Wednesday 15 February 2012

SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG

27/2/1911 

Bermula dengan nama Sekolah Melayu Sijangkang. Ia terletak 2 km dari sekolah yang ada sekarang, iaitu di kawasan tanah wakaf yang sekarang dijadikan tanah perkuburan. Ia hanya merupakan sebuah bangsal yang dibina menggunakan atap nipah, kayu bakau , beluti dan papan. Bangunan ini dibuat secara gotong-royong. Di sebelah belakang sekolah ini terdapat sebuah bulik yang dikenali dengan nama ‘dapur cikgu’. Jumlah murid lebih kurang 50 orang dengan 5 orang guru. Guru besar yang pertama ialah YM Raja Yusuf b. Raja Daud.

1/4/1911  

Pelajaran al-Qur’an mula diajar di sekolah ini.

1913          

Jumlah murid menngkat 60 orang. Pakaian murid ketika itu bebas. Murid lelaki ketika itu memakai seluar pendek jenis seluar cerut, bersongkok dan tidak boleh berkasut. Murid perempuan bertudung dan memakai baju kurung atau baju kebaya panjang.

6/12/1914 

Sekolah asal dipanah petir dan mengalami kerosakan. Sekolah dipindahkan ke tempat lain berhampiran dengan kawasan itu juga. Bangku dan meja yang digunakan ialah jenis panjang dan digunakan oleh murid-murid darjah 4 dan 5. Murid-murid lain menggunakan meja rendah dan duduk di atas lantai. Darjah 5 (V) bermula dengan 6 orang murid sahaja satu kelas. Murid-murid menggunakan papan hitam kecil. Buku bacaan yang digunakan ialah buku bacaan jawi sahaja.

12/1/1918 

Pengeluaran sijil persekolahan yang pertama.

7/6/1922    

Mendapat guru dari Maktab Melaka yang pertama bernama En. Md. Nuruddin b. Amin.

12/12/1922

Upacara pemberian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan iaitu seramai 13 orang. Hadiahnya berupa kain songket dan kain sarung.

1922          

Sudah ada pakaian seragam untuk murid-murid lelaki iaitu baju hitam dan seluar kuning. Pakaian untuk murid perempuan masih bebas. Di masa ini papan batu dan kalam sudah mula digunakan.

30/6/1923

Gaji guru pada ketika itu: Nordin b. Md. Amin = $25.42Ishak b. Hj. A. Manan = $22.54

29/12/1923

Sijil tamat persekolahan dikeluarkan.

29/7/1925 

Sekolah ditutup untuk diperbaiki sehingga 5/8/1925

12/7/1927 

Sekolah berpindah ke tempat sekarang iaitu Pekan Batu Satu. Bangunan sekolah dibina oleh kerajaan iaitu sebuah bangunan yang mengandungi tiga bilik darjah. Selain itu terdapat juga dua buah rumah guru. Pertambahan murid semakin pesat. Oleh kerana bangunan yang ada tidak dapat menampung keperluan semasa, maka sebahagian daripada murid telah terpaksa belajar dibawah bangunan sekolah dan dibawah rumah guru.

1/7/1928    

Sekolah ditutup selama seminggu kerana bercuti sempena kerja-kerja menuai padi dijalankan.

23/10/1928

Jumlah pelajar terus meningkat. Pada tahun ini murid-muridnya berjumlah 222 orang.

3/11/1931 

Pada ketika ini gaji Guru Besar ialah $78.15 sebulan.

1/12/1929 

Padang bola yang dibuat telah siap dan boleh digunakan oleh pelajar.

22/12/1931

Jalan ke sekolah dan kawasan sekolah masih dalam keadaan berlumpur apabila musim hujan. Pada ketika ini murid sekolah berjumlah 240 orang.

18/5/1932 

Penghulu Mukim Telok Panglima garang telah mengadakan lawatan ke sekolah.

1941       

Bilangan murid di sekolah ini berjumlah 208 orang.

1942           

Terdapat 7 orang guru dan 215 orang murid. Banyak kes murid tidak hadir ke sekolah dalam tahun ini sehingga kadang-kala tiada seorang pun yang hadir.

1/10/1945 

Hari ini sekolah dibuka semula di bawah pemerintahan Inggeris setelah berakhir pemerintahan kerajaan Jepun selama 3 tahun 8 bulan.

8/7/2004    

Guru senaman dari Jepun mengajar di sekolah ini. Dai Ichi, Mi Radio Taiso dan Kyoren.

1949          

Pada Tahun ini, penduduk kampung bergotong-royong membina sekolah tambahan yang mengandungi dua kelas. Dindingnya diperbuat daripada bertam. Tingkapnya dari jenis yang menggunakan topang atau tongkat. Pada masa ini pakaian murid adalah baju putih, seluar kuning dan kasut biru.

3/6/1950  

Diadakan ‘Hari Ibu Bapa’.

24/5/1951 

Diadakan ‘Hari Empire’ (Hari Kesihatan)

9/12/1951 

Diadakan peperiksaan jahitan.

29/1/1952

Gelanggang badminton siap dibina.

29/1/1953

Hari Persekutuan Tanah Melayu disambut di sekolah.

13/2/1954

Hari Sukan Sekolah diadakan.

11/3/1954 

Guru besar pergi ke District Office  Telok Datuk bersama Datuk Penghulu dan ketua kampung kerana berunding dengan Tuan Pegawai Jajahan berkenaan dengan sekolah tambahan yang telah roboh pada 10/3/1954 oleh angina puting beliung.

12/3/1954 

Seramai 90 orang penduduk kampung telah bergotong-royong untuk mendirikan sekolah tambahan.

27/7/1955 

Sekolah dijadikan tempat mengundi bagi Pilihanraya Persekutuan.

27/7/1956 

Sekolah roboh dilanda rebut. Pada tahun ini juga Sekolah Melayu Sijangkang ditukar nama kepada Sekolah umum Sijangkang.

17/3/1957

Telah diadakan Temasya Hari Ibu Bapa dan Guru dan mendapat sambutan yang meriah dari penuntut. 5000 orang telah menyaksikannya.

1957           

Bangunan sekolah hanya sebuah sahaja manakala jumlah murid telah meningkat kepada 650 orang. Persekolahan dibuat dua sesi, pagi dan petang. Ketika itu sudah tidak menggunakan meja panjang lagi.

1959     

Sekolah darjah 7 dimansuhkan kerana permulaan SRP.

1/5/1960 

Tukang kebun mula diadakan.

1961       

Sekolah Umum Sijangkang telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sijangkang.

Jun 1962   

Bangunan kekal (bangunan itu dinamakan Bangunan A) dibina oleh pihak kerajaan mengandungi 6 bilik darjah. Sekarang telah dirobohkan.

17/10/1964

Y.A.B Datuk Harun b. Hj. Idris sebagai Menteri Besar Selangor melakukan perasmian pembukaan sekolah tambahan.

Jun 1972   

Bangunan kekal dua tingkat dibina oleh pihak kerajaan. Bangunan ini mengandungi 8 bilik darjah. Jumlah murid telah meningkat kepada 940 orang.

29/3/1973 

Bekalan api elektrik telah dilaksanakan bagi semua kelas kecuali kantin.

15/7/1973 

YB En. Muhamad b. Rahmat telah merasmikan pembukaan sekolah tambahan kedua dan sebuah kantin.

1980           

Lagi sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Bangunan ini dilengkapi dengan dua bilik serbaguna. Dengan ini murid-murid dapat belajar serentak pada sesi pagi sahaja.

1981           

Lebih kurang satu perlima dari murid-murid sekolah ini telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Medan.

1982           

Sebuah lagi bangunan tambahan didirikan, yang digunakan pertengahan tahun 1983. bangunan ini lengkap dengan bilik serbaguna, bilik guru, bilik sembahyang dan bilik darjah biasa.

1/1/1986 

Jumlah murid meningkat kepada 1023 orang.

1/1/1989    

Jumlah murid meningkat kepada 1170 orang murid dengan 45 orang guru terlatih.

1989            

Rumah Guru Besar PWD  150 yang didirikan pada 21/11/1926 dan mula didiami pada 7/7/1927 dirobohkan pada 1989.

No comments:

Post a Comment