Sabtu, 16 Februari 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013
16 Februari 2013, Sabtu - Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah telah diadakan bertempat di Pusat Pendidikan Biodiversiti Jabatan PERHILITAN Negeri Terengganu, Bukit Marak, Pelagat, Besut.Kursus sehari tersebut melibatkan seramai 86 orang peserta.

Peserta kursus adalah terdiri daripada Pengawas Sekolag, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan juga Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks. Program bermula jam 7.45 pagi dengan pendaftaran peserta dikuti taklimat ringkas oleh pihak urusetia.

Jam 8.00 pagi slot pertama di dewan dikendalkian oleh En Muhammad Faisal bin Abdullah, kaunselor SK Kampong Raja. Selepas minum pagi peserta mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Puan Hajah Wan Norlaila binti Ahmad, Pegawai KGSK, PPD Besut. 12.30 tengah hari semua peserta berehat, makan tengah hari dan solat zohor berjamaah dimamkan Ustaz Khairul Azmi bin Mohamad di surau yang memang tersedia di kawasan pusat tersebut.

2.15 petang para peserta mengikuti aktiviti di luar iaitu "blind trail" yang dikendalikan oleh pihak Pusat Pendidikan Biodiversiti yang diketuai oleh Puan Hazlin selaku ketua pusat tersebut bersama lima orang kakitangannya dan dibantu oleh guru-guru IPG Kampus Sultan Mizan Besut yang menjalani praktikum.

Kira-kira jam 4.15 petang peserta kursus mula membersihkan diri bagi majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan. Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh GPK HEM SK Pelagat, Puan Roshidah binti Sedek.  Lebih kurang jam 5.00 petang semua peserta telah berlepas pulang ke rumah masing-masing dijemput oleh ibubapa meraka.

" Gemilang Teerbilang "

Jumaat, 15 Februari 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013

TARIKH     : 16 FEBRUARI 2013 (SABTU)
MASA        : 7.30 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT     : PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI,
                     JABATAN PERHILITAN NEGERI TERENGGANU,
                     BUKIT MARAK,  (PELAGAT) JERTEH, BESUT TERENGGANU

ULANGAN
SILA BAWA
1.PAKAIAN SOLAT
2. TUALA
3. KASUT TAMBAHAN/SELIPAR
4.BAJU-T KO &SELUAR TREK (AKTIVITI PETANG/LUAR)
5. UNIFOM PENGAWAS SEKOLAH/PENGAWAS PSS/PENGAWAS SPBT (LENGKAP)
DAN LAIN-LAIN YANG DIFIKIRKAN PERLU

TERIMA KASIH
BESUT CLEAN UP DAY

SK PELAGAT, 15/2/3013 - Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah sempena program Besut Clean Up Day telah diadakan bermula jam 8.00 pagi melibatkan semua guru, kakitangan sekolah dan jiga murid-murid. Program tersebut turut dipantau oleh pihak PPD Besut di mana turut dihadiri kakitangannya iaitu Tuan Haji Ahmad Nadzir bin Mansor. Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa zon meliputi seluruh kawasan sekolah dan luar sekolah.

Walaupun hari hujan namun aktiviti tetap dijalankan dalam suasana kekeluargaan. Setelah selesai murid dan guru menikmati jamuan ringan sebelum masing-masing bergerak balik ke rumah.


Khamis, 7 Februari 2013

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SKP 1434 H/ 2013 M

SKP, 7/2/2012 - Sambutan maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan hari ini. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dipenuhi dengan beberapa aktiviti.

Program bermula pada jam7.30 pagi di mana murid-murid diberikan taklimat perjalanan program. Semua murid seterusnya berarak beramai-ramai menuju ke masjid As-Solihin, Kampung Padang Luas. Setibanya dimasjid, mereka kemudiannya diberikan makanan dan juga dan makan beramai-ramai di perkarangan masjid.

Selesai makan, murid dan guru naik untuk solat tahhiyatul masjid dan juga solat sunat dhuha kira-kira jam 9.30 pagi. Ceramah maulidurrasul telah diberikan oleh Ustaz Mohd Najib, guru J-QaF SK Keluang pada jam 10.00 pagi dan berakhir setengah jam kemudian. GPK Pentadbiran , Encik Zailan bin Ismail telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah  undangan.

Murid dan guru kemudiannya beredar meninggalkanMasjid As-Solihin dan kembali ke sekolahbagi meneruskan aktiviti seterusnya. 11.15  pagi murid-murid rehat dan makan di kantin.. 11.45 pagi, kuiz yang berkaitan dengan kisah-kisah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w diadakan meliobatkan semua murid.

Program berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Jawatankuasa sambutan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan maulidurrasulperingkat sekolah terutamanya pihak jawatankuasa Masjid As-Solihin , Kampung Padang Luas.