Terima Kasih Cikgu

Friday 27 June 2014

Hari Persaraan PK HEM

Pada 27 Jun 2014 (Jumaat) pihak sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan PK Hal Ehwal Murid (HEM) SK Taman Desa, En Zulkipli b. Hj. Saedun. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari itu diraikan dengan acara dari murid-murid, penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan acara memotong kek. Beberapa orang AJK PIBG juga turut sama meraikan majlis persaraan beliau.
Berikut adalah gambar sempena hari perpisahan beliau ;

"KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI"

Cenderahati dari PIBG
Cenderahati  dari Guru-guru
Cenderahati  dari Guru-guru
Mengiringi perjalanan beliau
Mengiringi perjalanan beliau
Mengiringi perjalanan beliau



Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang

Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang


Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Thursday 26 June 2014

Hari Pelanggan 2014

Hari Pelanggan atau lebih dikenali sebagai hari mengambil report card. Prestasi kemajuan pelajar akan dimaklumkan kepada ibu bapa pada hari tersebut. Guru-guru tidak menang tangan dalam melayan kerenah ibubapa yang ingin memastikan prestasi anak mereka sentiasa di tangga kejayaan. Peratusan ibubapa yang hadir juga meningkat dan ini merupakan petanda baik bagi keseluruhan warga SK Taman Desa.

Tarikh : 26 Jun 2014 (Khamis)

Masa : Sesi Pagi (8.00pagi - 12.00tgh hari)
           Sesi Petang (3.30petang - 5.30petang)

Suasana Hari Pelanggan







Wednesday 25 June 2014

Aktiviti 3K Siri I

Pada 14 Jun 2014 aktiviti gotong-royong, memotong pokok mati telah diadakan bagi memastikan keselamatan pelajar SK Taman Desa. Terima kasih kepada Pn Shafinaz, AJK yang lain serta kakitangan sekolah yang terbabit.

Memotong pokok mati
Memotong pokok mati
AJK PIBG juga turut turun padang
AJK PIBG juga turut turun padang