Monday, March 7, 2011

Pengalaman di bumi China - Hari ke-2

6.00 a.m (waktu China - tak ada beza dengan waktu Malaysia)


tututut tututut.... tututut tututut.......


dapat teka tak bunyi apa??? Sebenarnya tu bunyi telefon morning call kat dalam bilik hotel. Bunyi dia lain sikit. Yang pastinya bukan bunyi kring kring...


Subuh di sana masuk pukul 5.30 a.m. dalam puku 6.30 a. dah habis waktu subuh. Kalau tengok dekat luar tingkap, pukul 6.45 pagi, dah macam pukul 7.30 pagi di Malaysia. Aku dan kak wani bangun solat dan siap-siap semua sebab pukul 7.50 kena kumpul di lobi. Pukul 7 Kami keluar makan di cafe hotel.


Kalau nak masuk makan dalam cafe hotel, kena ada kupon. Kami semua dah dapat kupon untuk sepanjang seminggu di sana(sarapan sahaja). Tapi, tak tau la macam mana, aku boleh hilangkan kupon aku. Adoooii... penat jugak la cari. Cari punya cari, tak jumpa. Jadi, aku hantar kak wani jadi wakil aku untuk makan. Laparrrr~


Aku bertapa di lobi hotel depan kaunter. Masa tu, ada sekumpulan orang daripada Korea yang duduk dekat sofa sebelah aku. Aku dengar depa cakap bahasa Korea.... Macam dalam movie!!!! excited lagi aku. Aku tersengih-sengih sorang-sorang. 


Lepas tu, ada seorang pak cik Korea ni, dia datang dekat aku....
Dia tanya," You from where?"(dalam pelat Korea)


 Nasib laa aku ni cepat pick up *perasan sendiri*.. Aku pun jawab, "Malaysia."


Dia senyum dan lepas tu dia kata, "Korea. (sambil tunjuk dekat diri dia)"


Masa tu, ada Asilah dekat sebelah aku. Asilah dengan semangatnya kata, " Anyonghaseyo"


Pak cik tu pun senyum lebar-lebar dan jawab, "Anyong".......macam dalam movie kan???hahahhaha


Tak lama lepas tu, kumpulan Korea tu pun keluar hotel.... dan tak lama lepas tu, Kak wani keluar sambil seludup makanan dalm beg kertas.. Rupanya dia tapau sosej dan pau cina dekat aku....Terharu T.T


Sebelum naik bas, kami ramai-ramai tangkap gambar dekat luar hotel. Salji masih ada. Sejuknya tak payah cakap la kan...
kak wani dan put depan hotel
Destinasi pertama kami hari tu ialah kedai Jade. Kedai tu milik kerajaan. En Imran (penasihat) kata, memang kalau pergi China dengan agen, depa akan bawa pergi kedai-kedai milik kerajaan. Memang termaktub dalam syarat perjanjian. Tak apa la kan....jalan ja... orang dah bawa. 


Masa dekat kedai Jade, ada la penerangan sikit oleh pekerja kedai tu. Dia suruh panggil dia dengan nama 'Meow meow'.... English dia pun boleh tahan. senang untuk faham. Dia bagitau banyak benda termasuklah cara nak bezakan jade yang asli dan tiruan. Antara caranya ialah:
  • Jade asli akan keluarkan bunyi 'ting ting ting' yang sedap didengar. Kalau jade yang tiruan , bunyinya agak harsh atau kasar dan tak sedap sikit
  • Jade asli tak akan calar dan kalau yang tiruan, akan calar dengan senang
dengan Meow Meow
dalam kedai jade
rantai jade....banyakkk~
Lepas habis beli-belah jade, kami gerak ke kedai kristal ataupun Crystal Shop. Itu pun kedai hak milik kerajaan China. Sama macam dekat kedai Jade, kami diberi penerangan pasal kristal. Banyak la benda baru kami dapat. Siap ada demonstrasi lagi. Kristal memang sangat cantik terutama bila bawah lampu.

Dekat situ ada jual cermin mata kristal. agak murah dalam 100 yuen (RM50) siap power semua (untuk power bawah 200). Banyak kelebihan kristal ni....antaranya:
  • kristal tulen tak akan calar walau digeserkan pada kaca.
  • kristal tulen akan keluarkan warna pelangi bila kena cahaya 
  • kristal tulen *untuk cermin mata* mengurangkan keletihan pada mata
  • kristal tulen sama macam jade, sangat sejuk dan menyegarkan kalau buat sarung bantal
  • kristal tulen dan jade boleh lancarkan perjalanan darah kalau dipakai di badan
pintu masuk kedai kristal
kristal yang cantik...
pelbagai jenis kristal
habis pusing-pusing kedai kristal, kami pun gerak ke kedai makan. lapar sudah~

lepas makan, kami melawat pula ke kedai buat tembikar China *kedai hak milik kerajaan China*. Pernah tengok tak tembikar China? Proses nak buatnya, sangat lama dan complicated. Tujuh kali warnakan, tujuh kali bakar. Sampai jadi cantik. Oleh sebab tu la, tembikar China mampu bertahan sampai beratus-ratus tahun.Tapi kalau nak beli, yang kecik pun dah beratus-ratus yuen. tak sanggup~

tembaga tanpa warna
tembikar yand dah diwarna untuk kali ke-2
tembikar yang dah 7 kali diwarna dan dibakar
cantik kan...???
Habis dekat sana, kami gerak ke Tembok besar China. Agak jauh sikit daripada capital city of Beijing. Dalam 2 jam jugak la kot. Bila dah dekat-dekat nak sampai Great Wall, kami yang tidur dalam bas tadi pun bangun. buka-buka mata nampak tembok Besar China depan mata. Subhanallah.. Panjang~

Keluar daripada bas, memang sangat sejuk. Tambahan pula Tembok Besar ni dekat kawasan pergunungan. Sejuk tak terkata. Rasa nak masuk dalam bangunan saja. tak mau keluar. Dekat tembok besar ni, sebenarnya bukan ada apa sangat pun. Ada batu-bata saja. Sebenarnya kisah disebalik terbinanya tembok tersebut tu yang amat bermakna. Bak kata kawan aku, cuba tafakur kejap, fikir berapa orang yang dah mati sebab nak buat tembok tu. Memang sangat kejam la Shih Huang Ti dulu.... hmm
bersama pak gad Great Wall
tugu permulaan tembok besar China
Alang-alang dah sampai sana, apa lagi kan, mesti la nak panjat tembok tu. tapi tak ada la sampai nak habiskan 8851 km tembok tu kan...Nak naik atas pun sangat laaa licin. tambah pula, salji macam nak cair, lagi la licin. Aku naik sampai perhentian ke-3 dah tak boleh dah. Tapak kasut aku sangat licin. Ada budak-budak USM yang tapak kasut power punya naik sampai ke perhentian ke-12. tinggi tak tinggi????
half-way atas tembok besar


Depa kata daripada atas tu, boleh nampak pantai, tak tau la kan. mesti sangat cantik....subhanallah~

dari perhentian ke-3
Kat area-area situ ada macam markas askar dulu-dulu. Aku pun singgah masuk. Senibina yang sangat cantik. Betapa indahnya seni Allah. Dia ilhamkan kepada askar-askar pada masa tu. Bertahan sampai sekarang.
laluan dalam markas
Dekat kawasan luar tu, ada orang jual souvenir, ada yang buka booth untuk siapa-siapa nak nak sewa baju macam maharaja siap pakej tangkap gambar lagi. Paling menarik perhatian aku ialah ada seorang artist ni, lukis tembok besar dengan tangan sendiri real depan mata. Cantiiikkkk~

kak wani dengan model askar zaman dulu
Kami ada dekat Great Wall tu dalam 3 jam lebih kot. Agak-agak sampai petang la juga... 


Habis kat situ, kami pergi ke Burning cream Center. *kedai hak milik kerajaan China* Dekat situ ada macam satu taklimat yang kami dapat. Siap demonstrasi lagi. Paling mengagumkan aku, orang yang bagi taklimat tu, dia geserkan tangan dia ke besi yang sangat panas lepas tu dia sapu krim. Tangan dia yang berbirat-birat lepas kena besi panas tu boleh bertukar normal dan halus mulus selepas beberapa minit. Subhanallah!!! Dahsyat ooo.... Tapi aku tak beli juga krim tu, sebab macam dah banyak pula krim sapu kat rumah.


timah depan kedai 
Lepas tu, kami bertolak balik dan singgah makan kat satu restoran Muslim. Makanan sana, semuanya berminyak sangat-sangat. Kalau yang tak berminyak pun ada sup telur. Tapi bukan macam sup kat Malaysia yang sedap itu. Sup sana, letak air, pastu pecah telur, masuk garam sikit, letak sayur-sayur sikit, dah jadi sup telur...Masa tu, memang rindu nak makan masak lemak cili api...hmmm.... sedapnya kalau ada. 

Habis makan, dalam pukul 8.00 malam, bertolak balik hotel. Kalau 8.00 malam di Beijing, macam pukul 9.30 malam ni Malaysia. Dalam pukul 10.00 malam kat sana, dah sunyi sepi dah. Semua orang dah tidur nyenyak masuk alam mana dah.... Ada budak USM yang keluar jalan-jalan pegi beli buah, tak pun ada yang lepak kedai makan ramen. Ramen sana, halal dan murah dan sangat banyak.....

Lepas habis tengok movie tajuk 'An Education' channel HBO, aku pun tidur. Kak Wani memang dah lama terbongkang macam kayu balak. hehhe....ZzzzZzzz


1 comment:

Quzie Fathihah said...

bestnye bestnye bestnye!!!!
mana buah tangannye???
hehehe

contengan jalanan

get this widget here