Pengikut dan Ex-smgrian

Sunday, August 22, 2010

Wira tidak dicanang (unsung heroes)


1. Kiyai Hashim Abdul Hamid
-melumpuhkan  kegiatan komunis di Melaka

2. Koperal Yaakob Bidin
-berjuang menentang Jepun dan juga rakan kepada Leftenan Adnan

3. Ibrahim Abdullah
-Ahli Perikatan Melayu Perak (PMP) yang membantah pembentukan Malayan Union

4. Khatijah Sidek
-perjuangan hak bagi kaum ibu dan wanita

5. Yong Shook Leng
-sumbangan ke arah penubuhan MCA dan menyatupadukan masyarakat Cina ke arah mencapai kemerdekaan negara

6. Dr. Soo Kiam Lan
-seorang doktor yang bekerja keras memberi kesedaran pada komuniti Cina supaya mendaftar sebagai warga Malaya di zaman darurat

7. Sarjan Choo Woh Soon
-terlibat dalam Operasi 'Seladang' (serang hendap) dan menunjukkan ciri-ciri keberanian dengan menghapuskan pengganas komunis yang paling dikehendaki iaitu Ngow Lai.  Beliau juga pernah menerima Pingat Gagah Berani (PGB)

8. Ramasammah Bhupalan
-seorang guru wanita yang terlibat dalam gerakan anti-British dan merupakan aktivis sosial mengenai hak sama rata kaum wanita

9. K.L. Desaver
-bekas Presiden MIC yang bertanggungjawab dalam penyatuan Parti Perikatan dan membantu merangka deraf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

10. E.E.C. Thuraisingam
-seorang pejuang dalam bidang pendidikan awal dan penggubal kurikulum sekolah-sekolah India di awal kemerdekaan.  Pencetus penubuhan Persatuan Sejarah Malaysia bagi mencintai negara sendiri.

11. Zakarian Gunn
-bertanggungjawab membebaskan Sabah daripada belenggu penjajah termasuk menggubal perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) selepas pembentukan Malaysia.  Turut menemui Suruhanjaya Cobbold dan bekerjasama dengan Tunku Abdul Rahman.

12. Suhaimi Mohamad
-antara pengasas Parti Kebangsaan Melayu dan Persatuan Melayu Labuan yang berjuang menuntut kemerdekaan.

13. Datu Patinggi Abang Abdullah
-seorang guru yang menuntut kemerdekaan Sarawak dari Brunei dan menyatukan kaum Bumiputera Melayu dan Iban Sarawak dalam menentang penjajahan.

14. Iban Tracker Micheal Menggenong Anak Pinggit GM
-penerima Pingat Cross Medak di atas keberaniannya membunuh 10 orang pengganas komunis, 126 orang musuh dan terlibat dalam 51 pertempuran semasa perkhidmatannya.

15. Leftenan Muda Albert Manasseh
-terlibat secara langsung dalam pelbagai operasi semasa zaman konfrontasi khusus di Rejimen Meriam Persekutuan.

Sumber: Kosmo!

1 comment:

Zairul Salleh said...

Terima kasih saudara Fakeh, insya Allah saya akan membaca artikel2 tersebut.