Selamat Datang Kami Alukan, Kepada Anda Yang Budiman , Di Tarbiyyah Islamiyyah Pendidikan Islam Kita Diketemukan , Semoga Silaturahim Dapat Dijalinkan

TAYAMMUM

Posted by nur_umiza Sunday, October 18, 2009









  • Tayamum adalah menyapu debu tanah yang suci kemuka dan kedua-dua belah tangan hingga kesiku dengan syarat-syarat tertentu dan disertai dengan niat. Tayamum adalah ganti wuduk atau mandi disebabkan keuzuran. tawamum merupakan rukhsah untuk beribadat. Hukum tayamum adalah wajib bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketiadaan air untuk menunaikan solat dan tawaf.










Fardu Tayamum 


   
"Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya
"Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".





  • 1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
  • 2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
  • 3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
  • 4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).


Cara-cara bertayamum
  • Sebelum bertayamum hendaklah dibersihkan terlebih dahulu anggota tayamum dan badan daripada najis dan kekotoran.
  • Tekapkan kedua-dua tapak tangan kedebu dan kemudian sapukan debu kemuka dari bahagian atas kebawah.
  • Bersihkan debu yang telah digunakan menyapu muka.
  • Tekapkan kedua-dua tapak tangan kedebu, kemudian sapukan debu ditangan kiri lepada tangan kanan bermuda dari belakang tapak tangan ingá kesiku.
Sebab-sebab tayamum
  •       Ketiadaan air atau ada air tetapi digunakan hanya untuk             keperluan makan dan minum.
  •     Tidak boleh menggunaka air disebabkan sakit.


Syarat-syarat Tayamum 
  • 1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
  • 2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
  • 3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.




Sunat-sunat tayamum 
  • 1. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • 3. Menipiskan debu di tangan.
  • 4.Mendahulukan menyapu tangan kanan daripada tangan kiri.
  • 5. Berturut-turut antara menyapu muka dan tapak tangan.
  • 6. Merenggangkan jari semasa menangkap debu. 




Perkara yang membatalkan tayamum 
  • 1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.                
  • 2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang. 









0 comments

Post a Comment