...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 1 May 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

Pada 25-27 April 2013 yang lalu, Unit Kokurikulum SK Kampung Fikri (Sg Tong) telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform bertempat di Tapak Perkhemahan sekolah. Program selama tiga hari ini disertai oleh para peserta dari unit beruniform  Pengakap Kanak-Kanak  dan Pergerakan Puteri Islam Tahap 2. Pelaksanaan perkhemahan ini diketuai oleh Cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin selaku Kem Komandan.

Di sepanjang perkhemahan ini pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Kem Bistari Solat, aktiviti kawad kaki, membuat gajet, memasak, senaman pagi serta persembahan malam kebudayaan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para peserta telah mendapat pelbagai pengalaman baru serta pelbagai pengetahuan yang tidak dipelajari di dalam kelas. Tambahan pula, ini adalah pengalaman menyertai perkhemahan kali pertama bagi sebilangan  peserta dan menjadikan mereka begitu teruja dan gembira.

Majlis penutup perkhemahan ini telah diadakan pada hari Sabtu (27/4/2013) dan disempurnakan oleh Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad iaitu GPK Pentadbiran SK Kampung Fikri (Sg Tong).

Peserta melapor diri pada jam 2.00 petang ( 25 April 2013 )
Para peserta mempamerkan bakat mencipta gajet bersama guru penasihat perkhemahan
Aktiviti mendirikan khemah dan memasak untuk makan malam
Acara wajib bila ada perkhemahan iaitu malam kebudayaan
Senamam pagi @ senamrobik telah diketuai oleh jemputan khas Dari SK Tayor iaitu CikguYusaidi
Sukaneka memeriahkan lagi suasana dengan gelagat para peserta
Pertandingan kawad kaki
Acara penutup yang telah disempurnakan oleh Pn.Rosliwati binti Sidik Ahmad GPK Pentadbiran SKKFST
UNIT KOKURIKULUM MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SAMADA SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG MENJAYAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2013 INI DENGAN JAYANYA.KITA JUMPA LAGI TAHUN DEPAN..INSYALLAH.....







No comments:

Post a Comment