About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Monday 15 February 2016

15012016 Dalam Kenangan

Alhamdulillah syukur kerana diberikan kesihatan semula olehMu Ya Allah untuk aku meneruskan hidupku di muka bumiMu yang indah ini. Sebulan yang lalu 15012016, aku telah selamat menjalani pembedahan membuang pundi hempedu melalui kaedah pembedahan Laparoskopi. Semua debaran, kebimbangan dan ketakutan yang Allah berika ketika itu telah berjaya aku lalui. Syukur, kerana pembedahan itu berjaya dilakukan oleh doktor2 yang hebat di Hospital Taiping. Terima kasih kepada semua insan-insan yang banyak membantu dan mendoakan aku sepanjang tempoh pembedahan dan sepanjang tempoh penyembuhan tersebut.Hmmm...hidup tanpa pundi hempedu. Itulah aku pada ketika ini. Agak sedih kerana gagal menjaga tubuh badan yang dipinjamkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Pundi hempeduku ada batu-batu...huhu... batu yang tidak dapat ku bayangkan pada saat ia mula dikenalpasti oleh doktor. Keadaan menjadi lebih kritikal kerana ada batu yang telah terrrkeluar dari pundi hempedu dan berada pada salur pankres hingga menyebabkan rasa sakit yang amat sangat. Allahu Akbar...masih terbayang lagi saat-saat itu. Baik dari sakit...tubuh badan ku mula berwarna kuning. Kuninggggg....huhu... jaundis menurut doktor. Keadaan ini menyebabkan aku terpaksa keluar masuk hospital yang menakutkan.... untuk melakukan ERCP. ERCP di Hospital Alor Setar, bertujuan mengeluarkan batu yang terkeluar dari pundi hempeduku....huhu... kali pertama nampak batu. Batu dalam badanku. Agak besar dan membawa kepada keputusan drastik oleh doktor iaitu.... hempeduku perlu di buang. Laparoskopi telah dilakukan oleh doktor-doktor di hospital Taiping... mengambil masa 3 jam lamanya. Kini...aku sihat hidup tanpa hempedu. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memberikan kesihatan kepadaku.

Monday 22 June 2015

Syukur padaMu


Syukurku pada Mu Ya Allah. Tarikh 04.06.2015 di UPSI yang indah, saya telah dianugerahkan Ijazah sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian. Terima kasih kepada insan-insan tersayang. Kegembiraan ini untuk dikongsi bersama kalian. Suriyana Bt Sapuan ( D20102045896 ) 

Monday 27 October 2014

Terima Kasih Allah

Syukur atas nikmat kebahagiaan ini.

KeluargaKu Sayang




KeluargaKu Sayang
Mohammed Nizam bin Mohd Kamal
Suriyana bt Sapuan
Muhammad Aizzat Azri bin Mohammed Nizam
Nurrin Adibah bt Mohammed Nizam
Nuhammad Adam Aideed bin Mohammed Nizam
Muhammad Addeen Aqkhil bin Mohammed Nizam

Friday 9 May 2014

MEI 2014..

Bulan yang penuh kegembiraan dan kedukaan. Segalanya terhimpun di sini..


  • 1 Mei - Ulangtahun perkahwinanku & abang. Ya Allah aku bersyukur dengan kurniaanMu.
  • 1 Mei - 2 tahun kakakku Suriyani bt Sapuan kembali kerahmatullah ( 03.02.1973-01.05.2012 )
  • 11 Mei - 2 tahun ibu mertuaku Zaharah bt Wahab kembali kerahmatullah ( 11.05.2012 )
  • 15 Mei - Hari lahirku ke 39. Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmah hidup yang Engkau berikan. 
  • 16 Mei - Hari guru, buat diri ku sendiri dan arwah kakakku serta insan-insan guru sekalian.

Mei datang lagi..

MEI 2014..

Al fatihan buat insan yang sangat-sangat disayangi. Kehilangan kalian sangat dirindui dan diingati. Ya Allah, Engkau ampunilah dosa mereka yang aku sayangi.. Engkau ampunilah dosa kakakku Suriyani bt Sapuan (03.02.1973- 01.05.2012) dan ibu mertuaku Hajah Zaharah bt Wahab. Ya Allah, Engkau lapangkanlah dan terangkanlah kubur mereka dengan cahaya iman, Engkau tempatkanlah mereka bersama-sama orang yang beriman. Sesungguhnya mereka telah mendahului aku untuk menemuimu ya Allah. Sesungguhnya mereka adalah insan-insan yang mulia di dunia ini ya Allah..