Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 14, 2009

Kampung Bagan Baharu

Telaga gergasi yang terdapat di Kampung Bagan Baharu (imej dari ppikbaganbaharuijok.blogspot.com)

Pada zaman pemerintahan British kawasan perkaampungan ini diterokai oleh penduduk luar untuk dijadikan tempat ternakan kerbau atau dikenali sebagai Bagan Kerbau.

Pada tahun 1954 pihak kerajaan menjadikan tempat ini sebagai penempatan semula kepada orang Melayu yang tinggal di Redang Panjang dan penduduk pendalaman bertujuan untuk mengawal penduduk dari pengaruh pihak Komunis.

Nama kampung ini kemudiannya ditukar kepada Kampung Bagan Baharu. Setelah itu pihak kerajaan menempatkan tapak lot perumahan kepada pesara polis bantuan (SC) sebagai anugerah kerajaan di kampung ini.

Selepas itu, kerajaan menjadikan kampung ini di bawah seliaan Majlis Daerah Selama (MDS) sehingga kini. Sekarang Kampung Bagan Baharu adalah sebuah kampung yang sungguh indah dan masih mengekalkan cara hidup dan semangat keMelayuan.

Penduduknya semuanya terdiri dari orang Melayu dan konsep Kampung Bagan Baharu ini adalah perkampungan Melayu tradisional.

Sumber: Sinar Harian

No comments: