Saturday, April 6, 2013

Semuanya kerana sehelai kertas





Insafilah Wahai Saudaraku:

Posted on Saturday, April 06 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori





Oleh: setisab

"

Wahai anak-anakku, bacalah !

Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan kemudian dibuang. Dunia semuanya seperti kertas. Ramai yang bersedih, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA.



Kerana kertas, manusia dipuji
Kerana kertas, manusia dipuja
Kerana kertas, manusia dihina
Kerana kertas, manusia terpisah
Kerana kertas, manusia berkuasa
Kerana kertas, manusia merana

Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Ijazah dan sanad - Kertas
Buku akaun - Kertas
Saman - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas
Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas
UNDI - Atas kertas

Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri, SIJIL MATInya. Kerana itu seriuslah BERAMAL sebelum sijil MATI itu dikeluarkan. Juga pastikan semua kandungan kertas-kertas yang tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini. - SUMBER

No comments:

Post a Comment