Wednesday, October 7, 2015

MAJLIS KHATAM AL- QURAN PERDANA 2015

Alhamdulillah, Panitia Pendidikan Islam SK Jelutong sekali lagi telah menjayakan Majlis Khatam Al- Quran Perdana untuk kali ke- 7 pada Jumaat, 2 Oktober 2015 yang lalu. Majlis yang bertempat di Dewan SK Jelutong telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Radzuan bin Osman, Pegawai j-QAF PPD Timur Laut. Turut hadir ialah mantan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid. Antara aktiviti yang dijalankan selain majlis khatam Al- Quran ialah penyampaian sijil khatam Al- Quran kepada murid- murid Tahun 6, persembahan qasidah, persembahan multimedia dan penyampaian hadiah Tokoh Jilul Quran 2015. Untuk tahun 2015 ini, tokoh Jilul Quran disandang oleh adik Mohammad Redzuab bin Mohd Rodey dan adik Nur Izzati binti Mustaffa Kamal dari Kelas 6 Cemerlang. Semoga kita semua akan sentiasa berada di bawah naungan Al- Quran.








Thursday, September 17, 2015

MAJLIS MAKAN MALAM & PERPISAHAN GURU BESAR

Satu majlis makan malam dan perpisahan Guru Besar untuk Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid telah diadakan pada Jumaat, 11 September 2015 bertempat di Hotel Maritime Waterfront, Jelutong, Pulau Pinang. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SK Jelutong. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Kelab, En. Azwan bin Ismail, ucapan yang diraikan, Tn. Guru Besar, cabutan bertuah, jamuan dan penyampaian cenderahati kepada Guru Besar dan semua guru.





Thursday, September 10, 2015

MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG

Satu majlis yang penuh gilang- gemilang sempena persaraan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose telah berlangsung pada Khamis, 3 September 2015 yang lalu. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, ucapan ketua murid, ucapan PK Pentadbiran, ucapan YDP PIBG, ucapan Guru Besar, persembahan multimedia "Kenangan Bersamamu", persembahan murid, persembahan khas, acara potong pulut kuning persaraan, penyampaian cenderahati kepada Guru Besar, penyampaian cenderahati kepada guru dan staf, sesi fotografi, acara bersalaman dan perarakan pulang "Lambaian Kasih" untuk Guru Besar. Berikut ialah foto- foto sekitar majlis tersebut.






Wednesday, August 26, 2015

MAJLIS MOHON RESTU UPSR 2015

Majlis Mohon Restu UPSR 2015 telah diadakan dengan jayanya pada 22 Ogos 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan SK Jelutong. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan aluan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Abdul Jabar bin Abdullah. Slot seterusnya ialah ceramah motivasi oleh En. Mohamad Faizel bin Ali dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang diikuti doa penutup oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah. Majlis bersurai pada jam 11:00 pagi.

PEMERIKSAAN KESIHATAN TAHUN 6 2015

Pada 21 Ogos 2015 (Jumaat) yang lalu, satu pemeriksaan kesihatan untuk murid- murid Tahun 6 telah diadakan di Dewan SK Jelutong. Ianya melibatkan pemeriksaan fizikal seperti obesiti, jantung, tiriod dan sebagainya. Ujian telah dijalankan oleh staf- staf dari Klinik Kesihatan Jalan Perak, Jelutong, Pulau Pinang.

BACAAN YASIN SEMPENA UPSR 2015

Satu majlis bacaan Yasin untuk murid- murid Tahun 6 2015 telah diadakan pada 20 Ogos 2015 (Khamis) yang lalu bertempat di Dewan SK Jelutong. Majlis yang diadakan serentak di semua sekolah PPD Timur Laut ini turut melibatkan ibu bapa dan waris murid- murid Tahun 6. Bacaan Yasin diketuai oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah manakala solat hajt diimamkan oleh Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Ghani.

Tuesday, August 18, 2015

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015 telah berlangsung pada 17 Ogos 2015 (Isnin) bertempat di dewan SK Jelutong. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Pulau Pinang dan lagu Sekolah diikuti ucapan aluan dan perasmian oleh Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid. Kemudian, majlis diteruskan dengan gimik dan persembahan murid dan diakhiri dengan nyanyian lagu Tema Kemerdekaan 2015, Sehati Sejiwa, Keranamu Malaysia dan lagu Jalur Gemilang.