Wednesday, November 15, 2023

Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar Ulul Albab (SUBES) homestay

Good luck adik yang nak exam UKKM di MRSM. Moga maju jaya. Stay sini sementara anak periksa di MRSM Sungai Besar Selangor




Homestay berhampiran MRSM Sungai Besar Selangor.hubungi 0197373706- hafiz


Aktiviti menarik Sekinchan - Sungai Besar selangor

Percutian healing dekat sawah padi gais!

Secara ringkas itenary

Menginap di Izz Homestay Sungai Panjang Sungai Besar Selangor. Rate harga murah je RM130-300.

Homestay budget dekat sawah padi

Sini ada unit untuk family kecil dan family besar unit rumah tiga bilik. Semua lengkap ekon. Sejukkk.


Keliling sawah padi, tapi padi ni bermusim tau ! Ni bawah ni gambar main buai kat tepi homestay. 


Berbuai di Izz Homestay Sungai Panjang Sg Besar Selangor 

Kat tepi lorong air ni ada belut. Boleh memancing ikan. Belut pun ada. Korang penah tengok belut tak?

Belut ni licin, elok untuk kulit eczema orang kata. Belut masak goreng pun sedap orang kata. Ni bawah ni kitaorang masak belut bakar je.

 
Belut bakar. Malam kitaorg bbq

Sini kalau nak best, malam bbq. Pastu malam esoknya tengok kelip2. Puas hati ambil 3hari 2malam. 

Kelip2 ni ada dekat Sungai Panjang. Korang datang sini rugi kalau tak join aktiviti Kelip Kelip Sungai Panjang ni. Serius macam zaman dulu sebab zaman dulu banyak la kelip2 ni kat keliling rumah.

Sekarang banyak pupus dah Kelip2. Kadang anak kita pun tak tahu apa tu Kelip2. Ni kalau nak tengok kelip2 call je 0197373706.
Ni owner homestay Yang kitaorang duduk. Dia boleh arrange tengok kelip2 juga untuk kita. 

Naik boat keliling Sungai ! 

Sini kan best, sejuk je angin malam. Kelip2 ni dekat je dengan MRSM Sungai Besar Ulul Albab. Biasa parent yang nak bawa anak periksa UKKM kat MRSM ni diaorang stay dekat homestay Yang kitaorang duduk ni. 

Cerita esok pagi, kitaorang bangun awal. Pastu main basikal. 

Ya Allah embun pagi syok betol. Sambil tu memancing dekat keliling homestay. 


Kabus embun pagi. Segar! 

Kalau kat bandar susah nak dapat suasana macamni. Sini tak la mewah, cuma tenang ya amat. Puas hati  lah orang kata.


Aktiviti berbasikal dan memancing.

Pendek cerita korang kene try menginap sini. Sini kampung ! Seronok ! 



Thursday, November 25, 2021

Tempat Percutian Sawah


Tempat menghijau sawah padi sesuai untuk bercuti. Tenangkan jiwa dan minda.

 Assalamualaikum. 

Jom singgah bercuti di kawasan kampung Sungai Besar Selangor. Kawasan Sungai Besar ni dia dalam Selangor lagi. Cuma persekitaran sini adalah sawah padi. 

Bila sebut sawah padi. Apa yang terpikir dalam imaginasi korang? Hijau, menghijau sekeliling kan?

Sawah padi hijau. Menarik kawasan sungai besar selangor


Tenang bercuti di kawasan sawah padi ni. Nak best pilih homestay yang terletak di tengah sawah padi. Bila malam, bunyi cengkerik dan katak pun sahut menyahut. Pengalaman sangat sebenarnya situasi ni. Bawa anak anak pun mesti mereka suka.


Bila homestay yang dipilih ditepi sawah, secara rasminya korang mesti boleh memancing ikan kat keliling homestay tu. 

Syok anak bila dapat memancing ikan


Ye betol, memancing kat situ je. Sebab ikan darat ni, dia memang hidup kat dalam sawah padi yang hijau tu 


Sambil tu boleh la tangkap gambar. Selfie sana. Selfie sini. Gambar kenangan. 

Hari petang, boleh tengok sunset pula. Sambil burung burung terbang. Sambil angin sepoi-sepoi bahasa ada meniup korang. Haa gitu.

Buai laju laju sampai pucuk sena


Salah satu tempat yang aku tahu untuk bercuti dan dapat pengalaman macam atas ni, dekat Izz Homestay Sungai panjang, Sungai Besar Selangor. Korang nak homestay budget save nombor ni 0197373706

Homestay Izz ni terletak ditengah sawah padi. Memang best. 


Friday, May 28, 2021

Cara nak tenang

Selagi kita MANUSIA, selagi itu Kita Akan sentiasa Di uji. Ujian tanda Allah sayang, Allah nak naikkan darjat kita. Allah rindu nak dengar rintihan Kita. Allah tahu Kita boleh Lepas ujian Tu, sabar ya. Jalan pelan2 hadapi ujian Tu, InsyaAllah Mesti Ada "pelangi" Lepas "hujan".

.

.
Awak senang la cakap, saya Yang hadap!
.
Aikkk.. sy Pula kena?
Ya saya tahu awak yang hadap, takkan saya nak kene lemahkan emosi awak. Tu sebab saya pujuk awak ni. Awak kene sabar... Saya tahu awak boleh punya.. Kita jalan hadap sama2. Allah Kan Ada. Allah sayang Kita 💕
 
Dah dah jom Kita istigfar.

Astagfirullahazim.. jom baca sampai tertidur. Semoga Hari esok Ada lagi rezeki Kita untuk bernafas Di dunia tipu-tipu ini. Kerana Yang kekal hanyalah akhirat. 



Jom Kita Kaya

 Jom Kita kejar akhirat, nanti dunia pasti kejar Kita.


Biar Kita Kaya kat dunia dan Kaya kat akhirat juga. Jgn Pula Kita Kaya Di dunia, tapi miskin Di akhirat.


Tujuan hidup Kita untuk MATI

LAILLAHAILLAHMUHAMMADARRASULLUH 💕🥰

Selamat beramal semua. Maafkan Salah silap saya. Cik Zati 💕







 

Nak berubah, tapi tak tahu macamana

 

SubhanaAllah maha suci Allahuakbar


Segala puji bagi ALLAH  SWT, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah SWT, Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin.

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah SWT syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya ALLAH, masukkan ia ke syurga" dan siapa berlindung kepada ALLAH SWT dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya ALLAH, hindarkan ia dari neraka."

Seorang ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia."

Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada ALLAH, mendapat balasan pahala dan jalan menuju ke syurga ALLAH.

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada ALLAH?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan ALLAH adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadith Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana di dalam syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, ALLAH  akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadith Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredhaan ALLAH  setiap masa?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya ALLAH redha kepada hamba-Nya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadith Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh ALLAH?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "ALLAH  tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadith Riwayat Abu Daud)

6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadith Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan ALLAH  atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan ALLAH  atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".(Hadith Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".(Hadith Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".( Hadith Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".(Hadith Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang ALLAH  sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM.."(Hadith Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".(Hadith Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh ALLAH  sepanjang masa?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh ALLAH ". (Hadith Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin ALLAH  mengampunkan semua dosa kalian?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI.' sebanyak 100x sehari ALLAH  akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana ALLAH  dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadith Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh ALLAH?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad , ALLAH  akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya".(Hadith Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin ALLAH  mengangkat darjat kalian?
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merendah diri kepada ALLAH, ALLAH  akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadith Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan, marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada ALLAH SWT, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredhaan ALLAH  SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat dan dijauhi daripada seksaan api neraka. Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.

:: jom kita…insyaALLAH, kita boleh…kalau tak boleh buat semua, jangan ditinggalkan semua….=)

Tuesday, August 6, 2019

lubuk jegging soft jeans murah

assalamualaikum sayang semua

comel kan model kan

nak cari soft jeans call je 0103313679