Monday, June 8, 2009

ILMU ITU CAHAYA YANG MENERANGI ALAM....

"Aku mengadu kpd guruku, Waki', akan kesusahanku menghafal. Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat. Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat" ~ kata Imam Syafie.


Ilmu itu indah bila kita betul2 menghayatinya.Satu cara utk memotivasikan diri kita utk menuntut ilmu ialah kita perlu baca kisah2 tentang cara2 ulama salafussoleh menuntut ilmu. Cara bagaimana adab2 mereka tika menuntut ilmu, adab mereka dgn guru, adab2 mereka pula dgn kitab kerana menghormati ilmu tersebut.


Ana ambil contoh Imam Syafie. Hmm.. kalau kita baca tentang cara beliau menuntut ilmu.. Masya Allah.. jauh sekali lah kalau nak dibanding dgn kita ni sekarang dan kerana itulah kita tidak dapat merasakan kesan ilmu itu sendiri.




Di antara adab2 menuntut ilmu:

1)Mengambil wuduk sblm membaca kitab tersebut kerana wuduk itu nur.

2)Sebelum baca kitab(ugama), sedekahkan AlFatihah kpd Rasul junjungan kita dan tidak ketinggalan juga penulis buku itu dgn harapan kita dpt maanfaat dari apa yg beliau tulis.

3)Sentiasa memperbaharui niat kita dlm membaca kitab tersebut. Make sure yg niat kita 2 krn Allah. Bukan saja utk mendapat ilmu tapi utk mencari hidayah kerana kalau kita membaca setakat utk mendapatkan ilmu, niat kita seolah-olah sama dengan niat2 orang oreantalis2. Mereka pun mengkaji AlQuran, Islam..tapi kerana salahnya niat mereka menyebabkan mereka tidak mendapat hidayah hasil dari pembacaan mereka itu. Kerana ilmu itu buahnya ialah hidayah dan satu tanda orang itu mendapat hidayah ialah ia segera melakukan ketaatan. Kita checklah diri kita kembali.. samada buah ilmu itu ada tak pada diri kita. Kalau belum... maknanya ilmu yg kita pelajari 2 belom lagi bermanfaat. Sentiasalah jaga adab2 menuntut ilmu supaya ilmu itu lebih berkesan.


Sebenarnya Ikhlas itu suatu martabat yg paling tinggi dan ia susah utk diperolehi.. walaumacamna kita belajar rajin2 pon atau banyak membaca..mesti ade niat lain yg tersembunyi yg kita tidak sedari contoh blajar kerana exam atau supaya bila orang bertanya kita tentang suatu masalah, kita dapat menjawabnya.Terutama orang yg berada didalam aliran agama... kalau niat kita belajar 2 kerana utk mencapai cita2 sbg ustaz/ustazah, sebenarnya niat kita 2 belum betul2 ikhlas, walaupon nampak niatnya mcm baik tapi sebenarnya belom lagi mencapai tahap keikhlasan. Ditakuti ilmu agama yg telah dipelajari itu menjadi hujjah ke atas diri kita di hari pembalasan nanti.


Contoh lain misalannya kita ambil master atau sampai ke peringkat PHD, niat kita supaya manusia pandang kita.Tapi bukan bermakna bila kita tak ikhlas saja, kita tinggalkan peluang tersebut sedangkan kita mampu mempertingkatkan diri kita. Cuma kita kene sentiasa bersihkan kembali niat kita dan disinilah kita bermujahadah.
Sebab itu Nabi s.a.w mengatakan bahawa jihad nafsu itu jihadnya lebih besar dari jihad di medan peperangan.


Satu tanda ilmu itu didada dan bukan di garisan(buku) iaitu misalnya kalau orang tanya tentang sesuatu pelajaran, kita mampu menjawabnya tanpa perlu rujuk kepada buku utk mendapatkan jawapannya. Kalau orang yg ilmunya setakat didalam buku... beliau tidak mampu utk menjawabnya kecuali setelah ia membuka buku. maknanya disini beliau belom memahami lagi apa yg telah dipelajarinya. Sebab itu bila kita belajar tu jangan kerana exam.. kerana hasilnya, kita tidak memperolehi apa2 manfaat dari apa yg telah dipelajari..lepas exam..ilmu pun hilang begitu saja..


4)Jangan letakkan kitab itu di tempat yg rendah


Diceritakan ada seorang orang alim ni, beliau betul2 menjaga adabnya dgn kitab sehinggakan beliau tidak sanggup menindih bukunya dgn buku2nya yg lain.

p/s : Patutle ana blaja susah nk ingat.. suka letak buku merata.. :).. pasni insyaallah tak wat dah

wallahua'lam

sumber:
http://almaarif87.blogspot.com/2004_12_01_almaarif87_archive.html

3 comments:

  1. sy menanti hidayahNya juge...

    ReplyDelete
  2. "Sebab itu Nabi s.a.w mengatakan bahawa jihad nafsu itu jihadnya lebih besar dari jihad di medan peperangan."

    Ini bukan hadis. Cuba check balik.

    Apapun, 1 perkongsian yg baik. Teruskan!

    Tq

    ReplyDelete
  3. ilmu itu indah..:)
    Sesiapa yg mempelajari satu ilmu yg sepatutnya dilakukan krn mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali utk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pd Hari Kiamat

    ReplyDelete


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...