Rabu, Januari 25, 2017

PERLINDUNGAN TAKAFUL PESERTA FELCRA (KEMALANGAN DIRI)


CIRI-CIRI PELAN
1.Perlindungan dan manfaat takaful bagi kematian & hilang upaya peserta di atas sebab KEMALANGAN sahaja

2.Perlindungan sehingga 100 tahun

3.Nilai perlindungan manfaat:
Jenis Manfaat
Amaun Perlindungan (RM)
Kematian - 30,000.00
Hilang Upaya Kekal - 30,000.00

4.Definisi HILANG UPAYA KEKAL Hilang Upaya Kekal bermaksud hilang keupayaan kekal yang menyeluruh semata-mata akibat Kemalangan, tanpa peluang untuk pulih berdasarkan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Pampasan ini hanya akan dibayar sekiranya hilang upaya kekal yang dialami adalah kekal dan menyeluruh (100%) dan bukannya separa atau sebahagian sahaja. Peratusan Hilang Upaya Kekal ditentukan di dalam Skala Manfaat.

PENGECUALIAN
Perlindungan Sijil Takaful ini tidak boleh diterimapakai untuk mana-mana Kejadian yang berbangkit daripada atau yang disebabkan oleh atau yang disumbangkan oleh atau yang timbul daripada:
1.Membunuh diri atau cubaan membunuh diri (sama ada dalam keadaan waras atau tidak), mencederakan diri sendiri dengan sengaja, ketidaksiuman atau sebarang percubaan berbuat demikian;
2.Pembunuhan atau serangan yang didorong / akibat provokasi;
3.Peserta di bawah pengaruh dadah, narkotik atau alkohol;
4.Sebarang kecacatan fizikal yang sedia ada;
5.Sebarang seni mempertahankan diri; dan sebagainya

BELANJA PENGURUSAN MAYAT
Sekiranya berlaku kematian Orang Yang Dilindungi akibat Kemalangan, sejumlah RM3,000 dibayar untuk perbelanjaan pengurusan mayat.

Notis pemberitahuan boleh dikemukakan / dilaporkan kepada Pengendali Takaful samaada melalui faks, e-mail ataupun pos kepada pegawai berikut:-
1. Mohd Aizly Mohamad Noh
mohdaizly.mn@etiqa.com.my
03-2785 5216

2.Nik Fauzana Nik Abdullah
fauzana.na@etiqa.com.my
03-2785 5935

3. Mahpuzah Bt Mahmud
mahpuzah.m@etiqa.com.my
03-2785 5946 dalam tempoh 30 hari dari masa kemalangan:

Faks : 03 – 2785 5999
Alamat : Bahagian Tuntutan Am
Level 14 Tower B
Dataran Maybank
No 1 Jalan Maarof
59000 Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan