FALSAFAH PERADABAN ISLAM



Get ISLAMIC-Graphics Menerajui Tranformasi memindahkan Ilmu Ukhrowi merentasi Pasca Morden Alaf Baru Abad ke-21. Terima kasih sokongan dan kerjasama anda.

TITIPAN NUR

"MUTIARA KATA" "MASA KINI ADALAH APA YANG ANDA TELAH UJUDKAN PADA MASA LAMPAU" MASA DEPAN ADALAH APA YANG ANDA SEDANG CIPTAKAN SEKARANG " The present is that what you created in the past, The future is that what you are creating right now"KEPIMPINAN ITU ADALAH TINDAKAN BUKAN SEMATA-MATA KEDUDUKAN.SAYA SEORANG MANUSIA YANG TAK SEMPURNA NAMUN SAYA SANGAT BERSYUKUR DENGAN KEHIDUPAN SAYA. DIPUJI SAYA TIDAK AKAN TERBANG..DIBENCI SAYA TIDAK AKAN TUMBANG..PRINSIP HIDUP SAYA ADALAH SAYA TIDAK ADA MASA UNTUK MEMIKIRKAN SIAPA YANG MEMBENCI SAYA TAPI SAYA BERJUANG UNTUK MENGGAPAI IMPIAN SAYA.

Ahad, 10 Mac 2019

TINTA ULAMA

PERANAN ULAMA MENINGGIKAN PERADABAN UMAH

Proses ilmu yg disampaikan oleh Baginda s.a.w telah banyak melahirkan tokoh ilmuan dan ahli falsafah antaranya dikalangan isteri baginda sendiri iaitu Aisyah R.A kerana dikenali sebagai tokoh ahli yang banyak meriwayatkan hadis dan yang lain-lainnya.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa peranan ulama terhadap ketinggian peradaban umah begitu bernilai sekali. Mereka adalah golongan yang melakukan pelbagai tajdid (pembaharuan) bagi memastikan umat islam bergerak seiring dengan tuntutan semasa.

Golongan ilmuan dulu mengembara dari sebuah kota ke sebuah kota, dari sebuah madrasah kesebuah madrasah atau dari seorang kepada seorang guru tersohor yang lain. Inilah tradisi unggul di zaman kegemilangan Islam di mana ilmuan dan tokoh tersohor boleh menguasai ilmu agama diperingkat awal kemudian diperluas lagi dengan pengukuhan ilmu bahasa dilanjutkan lagi dengan penguasaan ilmu yang lain.

Sesungguhnya umat Islam tidak perlukan ulama yang meminggirkan diri dan terasing dari tanggungjawab sosial.

Imam Mazhab boleh dijadikan contoh dalam mewujudkan ulama yang manpu membawa perubahan terhadap masyarakat, bukan itu sahaja malah berupaya memugar pemikiran umat menjadikan ijtihad sebagai landasan tajdid dan mendidik umat supaya beredar dalam perselisihan pendapat (Adab al ibtilas)sehingga kesyumulan Islam dapat diaplikasikan tanpa batasan tempat dan waktu.

Mengambil contoh Imam Malik, kita ditunjukkan oleh beliau supaya menjaga adab atau memelihara imej yang baik supaya dihormati oleh masyarakat serta memelihara ilmu dan menyedarkan kita bahawa guru dahulu pun bukan semudah untuk mempelajari atau mendapatkan sesuatu ilmu serta tidak pernah kenal erti jemu dalam meluaskan ilmu pengetahuan.

Oleh itu siapalah kita seadanya....😄

Jumaat, 8 Mac 2019

GAPAI IMPIAN

Insya Allah segala urusannya dipermudahkan.







Isnin, 23 April 2018

TINGKAT ILMU

Khamis, 12 September 2013



PROJEK GERKO PERINGKAT 2 BERMULA :
 PROJEK MENGESAN BAKAT SEAWAL USIA 9 TAHUN

AKTIVITI DILAKSANAKAN

Katagori 12 Tahun

1. Menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Kulim Kedah .
2. Pencapaian Pasukan menjadi Naib Johan kumpulan B.
3. Mara ke separuh akhir dan mendapat tempat keempat dari 10 buah sekolah .

Pencapaian pemaian: 3 orang pelajar terpilih mewakili Daerah Kulim dan 2 orang ke peringkat negeri.

Katagori 11 tahun dan bawah 10 Tahun

1. Mengadakan Latihan dan Frendly Game Sekolah-sekolah KPM.
2. Akan menyertai Kejohanan MSSM bulan Oktober depan di SK Kulim Bandar Bahru, Kedah.
3. Berjaya menyediakan pasukan bola sepak katagori 11 tahun dan bawah 10 tahun.



Bakat seawal


Megadakan Latihan kecergasan
Projek Gerko IPGKTB


Sabtu, 13 Ogos 2011

Rabu, 20 April 2011

Projek Amal Bersama IM Azhar Astro Oasis

Suasana malam di SRINPEK
Anak kecil ni bakal Imam Muda kelak , siapa tahu kan...... betul tak Dr Asri ?
Hebat juga malam ni ambo,Terima kasih SRINPEK kerana jemput malam ni
Nak rasa minum dik....percuma ke  ? 


Kata Imam Muda Asyraf, kenapa IM Azhar,tanya lah kat Us. Fauzie
Boleh nampak ke ni...


Hampir mencecah angka 600 orang hadir malam ni 
Ambo capek malam ni Us. Fauzie, tapi boleh gagah la juga nih....

Sabtu, 6 November 2010

PENDIDIKAN ANTARA REALITI DAN HAKIKAT


Assalamualaikum wrb.

Kita melihat rata-rata masyarakat masih beranggapan pendidikan adalah suatu proses menghasilkan pelajar yang mencapai kriteria-kriteria standard yang tertentu. Biasanya standard itu ialah dari segi keupayaan kognitif yang tertumpu kepada pencapaian dalam peperiksaan semata-mata. Hal demikian menyerlahkan lagi kepincangan sistem pendidikan dan jauh menyimpang daripada memenuhi fungsi dan tujuan pendidikan yang sebenarnya.

Renung dan cuba teliti  apa yang diungkapkan oleh Abdullah Nasih Ulwan didalam sebuah bukunya menyebutkan bahawa 'Pendidikan bermaksud mendidik individu-individu,masyarakat dan keluarga ke arah satu matlamat iaitu mewujudkan masyarakat sejahtera dan ummat mithali (ummat contoh )

Jika dalam konteks "Pendidik" yakni Guru , mengikut pandangan Dr. Ismail Jusoh mengatakan hendaklah seseorang guru itu serba tahu dan sentiasa berkembang dari segi Ilmu pengetahuannya dengan menguasai akan Ilmu wahyu atau syarak supaya gerak kerja yang dilakukan itu di dalam batas agama serta memahami bahawa tugas mendidik adalah merupakan amanah yang perlu dipikul dengan tulus ikhlas.


Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan Ilmu dan keluhuran peribadinya. Paduan antara kemahiran ,keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh berkesan.

Kalam Suci