Sabtu, 23 Ogos 2014

RHB New Straits Times Spell It Right Challenge peringkat Negeri Melaka 2014

Panitia Bahasa Inggeris telah menyertai RHB New Straits Times Spell It Right Challenge peringkat negeri Melaka yang berlangsung di Pusat Membelibelah Mahkota Parade,Banda Hilir pada hari ini . Seramai 5 orang peserta telah menyertai pertandingan ini dan pasukan SK Tun Sas telah berjaya mendapat tempat ke 3. lebih daripada 100 orang murid sekolah rendah negeri Melaka meyertai pertandingan ini.

Keputusan rasmi adalah seperti berikut :

Tempat pertama : SK Alai
Tempat kedua : SJK(c) Yu Ying
Tempat ketiga : SK Tun Sas.

Adik Muhd Nazim dari tahun 4 Kenanga adalah antara 10 orang yang telah berjaya memasuki peringkat akhir dan mendapat tempat ketiga dengan membawa hadiah RM1000 dan sijil penyertaan.

Tahniah buat ibubapa Adik Muhd Nazim yang telah memberikan semangat dan tunjukajar sehingga berjaya mendapat tempat antara 10 yang terbaik.

Tahniah juga kepada Pn. Linda De Costa - Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan semua guru-guru Bahasa Inggeris yang memberikan sokongan .

SK Tun Sas " Menjana Insan Terbilang  "    



Tiada ulasan:

Catat Ulasan