Jika ada bahan yang ingin anda kongsikan bersama kami. sila uploadkan bahan anda. skrol ke bawah dan gunakan ruangan "UPLOAD BAHAN" Terima Kasih
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts

KEJOHANAN HOKI MSSM KUALA BESUT 2009

14 APRIL 2009 - Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun Bagi Zon Kuala Besut telah bernula pada 12 April dan berakhir pada 16 April 2009. Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah sekitar Zon Kuala Besut. Seperti tahun-tahun lalu, SK Alor Peroi masih lag imenjadi tuan rumah kepada kejohanan kali ini.SK Kuala Besut turut tidak ketinggalan menghantar pasukan di bawah jurulatih Sir Ahmad Zapwan dan dibantu oleh En. Mohd Hisyam b. Ishak dan En. Ahmad Sazli b. Zainal (guru pelatih IPSM). Jutaan terima kasih buat semua jurulatih.

klik pada foto untuk imej lebih besar

Baca Selanjutnya..

Berita: JUARA Kejohanan Bola Baling Zon Kuala Besut 2009

klik untuk imej lebih besar
8 April 2009 : Terbukti, SK Kuala Besut adalah jaguh dalam permainan Bola Baling. Dengan kemenangan bergaya 3 - 1 ke atas pasukan SK Kuala Besut II pada peringkat akhir semalam. Satu pujian harus diberikan kepada pasukan SK Kuala Besut kerana telah menunjukkan corak permainan yang menarik perhatian semua penyokong dan penonton yang hadir. Walaupun bermain dalam cuaca hujan dan bergelumang dengan selut tetapi semua pemain menunjukkan semangat kesukanan dan berpasukan yang tinggi. Jutaan terima kasih dan tahniah juga ditujukan kepada jurulatih pasukan iaitu En. Mohd Hisyam b. Ishak dan En. Ahmad Sazli b. Zainal (guru pelatih IPSM). Begitu juga kepada semua guru yang hadir memberi sokongan padu kepada pasukan sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk kejayaan-kejayaan yang akan datang...
Info
Pasukan Lelaki - mengalahkan pasukan SK Kuala Besut II : 3 - 1
Pasukan Perempuan - Tempat ke -2: dikalahkan oleh Pasukan SK Alor Peroi.


Baca Selanjutnya..

Berita : Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Zon Kuala Besut

05 April 2009 - Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun bagi Zon Kuala Besut bermula hari ini dan dijangka berakhir pada 7 April 2009. Kejohanan yang disertai oleh semua sekolah Zon Kuala Besut (9 buah) bermula dengan agak suram apabila hujan turun dengan lebat disertai kilat sabung-menyabung. Pihak pengurusan (tuan rumah) iaitu SK Kampung Nangka terpaksa memberhentikan perlawanan kerana pelbagai risiko yang mungkin membahayakan semua pemain dan pegawai-pegawai kejohanan.
Pasukan Perempuan SK Kuala Besut yang turut terlibah dalam perlawanan pertam juga terpaksa bermain separuh jalan sebelum menyambungnya kembali selepas hujan mulai reda. Perlawanan disambung semula hingga jam 6.30 petang dengan pelbagai aksi yang menggerunkan oleh setiap pemain. Bermandikan lumpur dan basah kuyup tidak menjadi penghalang kepada pemain dan pengadil kejohanan. Suatu semangat yang harus dicontohi. Berikut beberapa aksi yang sempat dirakamkan sewaktu perlawanan antara SK Kuala Besut dengan SK Bukit Puteri dengan kemenangan memihak kepada pasukan SK Kuala Besut 2 - 0.



.... klik pada foto untuk imej lebih besar ....

Baca Selanjutnya..

"Bola itu BULAT"


Walaupun pasukan SKKB kecundang dengan 1-4 di tangan pasukan SK Nail, namun rentak permainan dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain SK Kuala Besut harus diberi pujian. Penulis secara peribadi berpuas hati dengan rentak permainan yang ditunjukkan.

Begitu juga semangat penyokong SKKB (guru-guru) juga harus diberi pujian.

"Bola itu bulat"

Apapun tahniah dan syabas buat jurulatih pasukan SKKB

En. Zailani dan En. Rosairie.

Baca Selanjutnya..
 

UPLOAD BAHAN