Monday 31 October 2011

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2011

 Pada hari 15 Oktober 2011 yang lepas,sekolah STAR 2 telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak yang ke-21.Sambutan ini telah diadakan di Dewan Sri Temenggong STAR 2.Sempena Sambutan Hari Kanak-kanak itu telah diadakan pelbagai aktiviti  yang menarik.
        Hari Kanak-Kanak Sedunia mula diraikan oleh negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1953. Ianya berikutan syor Kesatuan Kebajikan Kanak-Kanak Antarabangsa kepada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1952. Bertitik-tolak daripada syor tersebut, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu resolusi memandatkan UNICEF mengadakan Hari Kanak-Kanak Sedunia setiap tahun mulai tahun 1953. Kini, Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut oleh tidak kurang daripada 149 buah negara di seluruh dunia pada tarikh yang ditentukan oleh negara masing-masing. Bagi negara kita, Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada hari Sabtu terakhir bulan Oktober setiap tahun. Perayaannya mempunyai dua objektif utama, iaitu:- - memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap segala keperluan serta isu penting berkaitan dengan kanak-kanak, di samping menekankan tanggungjawab masyarakat, khususnya ibubapa terhadap pendidikan kanak-kanak yang sempurna, dan - mengadakan program kegiatan kreatif serta hiburan. Tema Hari Kanak-Kanak Sedunia pada tahun ini ialah 'Kedamaian Teras Kesejahteraan Kanak-Kanak'. Tema ini selaras dengan perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengiktiraf tahun 1986 sebagai 'Tahun Kedamaian Antarabangsa'. Tema ini sangatlah tepat kerana ia akan menyedarkan masyarakat kita khususnya, dan dunia amnya, betapa pentingnya kedamaian sebagai asas mewujudkan kesejahteraan kanak-kanak dan keharmonian generasi akan datang. Dengan demikian, sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ini bermaksud mengingatkan kita semua bahawa kanak-kanak merupakan satu golongan masyarakat yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak. Kedamaian pula bukan sahaja bermakna suasana tanpa konflik, tetapi ia haruslah diertikan sebagai keadilan, kesamarataan hak, peluang penyertaan bersama dan pembangunan seimbang yang mana amalannya bermula dari peringkat keluarga.
             Pelbagai persembahan dipersembahkan oleh para pelajar iatu persembahan nyanyian,lakonan dan mendeklamasikan sajak.Selepas persembahan selesai,tiba masanya untuk Guru Penolong Kanan menyampaikan hadiah untuk para pelajar yang telah berjaya memenangi pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah lalu merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-kanak.Setelah selesai semuanya,majlis telah bersurai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...