Friday 30 November 2012

Santapan Ilmu Disember 2012

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Diharapkan anda semua berada di dalam keadaan yang sihat dan bahagia hendaknya. Kami berharap agar segala program yang telah kami aturkan pada bulan November lepas dapat sedikit sebanyak memberi manfaat dan ilmu yang berguna sebagai panduan hidup kita di bumi yang sementara ini.

Di sepanjang bulan Disember ini, pihak SUBUR dengan berbesar hati ingin menjemput semua kariah Taman Bunga Raya untuk beramai-ramai hadir memeriahkan majlis ilmu yang kami namakan Santapan Ilmu Disember 2012. Pelbagai jenis kuliah dan majlis ilmu telah disediakan pihak SUBUR, yang bakal mengupas segala jenis perkara dari segenap sudut ilmiah dan akan disampaikan oleh para ulama' terkenal negara di Surau Jumaat Taman Bunga Raya kesayangan kita.

Poster berikut adalah sebagai panduan untuk memudahkan anda semua tentang tarikh-tarikh penting kuliah dan ceramah yang bakal diadakan dalam bulan Disember 2012 nanti.


Jumpa anda di SUBUR...

Tuesday 20 November 2012

Ceramah November 2013

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Terima kasih diucapkan di atas kesudian anda untuk masih setia menjenguk blog SUBUR.
Dengan berbesar hati, pihak SUBUR ingin menjemput para kariah Taman Bunga Raya untuk sama-sama meramaikan majlis ceramah sepanjang minggu ke-3 dalam bulan November 2012.
Bagi memudahkan anda semua, pihak SUBUR telah menyusun dan menetapkan tarikh ceramah beserta penceramah jemputan seperti di dalam poster di bawah. Diharapkan dengan adanya poster ini, dapatlah kiranya membantu sedikit sebanyak para penduduk Taman Bunga Raya dan penduduk sekitar untuk menyusun jadual masing-masing bagi menghadiri majlis tersebut.



Kedatangan anda semua adalah amat-amat dialu-alukan. Semoga dengan kehadiran anda semua, dapat memakmurkan lagi SUBUR di samping mendapat ilmu dan barakah dari-Nya.

Kita jumpa di SUBUR...



Friday 2 November 2012

Ceramah Maghrib Perdana

Assalamualaikum w.b.t

Di harapkan agar anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. 

Sukacita kami untuk menjemput semua kariah Taman Bunga Raya untuk meramaikan Ceramah Maghrib Perdana yang bakal diadakan di SUBUR pada 4hb November 2012, iaitu pada hari Ahad ini, bersamaan dengan 19 Zulhijjah 1433. Ceramah ini akan disampaikan oleh Ustaz Dr.Muhammad Lukman Ibrahim, seorang pensyarah Al-Quran, Tafsir dan Tarannum Kias dari Universiti Malaya.



Semoga dengan kehadiran tuan puan ke majlis ilmu ini nanti, akan bertambah Rahmah dan Hidayah kepada SUBUR dan segala penghuninya, amin...

Jumpa anda di SUBUR...



Sunday 14 October 2012

Santapan Jiwa di Bulan Oktober 2012


Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman semua penduduk dan kariah SUBUR, pihak jawatankuasa SUBUR telah bersetuju untuk mengeluarkan jadual kuliah yang bakal diadakan disepanjang bulan Oktober 2012 ini. Segala susun atur majlis telah dipersetujui dan boleh dirujuk seperti pada poster di bawah :



Semoga dengan adanya jadual ini, dapat memudahkan semua dalam menyusun dan menyelaraskan program peribadi dan ilmiah masing-masing. Kehadiran tuan puan semua ke majlis ilmu yang telah kami sediakan adalah amat dialu-alukan. Semoga kedatangan anda semua nanti akan memeriahkan majlis nanti di samping memuliakan SUBUR. 

Jumpa di SUBUR.






Thursday 4 October 2012

Muzakarah Ilmu

Assalamualaikum w.b.t
 

Diharapkan  agar semua kariah Taman Bunga Raya berada di dalam  Rahmah Yang Maha Esa sentiasa hendaknya. Sukacita untuk pihak SUBUR menjemput para penduduk untuk menghadiri Muzakarah Ilmu yang bakal diadakan pada :

                  CERAMAH MAGHRIB PERDANA

 Penceramah Jemputan : Y.Bhg Ustaz Ahmad Fadhli Al-Yamani 
                                            Dari Madrasah Al-Yamani, Kg.Baru 
                        Tarikh     : Sabtu, 6hb Oktober 2012 bersamaan 20 Zulkaedah 1433H
                         Tajuk      : Qurban dan Pengorbanan


KULIAH SUBUH

Penceramah Jemputan : Y.Bhg Ustaz Mohd Adnin Bin Yahya Al Hadrami
                                            Dari Daru Mustofa Hadramaut, Yaman
                        Tarikh      : Ahad, 7hb Oktober 2012 bersamaan 21 Zulkaedah 1433H
                                            Kuliah Berkitab (Hikam)

Semoga dengan kehadiran anda semua akan memeriahkan majlis ilmu kita nanti.


PEMBETULAN : Terdapat kesilapan pada tarikh yang tertera pada poster ini. Tarikh sebenar Ceramah Maghrib Perdana adalah pada Sabtu, 6hb Oktober 2012, manakala Kuliah Subuh pula akan diadakan pada Ahad, 7hb Oktober 2012.

 
 

Friday 28 September 2012

Di Ambang Zulhijjah

Assalamualaikum w.b.t

Bersempena dengan kedatangan Bulan Zulhijjah ini, pihak SUBUR ingin menjemput para qariah Taman Bunga Raya untuk menghadiri Kuliah Maghrib Perdana pada 30 September 2012, Ahad bersamaan 14 Zulkaedah 1433H.




Penceramah jemputan kita pada kali ini adalah merupakan seorang personaliti TV Al Hijrah dan merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, iaitu Ustaz Roslan Mohamed.
Diharap dengan kehadiran anda semua dapat mengimarahkan lagi majlis kuliah di surau kesayangan kita, Insyaallah...

Wednesday 12 September 2012

Pengumuman : Ahad,16 September 2012

Assalamualaikum w.b.t.




Sukacita ingin kami pihak SUBUR memaklumkan dan menjemput semua penduduk Taman Bunga Raya untuk sama-sama meramaikan dan meraikan majlis-majlis yang bakal kami adakan pada 16 Sept 2012.

Majlis yang akan diadakan ini adalah bersempena untuk meraikan calon-calon SPM&PMR, dan Jemaah Bakal Haji di samping turut sekali merayakan bulan Syawal yang mulia ini dengan bermaaf-maafan sesama insan dalam majlis Hari Raya nanti.

Turut memeriahkan majlis adalah YBG Ustaz Abdul Nasir Al-Hafis dari Madrasah Al-Yamani, Kg.Bharu yang akan mengimamkan Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Doa Selamat. Selain beliau, YBG Ustaz Hanafi Abdul Malek, Pengerusi SIDIM & Personaliti TV9 di dalam rancangan "Tanyalah Ustaz" juga akan turut serta untuk menyampaikan ceramah khas kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Qariah TBR juga dialu-alukan untuk menyumbang untuk jamuan makan pada hari tersebut.
Semoga dengan kehadiran anda, TBR akan sentiasa berada dalam baraqah Yang Maha Esa.

Tuesday 11 September 2012

Ceramah Maghrib Perdana : 'A' untuk ALLAH

Assalamualaikum w.b.t




Sebuah ceramah khas untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan PMR akan diadakan di surau kesayangan kita SUBUR bertujuan bagi memberi semangat dan meniupkan rasa cinta para pelajar terhadap Yang Maha Pencipta. Ceramah Khas Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

           Tarikh   : 16hb September 2012
           Masa    : 7:00 petang hingga 11:00 malam
           Tajuk    : 'A' untuk ALLAH
           Tempat :  Surau Bunga Raya

Penceramah jemputan pada kali ini adalah merupakan seorang penceramah yang tidak asing lagi di Malaysia dan sentiasa muncul dikaca TV9, selain menjadi penceramah undangan pilihan dalam rancangan 'Tanyalah Ustaz" iaitu Ustaz Hanafi Abd Malek yang juga merupakan seorang pengerusi di Rumah Sahabat Insan dan Iman Malaysia (SIDIM). 

Semua muslimin ,muslimat dan para pelajar khususnya, dijemput hadir untuk sama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah, dan turut serta dalam aktiviti yang telah disusun sepanjang program ceramah berlangsung. Semoga dengan kehadiran anda semua, para pelajar mahupun ibu bapa, kejayaan di dunia dan akhirat dapat dikecapi seiringan.

Sekian, terima kasih.

Tuesday 19 June 2012

FORUM PERDANA ISRA' MI'RAJ


Assalamualaikum



Bersempena Isra' Mi'raj pada tahun 1433 Hijrah ini, surau kami akan menganjurkan forum perdana yang bertajuk "Hati yang Dicintai Allah s.w.t" yang akan dipengerusikan oleh moderator Ustaz Hamim Sameon (ABIM) bersama Ahli Panel Jemputan Ustazah Norhafizah Musa (Personaliti Program Tanyalah Ustazah di TV9) dan juga Imam Muda Hassan (Program Imam Muda).

Forum Perdana Isra' Mi'raj ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Ahad, 24 Jun 2012 (4 Syaaban 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi forum perdana yang bakal memberi bimbingan kepada kita sebagai umat Islam untuk membentuk hati yang mendapat keredhaan dan seterusnya dicintai oleh Allah s.w.t. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.

Thursday 7 June 2012

Fekah Berinteraksi dengan Non Muslim



Assalamualaikum

















Surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Fekah Berinteraksi dengan Non Muslim" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad Nidzam Kadir (Personaliti Tanyalah Ustaz / Moderator Halaqah).

Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Sabtu, 9 Jun 2012 (20 Rejab 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang bakal memberi panduan kepada kita sebagai umat Islam tentang cara-cara mendekati dan berinteraksi dengan non Muslim. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.

Friday 1 June 2012

Sirah Nabawiyah





Muslimin dan Muslimat sekalian, S.U.B.U.R akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "SIRAH NABAWIYAH" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr Hafiz Zakariya, Timbalan Dekan pengajian siswazah dan penyelidikan Kulliyyah Ilmu Islam dan sains manusia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Ahad, 3 Jun 2012 (13 Rejab 1433H).
Masa  : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang bakal memberi panduan kepada kita sebagai umat Islam tentang sirah para Nabi dan Rasul, di samping dapat mengenali dan mendalami sejarah para Nabi dan Rasul. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat meraikan dan meramaikan majlis ilmu ini nanti.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 16 May 2012

PELANCARAN TABUNG PEMBANGUNAN S.U.B.U.R


Assalamualaikum



Bersempena dengan Majlis Pelancaran Tabung Pembangunan Surau Jumaat Taman Bunga Raya, surau kami akan menganjurkan Ceramah Perdana yang bertajuk "Maafkan Kami!!!" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz dari Pusat Pendidikan Al-Baqarah

Ceramah Perdana yang berlangsung sempena  Majlis Pelancaran Tabung Pembangunan Surau Jumaat Taman Bunga Raya  ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Sabtu, 19 Mei 2012 (27 JamadilAkhir 1433H)
Masa : 2.30 - 4.30 petang

Aturcara majlis. *klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.

        


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Tabung Pembangunan Surau Jumaat Taman Bunga Raya ini seterusnya mengambil bahagian dalam ceramah perdana yang bakal disampaikan oleh penceramah tersohor. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah. Insya Allah.

Sekian, terima kasih.

Friday 11 May 2012

Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Muhammad Nidzam Kadir

Assalamualaikum




Surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Fekah Berinteraksi dengan Non Muslim" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad Nidzam Kadir (Personaliti Tanyalah Ustaz / Moderator Halaqah).

Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Sabtu, 12 Mei 2012 (20 JamadilAkhir 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang bakal memberi panduan kepada kita sebagai umat Islam tentang cara-cara mendekati dan berinteraksi dengan non Muslim. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.

Friday 4 May 2012


Assalamualaikum



Surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Membina Umat Solehah" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Roslan Mohamed (Personaliti TV Al Hijrah & Pensyarah Kanan Universiti Malaya).
Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-
Tarikh : Sabtu, 5 Mei 2012 (14 JamadilAkhir 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang bakal membincangkan bimbingan kepada kita dalam membina diri sebagai umat Islam yang soleh dan solehah. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 25 April 2012

KULIAH MAGHRIB PERDANA USTAZ ERFINO JOHARI


Assalamualaikum w.b.t



Surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Tatakelola Keperibadian Muslim" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Erfino Johari  (Personaliti Program Tanyalah Ustaz / Moderator Halaqah di TV9).

Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Sabtu, 28 April 2012 (6 JamadilAkhir 1433H).

Masa : Selepas solat Maghrib


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang bakal menerangkan hal berkaitan keperibadian kita sebagai umat Islam. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.

Friday 20 April 2012

CERAMAH UMUM OLEH USTAZ JEL FETHULLAH


Assalamualaikum




Surau kami akan menganjurkan Ceramah Umum yang akan disampaikan oleh penceramah tersohor yang dijemput khas dari negara jiran iaitu Ustaz Jel Fethullah (Ahli Majlis Fatwa Sumatera Barat).
Ceramah Umum ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Ahad, 22 April 2012 (30 JamadilAwal 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi ceramah umum yang bakal disampaikan oleh Ustaz Jel Fathullah ini. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.

Friday 6 April 2012

WASIAT TERAKHIR RAULULLAH S.A.W


Assalamualaikum




     Sesungguhnya sepanjang hayat baginda, Nabi Muhammad s.a.w banyak meninggalkan didikan dan panduan kepada kita sebagai umat baginda. Sebelum kewafatan baginda, turut ditinggalkan wasiat terakhir sebagai peringatan dan pedoman kepada umat baginda.
     Oleh itu, pihak surau kami akan mengadakan kuliah maghrib perdana yang bertajuk "WASIAT TERAKHIR RAULULLAH S.A.W" bagi membincangkan isi kandungan yang terdapat dalam wasiat baginda tersebut. Kuliah Maghrib Perdana ini bakal berlangsung pada
Tarikh : Ahad, 16 JamadilAwal 1433H (8 April 2012)
Masa : Selepas solat Maghrib
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang memberi penjelasan akan intipati yang terkandung dalam wasiat terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.


Monday 19 March 2012

CERAMAH PERDANA OLEH USTAZ JEL FETHULLAH


Assalamualaikum.


Surau kami akan menganjurkan Ceramah Perdana yang bertajuk "Memartabat Umat Sejagat" yang akan disampaikan oleh penceramah tersohor yang  dijemput khas dari negara jiran iaitu Ustaz Jel Fethullah (Ahli Majlis Fatwa Sumatera Barat).
Ceramah Perdana ini akan diadakan pada :-
Tarikh : Ahad, 25 Mac 2012 (2 JamadilAwal 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi ceramah perdana yang bakal menerangkan betapa pentingnya martabat umat sejagat patut dijaga. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.


Sekian, terima kasih.

Thursday 8 March 2012

KULIAH MAGHRIB JEMPUTAN KHAS IMAM MUDA

Assalamualaikum

   Surau Taman Bunga Raya akan menganjurkan Kuliah Maghrib bersama jemputan khas Imam Muda Hassan bin Mohd Azhari pada Sabtu ini 10/3/2012. Kuliah Maghrib tersebut akan disampaikan dengan tajuk Mukjizat Al-Quran.

  Semua jemaah dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi majlis ilmu yang penuh keberkatan ini. Insya Allah.

  Sekian, terima kasih.

Thursday 1 March 2012

CERAMAH PERDANA


Assalamualaikum,

Hidup di dunia ini, sebagai seorang hamba Allah setiap insan perlu menimba ilmu sebagai bimbingan untuk senantiasa berada di jalan yang benar. Bertepatan dengan kepentingan ilmu sebagai penyelamat akidah kita, surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Ilmu Penyelamat Akidah" yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohammad Nidzam b. Abdul Kadir (Personaliti Program Tanyalah Ustaz di TV9)
Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

  • Tarikh : Ahad, 4 Mac 2012 (11 Rabiulakhir 1433H).
  • Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang menerangkan betapa pentingnya ilmu demi menyelamatkan akidah semua. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 15 February 2012

Kuliah Ahad Bersama Penceramah Jemputan


Kuliah Ahad
Bersama Penceramah Jemputan

Tarikh : 19/ 02/ 2012
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Bunga Raya (SUBUR)

Penceramah : Ustaz Mahmud Fathi bin Abdul Samat
 Latar Belakang:
· Pendidikan awal di Madrasah Ittihadiyah,  Kelantan dan MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
· Melanjutkan pengajian ke University of Nebraska (Associate of Art Degree), Madrasah Ta’limul Quran Karachi, Pakistan (Tahfizul Quran) dan Post Graduate Diploma in Islamic Studies UKM
· Pengarang Buku Muslim Profesional Keluaran IKDAS


Wednesday 8 February 2012

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum,



    Sempena sambutan Maulidur-Rasul pada tahun 1433 Hijrah ini, surau kami akan menganjurkan ceramah yang bertajuk "Ya Rasullullah! Syafaatkan Kami" yang akan disampaikan oleh Ustaz Raihan Abdul Azizi (Personaliti Program Tanyalah Ustaz di TV9)

    Ceramah bersempena Maulidur Rasul ini akan diadakan pada :-

  • Tarikh : Ahad, 12 Februari 2012 (19 Rabiulawal 1433H).
  • Masa  : Selepas solat Maghrib 



SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK ATURCARA MAJLIS

    Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi majlis ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.


Thursday 12 January 2012

Cantiknya Bidadari




Penulis: Ummu Ziyad Fransiska Mustikawati dan Ummu Rumman Siti Fatimah
Muroja’ah: Ust. Aris Munandar

Terheran-heran. Tapi itulah kenyataan. Seseorang  – yang mungkin dengan mudahnya – melepas jilbabnya dan merasa enjoy mempertontonkan kecantikannya. Entah dengan alasan apa, kepuasan pribadi, materi dunia, popularitas yang semuanya berujung pada satu hal, yaitu hawa nafsu yang tak terbelenggu.

Padahal… nun di surga sana, terdapat makhluk yang begitu cantik yang belum pernah seorang pun melihat ada makhluk secantik itu. Dan mereka sangat pemalu dan terjaga sehingga
kecantikan mereka hanya dinikmati oleh suami-suami mereka di surga.

Berikut ini adalah kumpulan ayat dan hadits yang menceritakan tentang para bidadari surga.


Harumnya Bidadari

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sekiranya salah seorang bidadari surga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Kecantikan Fisik

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Rombongan yang pertama masuk surga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkemilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua istri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam surga nanti tidak ada bujangan.” (HR. Bukhari dan Muslim)



ÙƒَØ°َÙ„ِÙƒَ ÙˆَزَÙˆَّجْÙ†َاهُÙ… بِØ­ُورٍ عِينٍ

“Demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari.” (Qs. Ad-Dukhan: 54)

Abu Shuhaib al-Karami mengatakan, “Yang dimaksud dengan hur adalah bentuk jamak dari  haura, yaitu wanita muda yang cantik jelita dengan kulit yang putih dan dengan mata yang sangat hitam. Sedangkan arti ‘ain adalah wanita yang memiliki mata yang indah.

Al-Hasan berpendapat bahwa haura adalah wanita yang memiliki mata dengan putih mata yang sangat putih dan hitam mata yang sangat hitam.

Sopan dan Pemalu

Allah Subhanahu wa Ta’ala menyifati bidadari dengan “menundukkan pandangan” pada tiga tempat di Al-Qur’an, yaitu:

“Di dalam surga, terdapat bidadari-bidadari-bidadari yang sopan, yang menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan? Seakan-akan biadadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. Ar-Rahman: 56-58)

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” (Qs. Ash-Shaffat: 48)

“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”

Seluruh ahli tafsir sepakat bahwa pandangan para bidadari surgawi hanya tertuju untuk suami mereka, sehingga mereka tidak pernah melirik lelaki lain.

Putihnya Bidadari

Allah Ta’ala berfirman, “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. ar-Rahman: 58)

al-Hasan dan mayoritas ahli tafsir lainnya mengatakan bahwa yang dimaksudkan adalah bidadari-bidadari surga itu sebening yaqut dan seputih marjan.

Allah juga menyatakan,“(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam kemah.” (Qs. Ar-Rahman: 72)

Maksudnya mereka itu dipingit hanya diperuntukkan bagi para suami mereka, sedangkan orang lain tidak ada yang melihat dan tidak ada yang tahu. Mereka berada di dalam kemah.

Baiklah…ini adalah sedikit gambaran yang Allah berikan tentang bidadari di surga. Karena bagaimanapun gambaran itu, maka manusia tidak akan bisa membayangkan sesuai rupa aslinya, karena sesuatu yang berada di surga adalah sesuatu yang tidak/belum pernah kita lihat di dunia ini.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hamba-Ku yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh pikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah mengetahui sifat fisik dan akhlak bidadari, maka bukan berarti bidadari lebih baik daripada wanita surga. Sesungguhnya wanita-wanita surga memiliki keutamaan yang sedemikian besar, sebagaimana disebutkan dalam hadits,

“Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan lagi, seorang manusia telah Allah ciptakan dengan sebaik-baik rupa,

“Dan manusia telah diciptakan dengan sebaik-baik rupa.” (Qs. At-Tiin: 4)

Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Beliau shallallahu’‘alaihi wa sallam menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.”

Saya bertanya, “Karena apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Beliau menjawab, “Karena shalat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami ridha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’.” (HR. Ath Thabrani)

Subhanallah. Betapa indahnya perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebuah perkataan yang seharusnya membuat kita, wanita dunia, menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menjadi wanita shalihah. Berusaha untuk menjadi sebaik-baik perhiasan. Berusaha dengan lebih keras untuk bisa menjadi wanita penghuni surga..

Nah, tinggal lagi, apakah kita mau berusaha menjadi salah satu dari wanita penghuni surga?

Maraji’:
Mukhtashor Hadil al-Arwah ila Bilad al-Afrah (Tamasya ke Surga) (terj), Ibnu Qoyyim al-Jauziyyah.

Penghargaan kepada : ✿Nur muslim's✿

Tuesday 10 January 2012

Asmaul Husna 99 Nama ALLAH

http://www.youtube.com/watch?v=CUetUuJyaGA&feature=related

Surau & Madrasah

Surau & Madrasah

Doaku...

Indah nya Islam

Ahli Jawatankuasa Masjid

Ahli Jawatankuasa Masjid


Assalamualaikum w.b.t

Salam semua,
Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin dan kudrat Nya, maka terhasil lah blog Surau Taman Bunga Raya dan Madrasatun Naim. Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi segala aktiviti, informasi dan lain lain pekara yang berkaitan dengan masyarakat Islam disekitar Taman Bunga Raya.

Diharap dengan kewujudan blog ini, dapat membantu dam memudahkan para jemaah Surau Bunga Raya dan Madrasah mengemaskini dan mengikuti perkembangan taman kita. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberi manfaat dan perlindungan terhadap kita semua. Wassalam.