SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL..SYAWAL SATU KEMENANGAN

15.8.08

SEJARAH PERKEMBANGAN HUKUM ISLAM

HUKUM ISLAM PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW (kebangkitan -11H/ 610 masihi – 632 Masihi)


Dalil hukum Islam iaitu;
(1) al-Qur’an,

(2) As-Sunnah

dan (3) Ijtihad . Contohnya kisah sahabat yang akan dilantik jadi qadi, kisah 2 sahabat melakukan solat dalam perjalanan.


HUKUM ISLAM PADA ZAMAN SAHABAT (zaman khulafa’ al-Rasyidun, 632 M – 661 M/ 11 H – 40 Hijrah)

Khalifah ArRasyidun iaitu

(01) Saidina Abu Bakar assiddiq .

(02) Saidina Umar al-Khatab,

(03) Saidina Uthman ibn Affan,

dan (04) Saidina Ali ibn Abi Thalib.

Selain sumber hukum : al-Qur’an dan asssunnah, sahabat juga melakukan ijtihad secara berhati-hati.
Cth, ijtihad Saidina Umar dalam kaedah pembahagian tanah pertanian yang ditawan di Iraq dan Parsi tidak termasuk “ghanimah”.



HUKUM ISLAM PADA ZAMAN TABIIN ( Bani Umayyah, 661 M – 750 M)


Pemerintahan didirikan oleh Mu’awiyah ibn Abi Sufyan hasil dari majlis Tahkim. Penyokong Saidina Ali ada 2 golongan iaitu; satu kelompok menyokong tawaran damai dan satu lagi menolak. Oleh kerana damai adalah jalan penyelesaian terbaik, maka S.Ali kw diwakili oleh Abu Musa al-Asya’ari manakala Muawiyah diwakili oleh Amru al-As. Secara politiknya perdamaian dimenangkan kepada Muawiyah. Saidina Ali tidak setuju hasil majlis tahkim. Dengan terbunuhnya Saidina Ali maka memudahkan Muawiyah mengambil alih pemerintahan .


Maka timbullah golongan yang tidak menyetujui tahkim telah membelot dan tidak lagi mendukung Saidina Ali. Mereka dikenali “Khawarij”. Di zaman ini sistem Khalifah diganti dengan sistem kerajaan. Umat pada masa itu berpecah 3 golongan; (01) golongan menentang Saidina Ali dan Muawiyyah (Khawarij) (02) Pengikut setia Ali (Syiah) dan (03) jumhur- Ahli as-sunnah wal Jamaah(ASWJ).


Sumber hukum (01) al-Qur’an , (02) as-sunnah (03) ijmak dan pendapat sahabat dan (04) Ijtihad dimana para fuqaha’ Tabiin menyambung usaha ijtihad sehingga menjadi lebin mantap .

Kegiatan sahabat : (a) melakukan usaha pengumpulan,
(b) Melakukan Ijtihad-
terdapat 2 aliran yang ketara dikenali – Ar-Ra’y (penggunaan akal lebih meluas kecuali dalam hal yang berkaitan nas-nas yang jelas) dan al-Athar (penggunaan akal tidak lebih dari rukhsah dan setakat yang perlu).

PEMBENTUKAN MAZHAB DAN PEMBUKUAN HADIS (ZAMAN ABASIYYAH, 750 – 1258M)


Lahir selepas berakhirnya zaman Umayyah, diganti dengan pemerintahan Abasiyyah. Berbeza fasa sebelum ini dengan perluasan wilayah, maka fasa ini lebih kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Disebut juga zaman keemasan.

Faktor-faktor perkembangan Hukum Islam.
Dasar pemikiran dan perkembangan Mazhab hukum Islam terdiri;
(01)Mazhab Hanafi- didirikan oleh Abu Hanifah, nama lengkap al-Nu’man ibn Tsabit ibn Zuthi (699- 767M/ 80 -150H).Lahir di Kufah zaman Umayyah(selama 52 tahun) dan meninggal dunia di zaman Abasiyyah(selama 18 tahun). Pada zaman al-Manshur, ditahan sebab menolak jawatan Hakim. Meninggal dunia pada 150 H akibat derita dalam tahanan.

(02)Mazhab Maliki – didirikan oleh Imam Malik, nama lengkap Malik ibn Anas ibn Abi Amar al-Ashbahi (93 – 179H) lahir zaman Umayyah 93 H semasa pemerintahan al-Walid Abd al-Malik(setelah Umar ibn al-Aziz) dan meninggal dunia zaman Abasiyyah- zaman Harun al-Rasyid(wafat tahun 179H). 40 tahun zaman Umayyah dan 46 tahun zaman Abasiyyah.

(03)Mazhab Syafii – didirikan oleh Imam al-Syafii , nama lengkap Muhammad ibn Idris ibn al-Abbas ibn Uthman ibn Syafi’ ibn al-Saib ibn Ubaid ibn Abd Yazid ibn Hasyim ibn Abd Muthalib ibn Abd Manaf(150 – 204H). Lahir di Gazza suatu daerah Palestin pada tahun 150 H dizaman Abasiyyah (zaman Abu Ja’far al-Manshur (137-159H). Meninggal dunia pada 204 H di Mesir.

(04)Mazhab Hanbali – nama lengkap Ahmad ibn Hanbali adalah Abu Abd Allah Ahmad ibn Hanbal ibn Hilal ibn Asad al-Syaibani al-Marwazi ( 164 – 241H) lahir di Baghdad. Dikenali imam hadis dan memiliki kitab Musnad. Pada zaman nya khalifah adalah al-Mu’tashim Billah. Ketika itu fahaman Muktazilah dijadikan mazhab Negara. Imam Hanbali ditangkap kerana isu; apakah al-Qur’an itu makhluk atau qadim?. Meninggal dunia pada zaman al-Mutawakkil ,tahun 241 H di Baghdad.

(05) Aliran Zhahiri – dinisbahkan kepada gelaran pengasas Daud ibn Ali al-Ashbahani (202 – 270H) . Setelah selang waktu yang lama aliran diteruskan oleh Ibnu Hazm al-Andalusi (384 – 456H)



Pembukuan Fiqh dan Hadis


ZAMAN TAKLID DAN KEMUNDURAN (mulai tahun 310H)

-sebab-sebab taklid
-ijtihad ditutup
-Hubungan antara Penganut Mazhab

Ulama yang hidup zaman Taklid
(01)Ibnu Hazm al-Zhahiri (384 -456H)
(02) Abu Hamid al-Ghazali (450 H -505 H)
(03) Ibnu Taimiyyah (661 – 728H/ 1260 -1328M)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...