UPIM Slideshow

Nukilan Terkini

18 January 2009

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2009M/1430H

Assalamualaikum..
UPIMSriaman ingin memaklumkan Takwim MTQSS 2009M/1430H untuk tindakan pihak sekolah tuan/puan.
1. Peringkat Sekolah : Feb-Mac
2. Peringkat Bahagian : Mac-April
3. Peringkat Negeri : April-Mei
4. Peringkat Kebangsaan: Mei

Ayat-Ayat Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah:
A. Bahagian Lelaki:
1. Surah Al-Baqarah (ayat 21)
2. Surah Al-Imran (ayat 59)
3. Surah Al-Maidah (ayat 67)
4. Surah Al-Ar-Ra'du (ayat 1)
5. Al-Mu'minun (ayat 51)

B. Bahagian Perempuan:
1. Surah Al-Baqarah (ayat 104)
2. Surah Al-Imran (ayat 113)
3. Surah Al-Maidah (ayat 101)
4. Surah Al-Anfal (ayat 20)
5. Surah An-Nahlu (ayat 1)

Ayat-Ayat Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah:
A. Bahagian Lelaki:
1. Surah Al-Baqarah (ayat 243)
2. Surah At-Taubah (ayat 10)
3. Surah An-Nur (ayat 35
4. Surah Saba' (ayat 1)
5. Surah Al-Jasiah (ayat 12)

B. Bahagian Perempuan:
1. Surah Al-Imran (ayat 144)
2. Surah Ibrahim (ayat 28)
3. Surah Al-Anbia' (ayat 51)
4. Surah Al-Hujurat (ayat 1)
5. Surah Az-Zumar (ayat 10)

Syarahan Sekolah Menengah:

A. Kategori Lelaki:
1. Keutuhan Akidah Tonggak Insan Berkualiti
2. Keikhlasan Beribadah Pemangkin Jatidiri Umat
3. Remaja Berakhlak Aset Kegemilangan Negara
4. Pendidikan Al-Quran Pencetus Minda Kelas Pertama

B. Kategori Perempuan:
1. Akidah Murni Asas Kecemerlangan Hakiki
2. Akhlak Mulia Pencetus Umat Sejahtera
3. Pendidikan Berterusan Menjamin Kecemerlangan Insan
4. Keluarga Cemerlang Teras Negara Terbilang.

Bercerita Daripada Al-Quran Sekolah Rendah:
A. Kategori Lelaki:
1. Peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah
2. Kisah Nabi Sulaiman Dengan Ratu Balkis
3. Kisah Ashabul-Kahfi
4. Dakwah Nabi Nuh Terhadap Kaumnya

B. Kategori Perempuan:
1. Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
2. Kisah Ketabahan Nabi Ayyub Alaihissalam
3. Kisah Nabi Musa Menuntut Ilmu
4. Peristiwa Nabi Isa diangkat ke Langit

Tema Festival Nasyid 2009M/1430H:
A. Lirik Lagu Pertama:
"AKIDAH PEMBENTUK JATIDIRI CEMERLANG"

B. Lirik Lagu Kedua:
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM

Bagi senarai lengkap ayat-ayat Tilawah Al-Quran dan Hafazan, UPIMSriaman akan memanjangkan surat makluman ke sekolah tuan secepat yang mungkin. Pihak UPIM juga akan mengadakan bengkel berkenaan MTQSS dalam masa yang terdekat. Sebarang maklumat akan dimaklumkan di masa hadapan. Bersama memartabatkan Islam.

No comments: