayu syaitan dan nafsu yang menggoda.Jadikan cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk kita meraih Cinta Allah.InsyaAllah moga Cinta itu diberkati dan dirahmati Allah.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...Amien" 

Ta'aruf, Tafahum, Ta'awun

Perbezaan bangsa, suku, bahasa, adat, dan kebiasaan menjadi satu pakej ketika Allah menciptakan manusia, sehingga manusia dapat saling mengenali antara satu sama lainnya. Sekali lagi . tak ada yang dapat membezakan kecuali ketakwaannya. 
Untuk itu, ada beberapa hal yang perlu kita kembangkan agar pergaulan kita dengan sesama muslim menjadi sesuatu yang indah sehingga mewujudkan ukhuwah islamiyah. Tiga kunci utama untuk mewujudkannya yaitu ta’aruf, tafahum, dan ta’awun. Inilah tiga kunci utama yang harus kita lakukan dalam pergaulan. 
Ta’aruf. Apa jadinya ketika seseorang tidak mengenal orang lain? Mungkinkah mereka akan saling menyapa? Mungkinkah mereka akan saling menolong, membantu, atau memperhatikan? Atau mungkinkah ukhuwah islamiyah akan dapat terwujud? 
Begitulah, ternyata ta’aruf atau saling mengenal menjadi suatu yang wajib ketika kita akan melangkah keluar untuk bersosialisasi dengan orang lain. Dengan ta’aruf kita dapat membezakan sifat, kesukuan, agama, kegemaran, karakter, dan semua ciri khas pada diri seseorang. 
TafahumMemahami, merupakan langkah kedua yang harus kita lakukan ketika kita bergaul dengan orang lain. Setelah kita mengenal seseorang pastikan kita tahu juga semua yang ia sukai dan yang ia benci. Inilah bagian terpenting dalam pergaulan. Dengan memahami kita dapat memilah dan memilih siapa yang harus menjadi teman bergaul kita dan siapa yang harus kita jauhi, kerana mungkin sifatnya jahat. Sebab, agama kita akan sangat ditentukan oleh agama teman dekat kita. Masih ingat ,”Bergaul dengan orang shalih ibarat bergaul dengan penjual minyak wangi, yang selalu memberi aroma yang harum setiap kita bersama dengannya. Sedang bergaul dengan yang jahat ibarat bergaul dengan tukang pandai besi yang akan memberikan bau asap besi ketika kita bersamanya.” 
Tak dapat dipungkiri, ketika kita bergaul bersama dengan orang-orang shalih akan banyak sedikit membawa kita menuju kepada kesalihan. Dan begitu juga sebaliknya, ketika kita bergaul dengan orang yang akhlaknya buruk, pasti akan membawa kepada keburukan perilaku ( akhlakul majmumah ). 
Ta’awun. Setelah mengenal dan memahami, rasanya ada yang kurang jika belum tumbuh sikap ta’awun (saling menolong). Karena inilah sesungguhnya yang akan menumbuhkan rasa cinta pada diri seseorang kepada kita. Bahkan Islam sangat menganjurkan kepada umatnya untuk saling menolong dalam kebaikan dan takwa. Rasullullah SAW telah mengatakan bahwa bukan termasuk umatnya orang yang tidak peduli dengan urusan umat Islam yang lain. 
Ta’aruf, tafahum , dan ta’awun telah menjadi sebagian penting yang harus kita lakukan. Tapi, semua itu tidak akan ada artinya jika dasarnya bukan ikhlas karena Allah. Ikhlas harus menjadi sesuatu yang utama, termasuk ketika kita mengenal, memahami, dan saling menolong. Selain itu, tumbuhkan rasa cinta dan benci karena Allah. Karena cinta dan benci karena Allah akan mendatangkan keredhaan Allah dan seluruh makhluknya. Wallahu a’lam.

10 Sebab Mengapa Solat Tidak Diterima

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

6 Kebimbangan Orang Mukmin

Di bawah adalah 6 perkara yang sentiasa menjadi kebimbangan bagi orang-orang mukmin:

1. Bimbang sekiranya Allah mencabut imannya.

2. Bimbang perbuatan buruknya yang dicatit oleh malaikat akan menyebabkan
    terbuka aibnya di akhirat kelak.

3. Bimbang syaitan akan merosakkan amalnya.

4. Bimbang seandainya malaikat mencabut nyawanya dengan tiba-tiba ketika dia
    berada dalam kelalaian atau kelekaan.

5. Bimbang dirinya asyik dengan kehidupan dunia sehingga melalaikannya
    mengingati akhirat.

6. Bimbang kesibukan kepada keluarganya membuatkan dia lalai daripada
    mengingati Allah swt.