Monday, December 20, 2010

PENGAJARAN DARI SEJARAH-MEMAHAMI TIPU DAYA SNOUCK HURGRONJE

PENGAJARAN DARI SEJARAH-MEMAHAMI TIPU DAYA SNOUCK HURGRONJE

Sengaja pada kali ini ana mengupas tajuk yang agak lain dari yang lain.Ana ingin berkongsi tentang suatu maklumat yang tidak semua orang tahu.Artikel ini ana terbaca dalam akhbar SIASAH edisi 14-20 disember(Oleh Zain A.Ghani).Sebagai melengkapi sampaikan walau satu ayat,ana menyampaikan sebuah rencana berkenaan tokoh sejarah ini,Snouck Hurgronje,yang namanya biasa kita jumpa di dalam buku teks sejarah tingkatan 4 adik-adik kita yang mana pendapatnya diterima oleh ahli sejarah di seluruh pelosok dunia amnya mahupun di Malaysia ini khususnya.Marilah kita singkapi apa sebenarnya di sebalik tokoh sejarah ini yang pendapatnya di terima untuk silybus adik-adik kita dan kita sendiri yang pernah melalui zaman persekolahan lalu.
Orang Islam harus sentiasa belajar daripada sejarah tipu daya yang besar kesannya kepada kerosakan agama serta umatnya.
************************************
Justeru belajar daripada kejahatan orientalis yang banyak membukukan kajiannya patut di segerakan.Snouck Hurgronje adalah tokoh yang dimaksudkan.Hurgronje yang iltizam dengan tugasnya berniat menghancurkan Islam dari dalam.
Dilahirkan di Osterhoot,Belanda pada 8 Febuari 1857 dan meninggal di Leiden pada 26 Jun 1936.Mendapat pendidikan tinggi dalam bidang bahasa-bahasa Semit pada tahun 1880 dengan disertasi yang berjudul ‘Perayaan Makkah’.
Ia berasal dari keluarga pendeta Protestant tradisional yang hamper dengan kefahaman Orthodok,namun pengaruh liberal sangat kuat di persekitaran kehidupannya.
Adalah bukan suatu keganjilan jika Snouck sejak awal-awal lagi berpendapat bahawa al-quran bukanlah wahyu dari ALLAH.katanya,al-quran adalah karya Muhammad yang mengandungi ajaran agama.
Seorang pengkaji belanda mutkhir Koningsveld,mengatakan bahawa reality budaya di negerinya membawa pengaruh besar terhadap kejiwaan dan sikap Snouck.
Pada ketika itu,ahli perbandingan agama dan sejarah sangat dipengaruhi oleh Teori Evolusi dari Charles Darwin.
Teori itu membawa kesan kuat dalam teori di kalangan cendekiawan barat,bahawa perabadan Eropah dan Kristian adalah puncak perabadan dunia.
Sementara Islam yang dating kemudian menurut mereka,adalah usaha untuk memutuskan perkembangan perabadan ini.Bagi kalangan Nasrani,dianggap hukuman atas dosa-dosa mereka.
Konon,agama dan perabadan Eropah adalah lebih tinggi dan lebih baik disbanding agama dan perabadan Timur.Teori perabadan inilah berpengaruh besar terhadap sikap dan pemikiran Snouck.
Pada 1876,ketika manjadi mahasiswa di Leiden,Snouck pernah berkata: “Adalah kewajipan kita untuk membantu penduduk negeri jajahan( maksudnya muslim Indonesia) agar terbebas dari Islam.
Sejak itu,sikap dan pandangan Snouck terhadap Islam tidak pernah berubah sehingga ke akhir hayat.
Snouck pernah mengajar di Institut Leiden dan Delf,yang melatih orang belanda sebelum ditugaskan ke Indonesia.Ketika itu,Snouck belum pernah ke Indonesia,namun telah mula melibatkan diri dengan masalah penjajahan Belanda.
Pada ketika yang sama perang di Acheh antara peribumi dengan Belanda mulai bersemarak.
Ketika tinggal di Jeddah,ia berkenalan dengan dua orang Indonesia iaitu Raden Abu Bakar Jayadiningrat dan Haji Hassan Musthafa.
Dari kedua-duanya dia belajar bahasa Melayu dan mulai bergaul dengan para jemaah Indonesia untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Memeluk Islam

Kemudian ia mengucap syahadah dan memakai nama Abdul Ghaffar.Ekoran daripada itu,seorang Indonesia berkirim surat kepada Snouck yang menyebut “kerana anda telah memeluk Islam di hadapan orang ramai,dan ulama-ulama Makkah telah mengakui keislaman anda,jadi seluruh aktiviti anda(Snouck) ketika berada di Arab Saudi dicatat dalam dokumen di Universiti Leiden,belanda.
Snouck menetap di Makkah selama enam bulan dan di sambut hangat oleh seorang ulama besar Makkah iaitu Waliyul Hijaz.Pada masa di sana dia terus bertugas sebagai pengintip dan mencari data-data yang diperlukan.
Ketika di Saudi,Snouck mengumpul data-data penting bagi kepentingan pemerintah penjajah.Maklumat itu ia dapatkan dengan mudah kerana tokoh-tokoh Indonesia yang ada di sana sudah menganggapnya sebagai saudara seagama.
Kesempatan ini digunakannya untuk memperkuat hubungan dengan tokoh yang berasal dari Acheh yang menetap di Hijaz.
Pada 1885, ia pulang ke Belanda.Snouck kemudian menawarkan diri pada pemerintah penjajah Belanda untuk ditugaskan di Acheh..Ketika itu perang Acheh dan Belanda mulai berkecamuk.Snouck masih terus berutus surat dengan ulama asal Acheh di Makkah.
Snouck tiba di Jakarta pada 1889 di sambut oleh Jeneral Benaker Hourdec.Dia diberikan beberapa pembantu,seorang diantaranya adalah keturunan Arab bernama Sayyid Uthman Yahya Ibn Aqil al Alawi.Ia adalah penasihat Belanda dalam perkara berkaitan agama dan orang jawa.
Dia juga dibantu sahabat lamanya ketika di Makkah,Haji Hassan Musthafa yang dilantik sebagai penasihat untuk wilayah Barat Jawa.
Snouck sendiri memegang jawatan sebagai penasihat rasmi pemerintah penjajah Belanda dalam bahasa-bahasa Timur dan Fiqh Islam.Jawatan ini masih dipegangnya hingga setelah kembali ke Belanda pada 1906.
Misi utama Snouck adalah membersihkan Acheh dari agama Islam.Setelah melakukan kajian mendalam tentang semua yang berkaitan dengan masyarakat ini,Snouck menulis laporan secara terperinci tentang ‘kejahatan-kejahatan’ orang Acheh.
Laporan ini kemudiannya menjadi panduan dan dasar politik dan penjajah Belanda dalam menghadapi masalah Acheh.
Pada bahagian pertama,Snouck menjelaskan tentang budaya masyarakat Acheh dan peranan Islam,ulama dan peranan tokoh pimpinannya.Ia mnegaskan pada bahagian ini,bahawa yang berada di belakang perang dasyat A cheh dan Belanda adalah para ulama.
Sedangkan ,kata Snouck lagi,tokoh-tokoh awam mudah dijadikan sekutu kerana mereka hanyalah memikirkan perniagaan sahaja.
Snouck menegaskan bahawa Islam harus dianggap sebagai factor negative,kerana menimbulkan semangat fanatic agama dikalangan muslimin.
Kononya Islam membangkitkan rasa kebencian dan permusuhan rakyat Acheh terhadap Belanda.
Jika dapat dilakukan ‘ pembersihan ulama’ di kalangan masyarakat,maka Islam tidak lagi mempunyai kekuatan di Acheh.Tentang tokoh-tokoh dapat;Snouck yakin dapat dikuasi dengan mudah.
Pada bahagian kedua laporannya,dia memberikan cadangan berkaitan startegii ketenteraan.Snouck mengusulkan dilakukan operasi di perkampungan Acheh untuk melumpuhkan penentangan rakyat yang menjadi sumber kekuatan ulama.
Jika itu Berjaya,terbuka peluang cerah untuk membangun kerjasama pemimpin tempatan.Sebelum ini Snouck telah membentuk jaringan pengintip dari kalangan orang Avheh sendiri.
Cara Snouck sama dengan yang di lakukan di Saudi dahulu.Dia membina hubungan mesra dan berbaik-baik dengan rakyat tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Orang yang membantunya menyangka bahawa Snouck adalah seorang saudara seagama.Merekapun sangat hormat dan mempercayainya.
Sangkaan baik terhadapnya dapat dibuktikan di dalam surat-menyurat terhadapnya.Snouck pernah menerima surat yang menyanjungnya bertulis “wahai Fadhilah Syeikh Allamah Maulana Abdul Ghaffar,sang mufti negeri Jawa.”

Mengahwini gadis tempatan.

Snuck mengahwini anak seorang ketua daerah Ciamis,Jawa barat pada tahun 1890.Dari perkahwinan ini,dia mendapat empat orang anak;Salamah,Umar,Aminah dan Ibrahim.
Apabila isteri pertama meninggal pada akhir abad 19,ia menikah lagi dengan Siti Sadijah,anak Khalifah Apo,seorang ulama besar di Bandung.Hasil perkahwinan itu,dia dikurniakan anak yang diberi nama Raden Yusuf.
Snouck juga melakukan surat menyurat dengan gurunya,Theodore Noldeke,seorang orientalis Jermen yang terkemuka.
Dalam suratnya,Snouck menegaskan bahawa keislamannya dan semia tindak-tanduknya adalah permainan untuk menipu orang Indonesia demi mendapatkan maklumat untuk kajian.
Ia menulis: “Saya masuk Islam hanya pura-pura.Inilah satu-satunya jalan agar saya dapat diterima masyarakat Indonesia yang fanatic.”
Koningsveld mengatakan bahawa dalam surat Snouck: ia ragu-ragu tentang adanya tuhan.Ini terbukti dari surat yang ditulis Snouck kepada pendeta Protestant terkenal,Herman Parfink: “ anda termasuk orang yang percaya pada tuhan,tetapi saya sendiri ragu-ragu tentangnya…”..
Veld mengulas tentang kegiatan Snouck: “ ia berlindung di balik kajian ilmiah”dalam melakukan pengintipan demi kepentingan penjajah.”.
Veld yang merupakan pengkaji Belanda yang khusus mengkaji biografi Snouck menegaskan,bahawa dalam kajiannya terhadap masyarakat Acheh, Snouck menulis laporan yang terperinci.
Snouck menulis dua buku tentang Acheh dengan isi yang bertentangan.Laporan itu disiapkan setelah dia hidup di tengah-tengah masyakat Acheh selama 33 bulan dan berpura-pura sebagai muslim.
Dalam waktu itu,ia menyaksikan budaya dan watak masyarakat Acheh sekaligus memantau peristiwa yang terjadi.Kegiatannya tidak lebih dari tugas pengintipan dengan memerhati dan mencatat segala peristiwa.
Hasilnya,ia dapat menulis dua buku.Pertama berjudul “Acheh” memuatkan laporan ilmiah tentang masyarakat Acheh.Buku keduanya berupa laporan untuk pemerintah Belanda berjudul “Kejahatan Acheh”.
Buku ini memberikan ‘alasan-alasan kuat’ untuk memerangi rakyat Acheh.
Dua buku ini sangat bertentangan dari segala segi isi dan prinsipnya.Daripada buku ini,kita dapat gambaran sikap sebenarnya.
Snouck mencaci dan merendahkan masyarakat dan agama rakyat Acheh.Laporan itu hanya penuh dengan cacian,celaan dan provokasi supaya memerangi rakyat Acheh.
Justeru ingatan daripada Nabi s.a.w. yang bermaksud: orang Islam itu jangan terjatuh dua kali ke dalam lubang yang sama,harus dipahatkan di fikiran dan sanubari.
**********************************************************
Rencana ini menceritakan secara panjang lebar berkenaan tipu-daya dan propaganda barat yang sejak dari kalahnya Perang salib memusuhi umat Islam.Peperangan ideology dan pemikiran serta perang saraf lebih berbahaya jika hendank dibandingkan impaknya dari peperangan nyawa kerana ia meracuni pemikiran kita dengan senyap serta pantas.Mungkin sekarang ia menjadi tokoh ilmuan yang pendapatnya di terima dan di ajarkan di sekolah-sekolah di Malaysia dan tidak mustahil pendapat ini memusnahkan umat Islam Malaysia pula.Kepada pengubal silibus pendidikan,sepatutnya mereka lebih memahami akan setiap pendapat dan pemikiran barat.Pendidikan di Malaysia ini sudah dikaburi dengan unsur-unsur dari barat dan mengaburi anak2 hari ini.Anak-anak hari ini lebih mengetahu sumbangan tokoh-tokoh dan para ilmuan barat berbanding tokoh-tokoh islam seperti Ibn Batuta,Ibn Sina, dan lain –lain lagi. Imam as-syahid Hassan Al-Banna pernah mengatakan bahawa cedoklah segala ilmu barat supaya ia digunakan untuk kebaikan kita.Dari ilmu barat kita gunakan semula untuk mengekang dan memerangi kafir dan barat pula..Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

jom ReLax

hamster^_^

InDaHnYa IsLaM..

Andai Al-quran bisa bicara,ia berkata:"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras,skrg kau telah dewasa,nampaknya kau tdk berminat lagi padaku,apakah aku bacaan usang?Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku berlapis debu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari,kerana aku akn mnjd penerang didalam kuburmu!

cursor

Elegant Rose - Working In Background