PENGENALAN
Murid sekolah merupakan aset utama kepada kecemerlangan di sesebuah institusi pendidikan. Justeru itu, bagi mewujudkan kecemerlangan dalam akademik, pelbagai pendekatan dan strategi harus dibentuk agar visi dan misi sekolah tercapai. Ibu bapa dan pihak sekolah seharusnya berganding bahu mencari fokus ke arah kecemerlangan itu. Perlu diketahui bahawa remaja hari ini adalah pemimpin pelapis yang bakal mewarisi tanggungjawab keluarga dan negara pada masa akan datang.
Oleh itu, bagi memenuhi hasrat ke arah kecemerlangan tersebut pihak sekolah telah merancang program Hari Anugerah Kualiti SMK Kuala Jengal. Dengan adanya program seumpama ini adalah diharapkan dapat menyuntik semangat belajar di samping menyediakan minda pelajar ke arah kecemerlangan.
Gambar sepanjang aktiviti berlangsung :-