SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL..SYAWAL SATU KEMENANGAN

15.8.08

SOAL JAWAB PERUNDANGAN

1. Permohonan Berpoligami

Soalan :

Bagaimana saya hendak memohon berpoligami ? Apakah kesannya jika saya berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ?

JAWAPAN

Setiap Pemohon perlulah mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran. Permohonan boleh dibuat melalui Saman dan Penyata Tuntutan serta Iqrar pihak Pemohon yang menyokong permohonannya. Mengikut seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri Selangor (EUKIS) 2003, Mahkamah akan memanggil pihak-pihak (suami dan isteri-isteri) serta wali bakal isteri serta bakal isteri dalam Mahkamah Tertutup. Sebelum pindaan terhadap seksyen ini, biasanya pihak bakal isteri dan bakal wali tidak perlu hadir dalam prosiding. Selepas suami dan isteri-isteri sedia ada dipanggil, Mahkamah akan menyiasat sama ada Pemohon mematuhi syarat-syarat berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 23 (5) (a),(b), (c) dan (d) atau tidak. Jika Mahkamah berpuashati pemohon mematuhi syarat-syarat tersebut, barulah Mahkamah akan meluluskan permohonan ini dan Surat Kebenaran Berkahwin dikeluarkan. Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan Mahkamah boleh membuat rayuan di Mahkamah yang lebih tinggi.

Jika seseorang lelaki berkahwin lagi (berpoligami) tanpa kebenaran Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 124 EUKIS 2003 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


2. Permohonan Cerai secara Fasakh

Soalan :

Adakah pihak lelaki juga boleh memohon cerai secara fasakh ?

JAWAPAN

Permohonan cerai secara fasakh ada terkandung dalam Sek. 53 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 secara jelas memperuntukkan bahawa seseorang lelaki atau perempuan boleh memohon cerai secara fasakh. Sebelum seksyen ini dipinda tiada menyatakan seseorang lelaki boleh memohon fasakh dan seolah-olah hanya dikhususkan permohonan cerai secara fasakh oleh wanita. Sebenarnya seseorang lelaki boleh memohon cerai secara fasakh dan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Perkara ini ada disebut dalam kitab-kitab muktabar. Contohnya dalam kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuhu terbitan Dar al-Fikr tahun 1989 juzuk 7, muka surat 517 yang bermaksud :

“ Imam Malik dan Shafie berpendapat nikah boleh difasakhkan melalui tuntutan pihak suami atau isteri apabila terdapat kecacatan yang melibatkan alat kelamin pada pasangannya. Ataupun apabila terdapat penyakit-penyakit yang menjauhkan orang seperti gila, kusta ataupun sopak.”


3. Perintah Tegahan daripada Melupuskan Harta

Soalan :

Saya mempunyai sebuah rumah atas nama suami saya. Kami membelinya semasa kami berkahwin dahulu. Sekarang kami sudah bercerai. Saya dalam proses memohon rumah tersebut diisytiharkan sebagai harta sepencarian dan dibahagikan di Mahkamah Tinggi Syariah. Saya bimbang suami saya akan menjual rumah tersebut dan menafikan hak saya. Bagaimana saya hendak menghalang suami dari menjual rumah tersebut ?

JAWAPAN

Bila seseorang memperolehi harta secara bersama sepanjang tempoh perkahwinan, mereka berhak terhadap harta tersebut. Sekiranya seseorang yang akan terkilan harta hasil perkahwinan mereka akan dijual atau dilupuskan, maka pihak yang akan merasa terkilan sama suami atau isteri boleh memohon ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi menghalang perbuatan tersebut.. Perkara ini disebut dalam seksyen 108 EUKIS 2003. Biasanya perintah tegahan tersebut bersifat sementara sehingga kes induk yang difailkan selesai dibicarakan. Harta yang diperolehi semasa perkahwinan ada hak suami atau isteri kerana masing-masing kemungkinan ada menyumbang mendapatkan harta tersebut. Islam mengiktiraf harta-harta milik suami dan isteri (harta sepencarian) sebagaimana firman Allah swt dalam surah an-Nisa’ ayat 32 yang bermaksud ;

“..(kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan…”


4. Perbezaan antara Bicara dengan Sebutan.

Soalan :

Apakah perbezaan antara bicara dengan sebutan ?

JAWAPAN

Istilah sebutan digunakan bagi kes yang masih diperingkat pra-bicara. Iaitu kes tersebut masih lagi belum diperingkat bicara. Biasanya istilah ini digunakan di Mahkamah bagi memastikan pliding-pliding termasuklah dokumen-dokumen sebelum perbicaraan sempurna.
Istilah bicara pula biasanya digunakan untuk mendengar keterangan pihak-pihak atau saksi yang dikemukakan.



5. Suami enggan mematuhi perintah Mahkamah

Soalan :

Saya sudah berjaya mendapat perintah Mahkamah agar pihak suami saya membayar nafkah iddah dan mut’ah. Sekarang saya bercadang untuk memohon Saman Penghutang Penghakiman kerana suami saya enggan mematuhi perintah tersebut. Bagaimana jika suami enggan membayar juga nanti ?

JAWAPAN

Jika seorang Penghutang Penghakiman enggan juga melaksanakan perintah mahkamah, maka Pemohon yang terkilan (Pemiutang Penghakiman) boleh memohon mendapatkan Notis Penghakiman melalui borang MS 44 daripada Mahkamah yang memutuskan kes tersebut (sebagaimana seksyen 179 EUKIS 2003) iaitu notis tunjuk sebab mengapa Penghutang Penghakiman tidak patut dikomitkan ke penjara kerana keingkarannya. . Selepas itu Mahkamah akan mengeluarkan Notis Penghakiman melalui borang MS 45 terhadap pihak Penghutang Penghakiman bagi Mahkamah menyiasat aduan pihak Pemiutang Penghakiman. Jika Mahkamah tidak berpuashati dengan tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Penghutang Penghakiman, Mahkamah boleh memerintahkan pengkomitan ke penjara tidak melebihi 30 hari atau apa-apa perintah lain yang difikirkan adil.




Bertarikh : 15hb. Febuari 2006 bersamaan 13 Muharram 1427 H

3 comments:

aab said...

Pernikahan Luar Negara (sebagai contoh di Thailand)pada tahun 2000, tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah.

EUUKI (Kedah) 2008 mula berkuatkuasa mulai April 2008. Dan dalam Enakmen ini ada Peruntukan Seksyen Pengecualian dan Pemansuhan ( EUUKI(K) 1979).

So, bagi kes di atas,
Adakah masih menjadi kesalahan?

Kalau menjadi suatu Kesalahan, didakwa dibawah Enakmen baru @ lama? Kenapa?

smkselendang said...

salam..saya ingin minta pihak tuan selesaikan masalah saya..saya adalah isteri kedua..isteri suami sudah ceraikan dgn talak 3..perkahwinan mereka selama setahun baru..si bekas isteri telah membuat tuntutan iddah sebyk RM 5000,muta'ah RM 9000,nafkah ank Rm 200..surat saman telah dikeluarkan oleh bekas isteri..suami tidak membayar sebarang tuntutan yang dibuat bekas isteri kerana tidak mampu untuk membayar sebulan RM1200.00..Gaji Suami setakat Rm 7ratus lebih sahaja..jadi bolehkah suami saya mengemukan masalah ini dan menggunakan khidmat peguam untuk masalah ini apabila saman dah dikeluarkan?

Unknown said...

Salam...sye nak tnya berkenaan dgn suami yg Ada perempuan lain d belakang sya...dgn hal ini diketahui ,apabila sye terlintas utk memeriksa Tel bimbitnya...Walhalla benda seumpama ini sudah 6 tahun berlalu Dan suami sering beri Alasan yg Sama iaitu ingin meminta Wang yg d pinjam Oleh perempuan tersebut sebelum sye bernikah dgn suami...melalui masaje yg sye bca,perempuan ITU telah mengelarkan dirinya ayg...sekarnag sye tengah mngndung ank 3 ,soaln sye...patutkah sye meminta cerai Dari suami kerana perhubungan sulit dgn perempuan ITU?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...