Tuesday, June 16, 2009

Apabila Ustaz Najib bersuara !!!



Aduhai! Comel sungguh Ustaz Najib Al Sekulari berpakaian begini.

Nak tergelak pun ada! Nak teruntah pun ia juga!

Kalo begini, jangan kata TGHH, Tok guru Nik Aziz pun mungkin suka nak berkawan dgn dia.

Anwar sanggup melupakan konspirasi yg dilakukan padanya.

Tapi sayang, itu hanya impian belaka!

Adapun bila beliau terlihat peluang memperalatkan keadaan didepan mata. Tanpa perlu berfikir panjang maka dengan pantasnya beliau mendepangkan dada menghulurkan tangan persahabatan dan perpaduan.

Inilah peluang yg ditunggu-tunggu!!!

Pucuk di cita, ulam mendatang.

Beliau yg terkenal dgn kelicikan bermain politik dgn pantas meyambung talian hayat yg diberi seterusnya dengan harapan akan dapat sekonyong2nya memburukkan lagi keadaan kucar kacir yg dialami Pas sejak kebelakangan ini yg berpunca dari kebijakan atau kelemahan segelintir pemimpin Pas sendiri.

Dgn yakinnya menyatakan Pemimpin Pas terbabit adalah ikhlas!

Aku memang tak menafikan ada betulnya bahawa TGHH benar2 ikhlas dalam menyatakan gagasan Kerajaan Perpaduan atau penggabungan dengan kerajaan Umno BN. Kebanyakan pembaca serta pemimpin juga turut bersetuju. Beliau sanggup dikeji dan dicerca oleh pengikut dan penyokong serta rakan pakatan bagi menegakkan gagasan yg dianggap murni itu. Masalahnya, adakah yg menyambut itu berfikiran dan bersikap seperti beliau? Pada fikiran aku yg cetek ini, tidak mungkin sama sekali. Sekiranya yg menyambutnya adalah Pak Lah Hadhari, adalah sedikit harapan yg boleh diberikan walaupun kita boleh membaca kesudahannya. Inikan pula Najib, jauh panggang dari api.

Bukankah org ini mastermind yg merosakkan perpaduan kerajaan Pakatan di Perak?

Bukankah orang ini yg dikatakan terlibat didalam Skandal Altantuya?

Bukankah dia dikatakan mastermind disebalik tuduhan liwat Anwar - Saiful?

Bukankah dia dikatakan terlibat dgn rasuah komisyen bernilai ratusan juta di Mindef?

Bukankah dia pemimpin di sebalik keputusan PPSMI dilaksanakan?

Bukankah dia bertanggungjawab didalam penahanan rakyat serta ISA?

Bukankah dia yg dikatakan perancang disebalik keputusan2 mahkamah yg dilihat menyeleweng dan mengikut skip?

Bukankah dia yg bertanggungjawab memperkudakan barisan Polis yg kononnya bersih, cekap dan amanah?

Bukankah dia dikatakan perancang didalam memperkudakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bagi mengkucar kacirkan pemerintahan Pakatan Rakyat dgn skandal2 rasuah yg dirancang?

Bukankah dia bertanggungjawab menekan kakitangan kerajaan agar tunduk dgn kehendak dan perancangan tidak beretika Kerajaan Barisan Nasional?

Bukankah beliau merupakan anak didik Mahathir yg memerintah cara autokratik serta mengikut fahaman Machiavelli iaitu matlamat menghalalkan cara?

Rakyat tidak bodoh! Penyokong Pakatan Rakyat juga tidak bodoh! Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bodoh! Penyokong dan ahli Pas juga tidak bodoh! Pemimpin Profesional tidak bodoh! Pemimpin ulama juga tidak bodoh! Pemimpin Pro Erdogan tidak bodoh! Pimpinan wala' juga tidak bodoh! Jadi, bolehkah dikatakan Pemimpin pro Muqabalah @ Muzakarah @ UG @ Pro Umno @ Boneka Umno (istilah Nik Aziz) itu bodoh untuk mempercayai dan menyambut tangan sewenang2nya? Apakah mereka tidak sedar akan muslihat Najib?Mustahil bukan? Perpecahan dalaman Pas ini kelak akan bertaut kembali semula apabila pemimpin dan penyokong ini sedar bahawa pihak luar atau musuh telah mula memperlihatkan wajah sebenar dan isi hati mereka yg busuk itu dgn kenyataan yg melaga2kan serta berunsur provokatif.

Ini adalah kerana mereka inilah yg telah diberikan mandat memimpin dan menerajui jamaah Pas sekarang ini. Adakah tangan2 ini sanggup merosakkan Pas dan perjuangan islam yg didokong selama ini? Adakah mereka tidak belajar dari sejarah atau kisah2 Al quran yg sering didendangkan dan disemat didalam hati. Mereka mungkin kurang bijak atau terlebih bijak didalam berpolitik tetapi adakah mereka sanggup untuk mengkhianati amanah yg diberi pimpinan, perwakilan, ahli serta penyokong parti? Apakah kenyataan Pas dan Umno ibarat pengantin baru itu bertujuan menjahanamkan Pas serta kerjasama Pakatan Rakyat? Apakah kenyataan bila Najib serta pimpinan Umno yg tidak faham meminta penjelasan tidak dilayan oleh TGHH serta beliau mengenakan syarat2 tertentu membuatkan Najib serta pemimpin lain Umno BN mengeluarkan ucapan dan ungkapan retorik menggambarkan seolah2 beliau dan sekutunya seperti seorang negarawan terbilang?

Mereka iaitu pemimpin Pas memang ikhlas tetapi adakah Najib, Umno dan BN sanggup berpijak di bumi yang nyata menerima syarat2 yg dipinta oleh Pemimpin PAS didalam menjayakan kerajaan Perpaduan yg ideal ini? Sedangkan permintaan kecil pimpinan Pas dipimpin oleh Dato' Asri pada era ayahanda Najib iaitu Tun Razak yg digelar Bapa Perpaduan / Permodenan serta bermacam gelaran lain yg memimpin Perikatan pun tidak mampu dilaksanakan dan dimungkiri serta natijah dan kesannya, Pas telah dihumban ke tepi terkontang kanting berpecah kepada 3 puak dan memerlukan sekitar 20 tahun untuk maju dan berkembang semula. Inikan pula Najib yg tidak boleh dan mampu dibandingkan dengan kehebatan dan ketokohan ayahnya. Beliau hanyalah menyambung legasi peninggalan kuasa politik ayahnya yg kelak turut akan dikongsi bersama oleh Hishamuddin, Mukhriz atau Khairy. Jadi, adalah lebih baik kita lupakan isu Kerajaan Perpaduan ini dan biarkan isu ini ditelan waktu. Biarkan isu dakwah, perbincangan kelak diadakan secara telus dan tulus tanpa perlu digelar kerajaan perbincangan atau perpaduan ataupun kerjasama! Jangan disebutkan lagi istilah yg memporak perandakan, menimbulkan keburukan, kekeliruan, salah faham serta menyinggung hati pimpinan, ahli, penyokong serta rakan seperjuangan lain.

Sekiranya benar kita ingin berdakwah serta membuka pintu hubungan kepada semua pihak, dakwahlah mereka masuk ke dalam Pas atau Pakatan Rakyat agar bersama2 kita menentang kemungkaran, kezaliman, rasuah serta memperjuankan keadilan, demokrasi serta islam di bumi Malaysia ini ke arah yg lebih baik. Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya kelak, kita harap dapat menimbulkan semula Kerajaan Perpaduan dan menawarkan pula kepada mereka setelah kita berjaya membersihkan penyelewengan, kebobrokan, anasir2 yg keji dan buruk didalam politik, masyarakat, kerajaan dan negara.

Saya juga ingin memohon agar pihak pimpinan dapat mendengar rintihan dan keluh kesah penyokong Pas dan Pakatan Rakyat yg amat sayang terhadap perjuangan ini. Janganlah diabaikan pandangan dan pendapat mereka ini. Disamping itu, para pemimpin dapatlah bermaaf2an antara satu sama lain sekiranya perbezaan pandangan dan pendapat mereka telah menyebabkan terbukanya pintu permusuhan dan perpecahan seterusnya memberikan contoh yang baik kepada pimpinan lain, ahli serta penyokong. Sekiranya terdapat pemimpin yg telah berlaku atau berfikiran curang terhadap amanah parti, dapatlah mereka muhasabah, membuang ego, bertaubat serta bermuafakat kembali bersama pimpinan dan ahli ke arah membentuk halatuju Pas yang lebih baik pada masa akan datang.

Di samping itu, saya juga turut memohon maaf terhadap kenyataan kasar terhadap pemimpin tertentu yg membuatkan beliau, keluarga serta penyokong kuatnya kecewa dan kecil hati dengan luahan ikhlas dari hati saya ini (yg tidak dapat menerima dan redho sebarang kerjasama Umno BN dimana mereka masih tidak mahu berubah dan saya yakin mereka sukar untuk berubah) agar sudi memaafkan kesalahan saya kerana saya berharap post terakhir berhubung isu UG ini dapat menamatkan segala perbalahan dan memberikan kesedaran pada mereka yg benar2 inginkannya (perpaduan jamaah). Mari berjuang di Manek Urai! Bubar Dun (Perak)! Hidup - hidup Rakyat!

Wallahu A'lam, Wassalam!!!

Ariyos......

5 comments:

  1. Manalah Ustaz Nasha ni? Tok Guru dah pulang paku buah keras(idea sokong UG peribadi ke teguran tok guru yg peribadi?), siap suruh masuk lagi dalam Umno? Jawaplah dgn ikhlas, takpun jumpa dan jelaskan pada Tok guru srta pimpinan dan ahli lain. Jgn diam saja! Tak jatuh de maruah kita kalo berjumpa, menerangkan atau minta maaf. Ke itu strategi Ustaz? Diam diri dulu sehingga keadaan tenang. Kalo x tenang mcmana? Selesaikanlah! Byk hal besar lain nak diselesaikan lagi ni. Perak tu tuntut perjuangan yg besar! Manek Urai lagi! Kes Anwar lagi. Perancangan dan hala tuju Pas lagi. Kata nakkan kemenangan yg tak terduga di Sarawak! Usahakanlah penyelesaian.

    ReplyDelete
  2. Mintak pemimpin2 PAS lain. Tlg jgn cuba main politik dgn Tok guru Nik Aziz. Dia tu dah lama dlm politik. Cuba korang rujuk kenyataan2 tok guru dan perhalusi maksud tersurat dan tersirat dia. Sekali cakap, 3 4 maksud keluar. Aku teringat masa PRU 12 lalu, munajat Tok guru minta allah bantu pertahankan kerajaan dan kemenangan islam dan keadilan pada perjuangan rakyat menentang kezaliman, hingga menangis tersedu2. Takkan ku lupa sampai bila2. Berkat doa tok guru, ulama', hafiz dan pejuang islam di kelantan hingga 5 negeri memerintah termakbul. 3 MB Pas, 1 dah kena tarik allah disebabkan permainan kotor BN dan pengkhianatan. Semuanya ada hikmah!Korang sume jgn lupa plak ye.

    ReplyDelete
  3. Tuan HaHs...rentetan daripada komen kita di...

    http://pemudabesut.blogspot.com/2009/06/lee-kuan-yew-temui-tok-guru-nik-aziz-di.html

    maksud saya bukan pada posting di blog tersebut... tetapi cuba Tuan pergi ke gadget di sidebar, klik "view my complete profile" dan Tuan lihat betul-betul apa yang saya maksudkan... harap selepas ini, sudah terang lagi bersuluh...

    salam ukhwah...

    ReplyDelete
  4. terkini... senarai pelbagai blog lucah telah dipadamkan daripada profile helthman yang disebariskan dengan blog Tok Guru, yang tinggal hanya ini...:

    helthman

    About Me

    My Email:hac4k@ymail.com
    My Blogs

    Team Members
    TV CERAMAH ANDA
    :: Free Jdrama Direct Download >>
    Free Software Center >>
    ::: Free Direct Download Movie >>>
    Blog Tok Guru Nik Aziz

    di antara yang dikeluarkan dari senarai ialah:
    http://www.e-ceritadewasa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. OK! Komen Tuan / Yoh Teh kurang spesifik lalu timbul salah faham. Saya hanya baca keseluruhan artikel tanpa menilai blog tersebut secara keseluruhan. Mungkin penulis minat tentang Tok Guru tapi dlm masa yg sama mencampurkan minat peribadi yg negatif ke dlm blog terbabit yg memburukkan imej tok guru secara x langsung. Harap penulis ni sedar dan berubah. Kalo nak tulis tentang seseorang tokoh, kena pastikan blog yg dihasilkan sesuai dgn tokoh terbabit. kelak mengundang fitnah! Tq.

    ReplyDelete