Carian Hati

PERTANDINGAN SURAU IMARAH

Kami warga SK Taman Bunga Raya (1) mengalu-alukan kehadiran barisan juri Pertandingan Surau Imarah Peringkat Negeri Selangor 2016. Semoga kejayaan akan bersama kami. Amin

ADAB KETIKA DI SURAU

ADAB KETIKA DI SURAU

Jumaat, 7 April 2017

Kem Bestari Solat Tahun 3 dan 5

 Kem Bestari Solat ini diwujudkan untuk mendidik dan melatih pelajar diperingkat awal, ia meliputi beberapa aspek penting diambil kira iaitu : Melatih dan memberi tunjuk ajar yang betul tentang solat supaya ia memenuhi syarat- syarat sahnya solat seseorang itu. Memperbetulkan setiap rukun solat.
Objektif pelaksanaan KBS diperingkat sekolah adalah supaya murid-murid Dapat menguasai bacaan dalam solat dengan betul dan sempurna.Dapat menguasai bentuk perbuatan solat dengan betul dan sempurna. Merapatkan ukhuwwah Islamiyyah antara murid dan guru.













Ahad, 24 Julai 2016

Selamat Datang Laman Surau At-Taufiq SKTBR1

Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) merupakan sekolah yang dibina oleh Kementerian Pelajaran kepada para penduduk di sekitar Taman Bunga Raya. Sekolah ini terletak dalam Kompleks Pendidikan Taman Bunga Raya, adalah bersebelahan dengan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1. Pembinaan surau at-taufiq didirikan sama dengan bangunan sekolah serta dibina secara berasingan kira-kira 17 tahun yang lalu. Pembinaan sekolah  dan surau ini menelan belanja hampir RM 8 juta, telah siap dibina pada tahun 2002 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2003.


  
Pengenalan
Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian.

Rasional

Ø  Surau adalah syiar dan imej Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian
Ø  Menggerakkan aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
Ø  Pelajar-pelajar kurang berminat dan tidak suka berada di surau malah mereka tidak memanfaatkan setiap detik masa ketika berada di surau.
Ø  Terdapat surau yang tidak diurus dengan efisyen dan sistematik sehinggakan ia kelihatan terbiar, lesu dan tidak terurus.
Ø  Penglibatan warga sekolah terhadap aktiviti surau tidak menyeluruh.
  

   Visi

Pusat ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat.




Misi

Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi

MOTTO SKTBR 1
S - SAHSIAH
K - KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI
T - TAQWA DALAM KEHIDUPAN
B - BUDI KESOPANAN DIRI
R - ROHANI DAN JASMANI
1 - SATU MATLAMAT KEREDHAAN ILAHI
ILMU, AMAL, ISTIQAMAH PEMBENTUK AKHLAK MULIA


Objektif

Ø   Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
Ø   Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik.
Ø   Memupuk minta dan tabiat murid supaya rajin berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya.
Ø   Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah Islamiah yang unggul.
Ø   Membantu murid menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.
Ø   Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan pembinaan insan.


Piagam Pelanggan

Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai :

Ø  Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
Ø  Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
Ø  Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
Ø  Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.
Ø  Memaksimumkan pengggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ø  Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna