Jiran merupakan insan
yg trpenting dalam kehidupan,namun apakah maksud jiran?berdasarkan hadis
rasullulah saw menunjukkan bahawa walaupun jarak seseorg itu di selangi 40 buah
Rumah,ia juga dikira sebagai jiran tetangga.tetapi pada masa kini isu kejiranan
semakin dipandang remeh oleh masyarakt,tanpa mereka sedari,kejiranan mampu
membanteras jenayah yang semakin berleluasa di negara kita.
Jiran yg baik haruslah
melaporkan kepada pihak brkuasa jika brlakunya rompakan di ketika jiran balik
ke kamupung halaman. Menwujudkan rukun tetangga dalam sesebuah perumahan antara
jiran supaya dapat membanteras jenayah dengan serta merta . Mengadakan rondaan
malam sesama jiran agar masalah rompakan
dan penculikan dapat di kurangkan . Jiran juga haruslah peka dgn maklumat yang
dikeluarkan oleh pihak brkuasa untuk keselamatan bersama. Selain itu , Jiran yang sepakat dan
bersatupadu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman
kecurian, pecah rumah, najis dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Ini
dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan
Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti inilah yang
sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah swt yang bermaksud:
“Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan dan
janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah : 2)
. Disamping itu , Bertegur Sapa Amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik
permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya
khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada
amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila
ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada
kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu
dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan
akrab sesama jiran.Kunjung-Mengunjung , Meluangkan masa untuk berkunjung ke
rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat hidup berjiran.
Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau menziarahinya. Ini
kerana peluang masa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang lebih
tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara
lebih dekat. Namun demikian, kita perlulah pandai memilih waktu yang sesuai
agar kunjungan kita itu tidak menganggu waktu rehat mereka yang boleh
mengakibatkan kesan yang negatif pula. Sekurang-kurangnya amalan berkunjung ke
rumah jiran dilakukan pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan
tertentu. Selain itu juga ,Menghulurkan Bantuan ,Kemuncak hubungan kejiranan
yang baik adalah apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri
semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Pengorbanan seumpama ini
sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun apatah lagi jiran yang
terdekat.Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama semakin
kuat pula ikatan kejiranan. Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah
amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik
sekalipun telah berpindah rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap
daripada kita. Bergotong-Royong ,Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan
kampung, surau, balairaya, longkang dan sebagainya ataupun membaiki rumah atau
jambatan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya
sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangat kejiranan.
Aktiviti
bergotong-royong ini dapat menyatupadukan penduduk setempat kepada satu tujuan
yang murni seperti menjaga kebersihan, memelihaar alam sekitar, membantu jiran
dan lain-lain lagi. Sewajarnyalah amalan ini dihidupkan bagi menjana satu
masyarakat yang bersatupadu dan hidup harmoni sesama mereka.Perkelahan Keluarga
,Mengadakan program perkelahan keluarga adalah amalan terbaik dalam menjalinkan
kemesraan penduduk setempat. Seharusnya kita memanfaatkan sebaik mungkin
destinasi-destinasi pelancongan yang banyak terdapat di negara kita bagi menjayakan
program ini seperti Port Dickson, Hutan Lipur Lentang di Bentong,Kuala Selangor
dan sebagainya. Banyak acara dan permainan yang boleh dijalankan dalam mengisi
program perkelahan keluarga ini sama ada untuk dewasa, kanak-kanak atau
keluarga seperti berebut kerusi, mencari barang, mencari harta karun, tarik
tali, tiup belon dan sebagainya. Siapa sangka keseronokan yang dirasai secara
tidak langsung boleh mengeratkan lagi hubungan kejiranan! Banyak lagi amalan
yang boleh dilakukan bagi menguatkan hubungan kejiranan seperti bertukar-tukar
juadah atau kuih-muih, mengadakan kelas kemahiran seperti jahitan dan sulaman,
mengadakan progran lawatan sambil belajar, mengadakan rumah terbuka dan
sebagainya. Apa yang penting ialah adanya kesungguhan dari dalam diri setiap
daripada kita dalam mengorak langkah bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai
semangat kejiranan dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan dan kebahagiaan.
Peningkatan kadar
jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika dan peraturan sosial.
Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah kerjasama
daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika
mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai
bentuk jenayah. Jika tidak, lunas etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya
krisis dan dilema dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu untuk
melakukan jenayah pastilah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan
menjadi lebih kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang pembinaan
masyarakat dan negara.
Kesimpulan
Masalah jenayah yang mengancam
masyarakat dan negara tidak boleh dibanteras tanpa kerjasama semua pihak.
Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi membanteras fenomena tersebut.
Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib seperti polis dan pasukan
keselamatan, untuk membantu dalam melindungi masyarakat dan negara daripada
ancaman sebarang bentuk jenayah. Undang-undang perlu memberi lebih banyak kuasa
kepada polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan rakyat.
Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang
berwajib ini bertindak dengan lebih tegas bagi mengatasi masalah jenayah,
khususnya jenayah yang melibatkan pihak yang mempunyai pengaruh termasuk wang,
kuasa, dan kedudukan yang tinggi. Kerjasama polis dan masyarakat setempat
merupakan konsep pemuafakatan bijak yang berkesan dan sesuai dengan konsep
membebaskan masyarakat dan negara daripada jenayah.
Rumusan
Ditelan mati emak,
diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang
dihadapi yang berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti
dan bijaksana. Biarlah segala tindakan bersama menatijahkan situasi
menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi dalam isu pemerdagangan
manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga
iaitu negara pembekal dan negara penerima. Oleh itu, kerjasama serantau amatlah
diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana.
Lampiran
1 .
http://transformasiummah.blogspot.my/2011/04/cara-mengatasi-dan-membendung-jenayah.html?m=1
2.
http://mohamadsofee.blogspot.my/2009/07/membanteras-jenayah-penyeludupan-dan.html
3.
http://www.nizarazu.com/tips-menghalang-jenayah-dan-kecurian/