Selamat Hari Raya Cantik Hensem ! (^_*)"

Wednesday, December 28, 2011

Bahaya darah muda

Assalamualaikum~~

Secara drastiknya aku teringat nak menulis satu entri yg terlintas di sudut otak sebelah kanan ku.. *merapu sudaa :p

tgok tajuk entri korang agak2 aku nak ceghite pasal apa ek.. okeh mari mulakan ! bagi aku lah, di usia aku skrg ni iaitu usian 20-an mmg layak dikategorikan sbg darah muda.. jadi life pada usia sebegini mmg teramat mencabar.. apa semua yg kita inginkan semua kita nak ianya dapat direalisasikan..

sbg contoh "tak kira, aku nak jugak beli blouse harge rm180 tu" *padahal duit dlm tgn hanya cukup2 utk blnja makan & belajar jek.. nampak tak2? sume kes darah muda..ikut kata hati serta bisikan syaitooonn.. sungguh tk wajar ye adek2..hoho

seperti kes aku pulak, korang semua taw kan yg setiap kali end year je byak peniaga2 yg akan buat YES.. apa itu YES? tak kan tak taw kot.. YEAR END SALE !!!! dan pada masa inilah ramai gadis2 akan susut nilai mata wang mereka serta pokai berhabis duit m'shopingkan diri mereka termasuk lah aku ! ggrrr.. sungguh menyedihkan.. huhu

jadi bila aku log in je muka buku aku akan terlihat hapdet terkini dari on9 blogshop yg mempamerkan promosi YES mereka.. korang dapat bayang tak mcm mana perasaaan aku pada ketika & saat itu? sakit taw tak?? sb apa? sb tak mampu nak bolot sume brg dalam YES tuh.. nafsu serakah aku mmg nak beli semua tapi nanti percuma je kena diet selama sebulan sbb duit habes ke shoping..wahaha

ganasnya aku dlm berbelanja, salahkan pihak YES.. -sikakishopinkon9- 
mmg darah muda membuak2 nak cuba itu ini, tgok kawan pakai fesyen comey2 sket da nak tiru mcm dia.. tgok benda baru sket mst tak nak diri dilabel ketinggalan.. itulah darah muda.. sentiasa nak diri perfect, smart & blablabla..kroh kroh..

kesimpulannya kat sini, darah muda tak bererti mereka tdk pandai menilai tapi mereka perlu dibimbing.. sbb musabab nye tulah yg mcm aku membebel kat atas tu..haha..

notahati: YES membuatkan aku gila sebentar ~_~

Tuesday, December 27, 2011

Durian bikin ribut ?

Assalamualaikum~~

weeehuu.. rinduu kot aku mau coret2 kan kisah2 di belog kecintaan ku yg sudah semakin usang dek zaman ni.. *over okiesss,sila abaikan.. orang lain masing2 hapdet entri setiap 3minit setengah inci *okeh, aku pake belasah jek, jgn tiru kosa kata aku ye!.. bagaimana dgn aku? hampeh.. takpe2, aku tak kan sia sia kan kerjaya aku sebagai blogger terrmasyur seantero dunia,aku akan ttp jalankan tugas menhapdet entri *korang sume boleh je nak termuntah tapi jgn di ruang belog aku ye..ahaks ! :p

sila ambil perhatian.. ayat2 diatas ini hanyalah sbg pembuka kata sahaja.. ala ala kata2 aluan gituewwww.. *hok aloh cm tk biasa dgr aku bleter duoploh4jamstgah.. hekhek :p

jgn menilai rupa luaran durian jika tidak merasai dulu isi dalamnya..*okeh merapu jek
motip utama ialah aku mau berceghite soal raja buah buahan *bak kata kazen kecik ku lah.. "kak ya, durian raja buah buahan, manggis pulak ratu buah buahan".. ecewahh, glamer jugak buah ni kan.. msg2 ada pangkat.. pastu aku tanya dia "habis tu buah2 yg lain apa pulak?".. lantas kazen ku yg kecik dgn bangga m'jwb, "buah2 yg lain tu rakyat2 dia lah".. aku? apakah ini semua.. mandai kau je kan.. hahak... budak2..mcm2 lah.. jenuh aku nak layan.. hoho

skrg musim durian, rambutan.. aku dah pon berjimba2 di kg halaman, dah pon mencilok2 durian di setiap dusun, siap curik bawak balek lagi utk santapan nengok master chef.. baru coooooll.. hahak.. nak wat mcm mana, durian buah kecintaan dakuh.. sebijik durian tu bedal sensorang pon kira setel je.. bak kata budak zman skrg, takde hal la.. ngeh3..

bila lagi aku nak menjadi seorang pelahap durian yg separa anggun kalo tak masa musimnya.. inilah saja peluang yg bersisa.. hek3.. tak kan daku melepaskannya..ahaks..rambutan kureng sikit sb ats faktor2 tertentu.. batok.. ye. itu faktornya.. hihik..

okeh korang, itu je aku nak share2.. seronok taw bila tiba musim buah buahan mcm ni.. rasa cm dunia ini ana yg punya.. ahaha.. so, i'm still enjoying my holiday.. berada di rumah tercinta berrsama ibu tergojes.. ahak..

jom folo aku membedal durian seguni.. anda mampu? ekekek :p

notahati:durian yummeehh ! :D

Thursday, December 22, 2011

Pengumuman Penting ! Wajib Baca !

Assalamualaikum~~

salam sejahtera & selamat tengahari ! *pejadah tah berskema disudut ini, wahaha


sukanyaaa ....... :DDD

baiklah, apakah motip gambar sumber hasil dari tok google nih? biar aku jelaskan disini.. bersempena dengan cuti krismas merangkap minggu terakhir bagi bulan december 2011 company tempat aku berpraktikal akan bercuti selama seminggu bermula 26 dec 2011 sampai 1 jan 2012.. ewah ewah ewah..lama cuti?*seminggu je pong! nak wat cmne, hati meronta nak kerja *okeh, dusta! :p tapi company cuti..every year company aku akan wat mcm ni.. so itu bermakna aku akan berpeluang berjimba2, balek ke tanah air asal & kembali aktif melaksanakan aktiviti2 asas yg selalu dilakukan..ahakss ! *jeles tak2 haha :p

ekceli..bukan la cuti sebab krismas day tapi bos aku amek kesempatan untuk grab cuti sekali dengan cuti akhir tahun 2011 ni.. yang untungnya sapa? aku jugak..hahak.. tapi bagi aku tak lama mana pon seminggu ni.. pejam celik pejam celik dah kena masok kerja balek *yawning tawu?redha jelah..hiks..so that, in a few days aku akan menyepikan dirilah dari berbelog kerana mau berfoya2 jap balek kg halaman jumpa saudara sejagat sekalian*aku pakai bedal je sejagat tuh.. haha

till then happy holiday pada sape yg cuti jugak ! pada sapa yg tk berpeluang cuti jgn sedih, peluang masih ada, cuba lagi ! *apa aku merepek ni..aishh.. 

notahati: 2011 tak lama lagi dah nak pergi.. 2012.. i wish everything gonna be okay ! Amin :)

Wednesday, December 21, 2011

Wang kertas & duit syiling baru 2012 bakal buat aku sekat dari shopping

Assalamualaikum~~

selamat pagi Kak Leha & Pak Jabit sekalian.. *hehew

korang mesti dah tawu kan pasal isu wang kertas baru 2012 yg bakal diedarkan tahun depan.. waa.. manyak tak sabar mau memilikinya ! *konpom muka haku jek kt dpn mesin atm..wahaha :p

tgok? sengaja buat lawa2 nk bg aku tk smpai hati nak guna.. huhu ^_^

ape2 pun, not 100 ngn 20 hengget aku cop dulu.. hahak.. nomey habeh kaler.. *bikin sekat je aku nak berbelanja sakan.. *pasni nak frame kan la duit2 baru ni semua..haha :p

Tuesday, December 20, 2011

~~Wordless Wednesday~~

cincin ni mcm nk sama cm cincin aku & en.bf.. memori mse bcinta dolu2..hak3 :P

Monday, December 19, 2011

Indahnya kalau begini (Video)

Assalamualaikum~~

Aku sure ramai dah tawu pasal video ni and dah beriban pun makhluk2 Allah yg share espeseli girls..hehe..
Uniknya video ini bila aku tengok bakal suami Dena tu.. he's so gentle.. bertuah lah wahai dena ni nanti.. ape2 pn..


aku doakan mereka bahagia sampai ke Syurga.. :)


notahati: agak2 en.bf proposed aku cm mana ek.. wallahualam..ada jodoh tak kemana lah ! :D

Hebatnya Kaum Hawa !

Assalamualaikum~~

siapa yg merasakan diri kaum hawa silalah merajinkan diri baca info ini sambil kelip2 mata sebanyak 120x..hek3
****
Apakah yg membuatkan aku mengatakan wanita itu hebat??

~Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita
haa..korang jangan buat main lah kan.. mata wanita sangat2 lah indah lagi menawan..sape tatap lama2 boleh tangkap cintan wooo.. itu sebab mata wanita marabahaya.. *dont play play

~Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka
hati wanita sememangnya lembut tapi tak bermakna lemah ! betapa kreatif nya wanita, meluahkan isi hati jiwa raga mereka melalui puisi,lukisan serta tulisan..wahaha.. jadi, jgn sakiti hati wanita..*ada kaitan ke?

~Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita
hat ni maramarabahaya sket.. berhati2 lah..jangan ikut suka nak lemparkan senyuman maniss tangkap cintun kat wanita berjiwa bunga rose *tuju khas pada kaum Adam..hek3.. bukan apa, wanita mudah buat tafsiran..jadi kalau nak senyum kena hati2.. gitueww.. 

~Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya
AMARAN pada kaum lelaki yg kacak lagi bersetail.. kalau awak tanya pada kekasih awak dia sedih atau tak then dia jawab TIDAK itu bermakna dia sedang sobsob dalam hati *menangis dalam hati.. itulah wanita..suka merahsiakan byk perkara.. TABAHNYA WANITA... huhu

~Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis
tengok?? gua sudah cakap ma tadi.. wanita berjiwa lembut.. tapi tidak bererti lemah..wanita mudah sangat menangis..benda kecik pun wanita boleh nangis.. lelaki? tahla..tapi tak semua lelaki susah nak menangis..ada jugak lelaki berhati rose..hihik.. *jangan mareeee :D

~Sesungguhnya wanita paling mudah memasuki syurga dan paling banyak menghuni neraka
kalau nak tau, yg ni paling kena ingat sampai bila2 ye.. wanita mmg senang nak masuk syurga.. tapi wanita jugalah paling banyak menjadi penghuni neraka.. sama2 lah kita amek iktibar ye wahai kaum Hawa..

aku tersangat suka melihat wanita berpurdah..aku?bila pula..hee..insyaAllah..
Sebenarnya, banyak lagi rahsia atau fakta pasal wanita ni..kalau nak story2 kat entri ni rasanya mmg tk cukup..bosan pulak korang baca nanti, hehe.. tapi yg pasti aku sangat2 bersyukur dan bangga dilahirkan sebagai wanita..dari hari ke hari aku cuba ubah gaya hidup aku yg senget2 tak bertamadun kearah yg lebih positif.. insyaAllah, maybe take time siket.. ikut pangkal hati, kalau nak boleh je kan.. wallahualam..

notahati:mood bermuhasabah diri sedang bermaharajalela.. :) 

credit to www.kisahwanita.com

Friday, December 16, 2011

Kenapa dia lebih cantik dari aku????

Assalamualaikum~~
eeii aii.. nape aku tak leh ada idong mancong cm peah zulaika ..*
sebenarnya dah lumrah kita akan ada feeling seperti ini..malah acapkalinya kita sering mahu mengelak darinya... kita sering merasa serba tidak cukup dgn apa yg kita miliki..ada sahaja yg tak kena.. tambah2 bila tgok diri yg serba kekurangan..ada jerawat seluruh pelosok muka, warna kulit bukan idaman, hidong tidak menepati taste dan pelbagai lagi la rungutan hati yg tidak pernah bersyukur ini.. haih..

tambahan pula, bila melihat wanita yg jauh lebih cantik,pandai bergaya sekaligus melahirkan rasa rendah diri yg maksima serta merasakan diri begitu tak setanding dengan mereka2 yg cantik menawan plus jelita..lantas dari feeling itu, kita merasakan yg kurniaan yg kita miliki tidak membawa erti apa2 kerana tak mampu jadi seperti mereka yg  cantik bergaya jelita itu.. sadiss..

betol tak apa yg aku katakan tadi? sememangnya acapkali malah sering kita merasakan feeling seperti diatas.. disebabkan feeling mcm inilah kita jadi lupa padaNya..kita jadi org yg tak bersyukur dgn nikmat dariNya..kita alpa,kita tak yakin dgn ketentuanNya.. dan mcm2 lagi lah..sedarkah kita?? hmm..

kawan2..percayalah sesungguhnya Allah mempunyai rencana yg terbaik utk hambaNya..disebalik setiap kejadian wajah kita ada hikmah dariNya..Allah telah mengaturkan segalanya yg terbaik dalam liku2 kehidupan kita..

tidak perlulah kita merasa dengki atau sakit hati dalam melihat kecantikan yg lebih pada orang lain..kerana Allah sudah menentukan rezeki bagi tiap2 hambaNya.. cuma kita sahaja tidak pernah sedar soal itu.. Nauzubillah..

Sepatutnya, katakan pada hati kita bahawa dia memang lebih cantik, tetapi saya lebih bersyukur dengan apa yang ada. Itulah sebaik-sebaiknya tanda kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.

“Inilah saya, beginilah saya dan inilah apa adanya saya”
-akuislam.com


saya tetap bersyukur apa adanya diri saya..=,=

‎~♥♥ Even the prettiest flower will die one day..it's nature's way of teaching us..that nothing last forever ♥♥~


-- yakin pada diri, semua boleh jadi cantik tapi tidak semua boleh jadi cantik luar dan dalam --

Thursday, December 15, 2011

Wanita cantik secara semulajadi

Assalamualaikum~~ 
jom baca artikel ni.. espeseli kaum cantik jelita, kaum hawa.. ^_^


Pernahkah anda melihat keadaan seorang wanita yang biasa bersolek dengan make-up tebal, ketika dia tidak berkesempatan untuk bermekap sama sekali? Atau mungkin ketika dia sedang bersantai bersendirian tanpa mengenakan sebarang solekan, seperti ketika tampil di khalayak ramai?

Bagaimanakah perbezaan wajah diantara dua keadaan itu? Adakah terlalu banyak perbezaan seolah – olah kita sedang menatap dua wajah orang yang berbeza. Bukan menatap wajah orang yang sama, tetapi dua orang yang berbeza.

Wajah yang penuh dengan solekan memang akan menampilkan kesan yang ketara sehingga tidak nampak lagi wajahnya yang asli. Bibir yang merah merona, warna mata yang berwarna – warni, dibaluti lipstik tebal sungguh mengganggu penglihatan. Pipi yang digebu dioles pelbagai warna seperti pelangi.

Tetapi disaat dia tidak berpeluang memakai makeup, sungguh sangat jauh perbezaannya rupa wajahnya, kelihatan pucat dan tidak berseri. Alisnya tidak menyerlah, kelihatan tiada kerana selama ini hanya lukisan pensil sahaja dan sangat jauh bezanya daripada penampilannya yang sebelum ini. Tiada sedikit pun wajah cerah dan berseri – seri pada raut wajahnya. Ia sungguh berbeza. Apa yang ada cuma wajah yang kusam, pucat dan tidak menarik dilihat.

Matanya tidak lagi kelap kelip seperti neon kota. Akan tetapi disebalik kerdipan matanya, yang terserlah mungkin hanya kerdipan sepasang mata persis kerdipan mata pungguk dari celahan dahan. Malah mungkin tiada seri pada kerdipan seperti kerdipan neon kota melainkan gurun pasir yang gersang. Anak-anak mungkin lari ketakutan melihat wajah kakak atau ibunya yang menyeramkan.

Sebenarnya apa yang ingin diutarakan kali ini adalah bahaya bahan kimia dan racun yang terdapat didalam bahan kosmetik itu sendiri. Tentunya kesannya lebih buruk apabila wajah terpisah daripada solekan make-up. kulit menjadi rosak, putih tak putih, hitam tidak hitam. Kulitnya kebingungan mencari warna, lantaran banyaknya ubat yang menyumbat pori – porinya.

Bahan kimia itu memang menjanjikan kecantikan segera. Dalam waktu yang singkat, wajah kita akan menjadi sangat cerah. Wajah yang kusam dan tidak bermaya akan segera berseri, menarik dan cantik. Kedutan ketuaan akan segera terhapus oleh solekan yang menyelimuti wajah. Demikian hebatnya kesan makeup.

Apa yang lebih dahsyat adalah bahan kimia ini menjadi punca terjadinya kanser yang merosakkan sel-sel kulit. Kulit tidak lagi bercahaya seperti biasa, tidak lagi tegang dan kekal kendur tanpa boleh lagi dipulihkan.

Inilah babak baru yang menggelisahkan. Ketika bahan kosmetik menjadi igauan ngeri kerana kesan buruk yang dibawanya.Ketika ini ubat -ubatan tidak lagi mampu memulihkan, impian untuk menjadi cantik hanya tinggal mimpi.

Wajah yang asalnya sempurna dalam sederhana, kini bertukar menjadi wajah yang kita sendiri tidak sanggup untuk menatapnya. Itulah harga yang perlu dibayar lantaran memburu kecantikan yang tidak berlandaskan aturan agama.

Kembalilah kepada kepada kecantikan semulajadi. Menjadi cantik tidak bererti kita perlu memilih risiko. Cantik adalah sihat tubuh badan dan sihat jiwa. Percayalah, kita akan kelihatan lebih cantik dengan kelakuan dan perangai yang cantik. Wajah yang dihiasi oleh cahaya keimanan, pasti akan menyerlah kecantikan semulajadi dan mampu meraih perhatian sesiapa sahaja.

Lebih utama lagi, biar sahaja kecantikan itu dapat meraih perhatian dan keredhaan Allah SWT, kerana perhatian Allah SWT lebih besar manfaatnya berbanding perhatian manusia. Mahu cantik tidak salah, tetapi biarlah bersederhana.

Pandanglah wajah anda baik – baik, dan tanyalah pada diri sendiri, adakah kita sudah bersedia untuk membuang semua kosmetik – kosmetik ini? Ini adalah sebahagian daripada cabaran hidup anda.

"Kita tidak perlu tampil berlebihan,tetapi harus menjaga kesederhanaan dalam setiap perkara. Tidak terlalu menonjol dan memukau sehingga membuat pemuda tidak berkelip.Yang kita perlu hanyalah wajah yang selau bersih.Wajah yang memancarkan kesederhaan,ketenangan dan kesabaran.Itu yang terbaik."

ayu je kan selena gomez pkai tdung, natural je mcm lgu dia "naturally" ahaks :p
p/s: hamba Allah yg kudus ni mmg kurang gemar tempek mekap malah takda stok mekap pong..tk reti..hu3

Sumber: akuislam.com

Tuesday, December 13, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ~~




aiskrem..mmg kecintaan dakuh ^_^

Saturday, December 10, 2011

Dear Future Hubby ~~

Assalamualaikum~~
mari renung-renungkan kata-kata ini..

Calon suami...

Tak minta yg SOLEH,sebab aku pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab aku lg jauh utk bergelar USTAZAH...
Nak minta yg KAYA, aku pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Nak minta yg HENSEM, aku tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT,aku hanya seorg HAMBA...
Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diriku seadanya sebagai ISTERI... Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera dilayar dan masjid dibina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia...

daku percaya perempuan yg baik hanya utk lelaki yg baik..wallahualam..

Notakaki: Ya Allah, kurniakanlah aku jodoh yg baik..amin :)

Friday, December 9, 2011

dugaanku selesema plus layan muzik geisha ^_^

Assalamualaikum~~

seyes wa rindu mau naik entri wooooo.. kt opis hati terkinja2 nak hapdet..tapi terlalu byak "punca" yg menghalang hamba Allah yg kudus ni utk terus menaip sepantas kilat naik satu entri good2.. aishh..*dasyat tak2 :p

tidak cukup dgn itu kawan2.. hamba Allah yg kudus ini juga diserang satu virus yg digelar manja gituew iaitu "selesema" atau nak lebih ringkas serta padat "flu"..eh eh ini bukan bird flu taw.. *mintak simpang lah.. ini flu biasa2 + manja2+ ngada2 + gedik2 gituew.. tapi disebalik flu yg manja2 tu hamba Allah yg kudus ini tersangatlah menderita..aduhhh.. doctor hensem pehlisssss!! *meronta secara menggoda..ahaks :p

memandangkan besok cuti public holiday utk hamba Allah ini, jadi dalam situasi selesema manja2 ini diriku tetap gagah berani mau naik satu entri sbg tanda diriku ini blogger tegarrrrrr lagi tegapppp..hahak..apakah ini? dush3..*aku sakit jadi kurang stabil, sila pahamm :p

eh korang, dalam selesema manja2 yg sedang parah aku alami ni, sempat lagi aku layan muzik.. walaupun mata sedang goda2 aku utk diajak beradu tetapi hati meronta2 ingin naik satu entri jugak serta ngomel2 siket then share ngn korang satu benda ni..apa benda tu?? walau situasi badan kurang kestabilan secara maksima aku masih lagi sempat layan lagu2 dari "Geisha"..boleh dikatakan semua lagu2 dia kena lantas sebati ngn jiwa sanubari aku lah.. bukan apa, vokal penyanyi dia yg aku cantik tertarik uh..

antara yg paling menjadi kecintaan pada abad ini*cett..




tidak dilupakan jua..


seyes.. lagu dia bestt !! pada sapa yg minat jugak like beso2.. hahak..okeh, saat mata hamba Allah yg kudus ini sudah layu bak bunga hilang mekarnya..*pejadah bermadah malam hari tah..

selamat malam pak jabit & kak leha sekalian..i love you lah !

notakaki:entri aku ini agak sewel, sedia maklum, mak selesema nokk :p

Tuesday, December 6, 2011

Saturday, December 3, 2011

ye, setuju dgn quote ituuu

Assalamualaikum~~

pagi semua.. eh silap2..*spoil, kantoiss.. tengah hari semua gadis cantik ngn jejaka hensem..*ni baru betikk 


hari ni aku tadak keja, mmg lah kata pn cuti.. sah sah la kau tadak keja..masa keja kau merungut nak balek awal..haiihh..*sila jgn contohi sifat burukku itu
sooo...bila aku tadak keja aku pn m'google kan diri ku image tumblr.. kalau korang nak taw aku suke ngn gambo2 dri tumblr.. credit siket.. ahaks..belek punya belek aku cantik tertarik kau mmg debooom dgn quote ni..


aku merasakan quote ni mcm dushhhh terkena kt batang hidung aku yg tk brape nk mancung mcm kareeen kapoor tuh.. eh yker? ahhh.. kojaqq ah quote ni.. aku terasa aww.. quote ni mcm sesuai sgt je ditujukan untuk aku.. huh.. *lakonan semata2

baru aku tersedar yg tak semua benda dlm dunia ni mintak aku utk FAHAM tapi kadang2 tu aku kena jugak TERIMA dgn hati yg berbunga2 & terbuka..*eceh ayat membajet

so, mulai saat ini aku akan belajar utk MEMAHAMI & dlm masa yg sama MENERIMA.. barulah harmoni gituew.. *yakss

notakaki: motip entri tuju pd life aku tp tuju lbh kt en.bF :D

"Segment | Santai Blogger 3"

Assalamualaikum~~

eceh... aku join segmen.. wahh.. rajen sioott.. hak3.. segmen ni dari blogger tegar plus femes gituew yg lbh dikenali sbg "abah".. cam segan pulak rasa join segmen blogger femes ni tp tak kira nak menjoinkan diri jugak!


atotototoo nomeynye banner segmen abah ni.. mst abah ni seorg yg berjiwa romantik gituew.. ahaks.. jgn mare ye abah..*gurau sajep

ok, segmen ni abah mintak kasi taw hobi, alaaa.. kacang hangit nye.. hobi aku? act, kalau nk suruh aku senaraikan mmg byak..aishh..teruk an.. tapi aku rasa hobi aku suka membebel kot.. eh tak2.. itu sifat semulajadi aku.. hobi aku sebenanya suka shopping.. tak kisah la on9 shopping ke hape ke..layann jep..

ok..masa utk tuju TAG.. dgn ini TAG jatuh kpd...


notakaki: 1st time join segmen abah..teruja :DD

Angan-angan Mat Jenin ~~~

Assalamualaikum~~

hai hai.. pekabooo?? harap cuti2 hujung minggu ni sihat lah hendaknya ye? hek3.. petang2 cm gini tetibe aku cm rajen pulak nak menghapdetkan belog usang ku ini dgn entri berbaur ala ala berimaginasi gituew.. tajok pn mcm nak good good je je an padahal tak pon..ape2 jelah.. lets berimaginasi dgn aku~~!

okeh, sebelum tu aku nak buat pengakuan secara public sikit ni..shhhsss!!! janji jgn gitau org lain k? sebenarnya aku ni KAKI BERANGAN a.k.a seorang gadis yg kuat & suka berangan-angan.. tapi bukanlah angan-angan mat jenin taw.. tak mau la angan mat jenin..nk letak "angan-angan roseputih" boleh? wkakah!

now, aku nak bwak korang ke dunia "fairytale" mcm yg taylor swift cakap tuh..tak kira tak kira korang kena ikut aku jugak! *bhahaha,ugutan scra ganass


dolu dolu semasa zaman muda mudi*eceh mcm la da tua sgt skrg ni, aku suka bebeno berangan nak jadi cikgu smpaikan aku duk dlm bilik sorang2 then kunci pintu pastu aku bantai ckap sorang2 mengajar murid2 yg tak pernah wujud.. hakhak..! kira cm aku giler meroyan berangan jugak la masa tu.. aku kira mcm dah cukup hebakk la tacap lawa2 muka ngn mekap rembat gincu mak aku then pakai tudung bawal mak aku jugak then melaram handbag milik mak aku jugak..kira semua sponser mak haku lah senang! hakhak!*malu tucin sudah ni

pic ni credit to wansteddy~~ konon2nya aku la ni tukar  nama jep..hak3!


then, aku suka sangat berangan ada rumah besar besar mcm istana.. kecintaan aku dulu suka melepakkan diri dibawah kolong rumah bersama rakan sepermainanku dulu sambil berangan-angan memiliki rumah yg besar atau maybe sebuah istana impian..aouchh..*giler demand aku suatu ketika dulu.. and plg lawak habis nak terputus usus2 perut ni bila kiteorg suke berangan mende2 yg overdose2.. cthnya nak semua perabot dalam rumah diperbuat dari emas & ada kolam disetiap sudut rumah lah..omakaii.. over tak over lah kan pemikiran aku semasa zaman muda mudi hingusan dolu..*sguh bercita2 bsar ;p..sila kagum!


pastu aku suka berangan ada butik sendiri.. haha.. dan kali ni sponser terbesar mstlah barang2 mak aku jugak.. hakhak.. habeh baju2 & tudung2 satu almari aku rembat.. *mama tak taw pn smpai skrg perangai huduh aku ni,kalau tak habeh den..wakakah ;p.. aku akan memainkan peranan menjadi seorang tokey butik yg serba serbi ala ala mak mak datin gituew promote baju2 yg sudah sedia tergantung dlm almari..haha! then plg memalukan and tak boleh blah aku berckap sorang2 lagi..*tutup muka2.. hak3.. apalah nak jadi ngn aku an.. haha..pic kt bwah ni memperkenalkan butik zaleda.. hek3.. rembat kt uncle google.. aku berangan konon2 nya ada butik sndri lah..hak3..


okeh, cukuplah kot aku memalukan diriku dgn kelakuan angan-angan melampau aku semasa muda mudi dolu..muka aku dah blushing giler kot.. aku rasa terhibur pulak bila share ngn korang.. hak3.. bila dipikir2 balek betapalah tak macednya diriku ini semasa zaman muda mudi dulu.. cakap sorang2, berangan2 yg hebakk2 hot2..hahak! tapi an, korang jgn ckap aku gila/sawan pulak sb aku cakap sorang2.. aku cuma memainkan watak je..wakakah! dan hasilnya mmg menjadi kot..hahak.. tapi an dlm byak2 angan2 "roseputih" aku tu, yg plg aku nak jadi kenyataan adalah yg nak ada butik sendiri tu.. itu mmg impian bukan sekadar kata2..insyaAllah kalau ada rezeki suatu hari nanti aku nak ada butik sendiri.. hik3..amin..

okeh lah..cukuplah aku merapu meraban kat sini.. korang jgn gelakkan aku taw.. senyum je jgn sesekali gelak taw..*ugutan nih.. haha.. happy holiday.. stay smiles.. :DD eh jap2 kalo korang ada berangan2 mse moda modi dolu share jelah..moh kite gelak samo2..*senget sudah..;p

notakaki: memori masa moda modi mmg terunggul

Friday, December 2, 2011

Astaghfirullah ! Dunia Akhir Zaman !

Assalamualaikum~~

terkejut + terkesima aku slps menghayati Utube ni..perrgghh.. masyaAllah.. apa sudah jadi dgn dunia?? aku taw video ni pn kt mukabuku.. kecoh kwn2 aku mengeshare.. aku pn turut ingin mengeshare.. pada pendapat korang la kan, apa punca semua ni ek? apakah hubungan seorang ibu + anak? aku maksudkan hubungan seperti suami & isteri.. Nauzubillah.. mai pakat ramai2 tonton video nih..


dah tgok kan? paham apa dia ckap? utk bg clear sket meh aku summarize kan.. citer nye cm gini, seorang ibu dah kematian suami tapi dia msh tk dpt lupakan arwah suami dia then dia anggap anak sulung dia tu mcm suami dia.. act, dia berkehendakkan hubungan suami isteri.. anaknya mcm terpaksa gitulah..

hmm..mcm2 la kan.. aku terkedu bila dgr statement hot hot gituew dri mak dia ckap "yg penting saya tak berzina sama org, sama anak sndri".. haih.. mcm relax selamba wakdek je macek ni an.. Dunia Dunia.. AKHIR ZAMAN.. mintak dijauhkanlah kita semua dari musibah cm gini..amin..

notakaki: yg menyedihkan org Islam ;(  

Thursday, December 1, 2011

bestnyaaaa!!! tapi betulkah wujud ni??

Assalamualaikum~~

ni hao ma? wo hen hao..xiexie.. motip apa aku ber"mandarin" pulak jam2 cenggini..aiyoo..sesaje..aku tbe2 teringat kenangan mse sem 3 & sem 4 dlu kot amek mandarin.. wahahha.. aishh.. melalut suda ni.. terpesong dari tajuk entri.. masyaAllah..sedo sedo..haha! korang2 yg cantik kacak tau ke apa mksud "ni hao ma? wo hen hao..xiexie" tu?eleh..kacang hangit je tu..taww! haha.. pd yg tk taw meh sini amek taw, mksud menatang tu ialah "apa khabar? "khabar baik, terima kasih" ehek2.. giler simple.. alaa.. ni just basic jek.. kalao nk taw lebih lanjut*eceh korang kena la blaja bahasa mandarin kecintaan aku ni.. subjek ni aku minat dats why bole score A.. syukur Alhamdulillah.. :D

stop ! stop ! berhenti dari borak kosong.. aku sebenanya nak kongsi kongsi ngn korang satu pic yg bru je aku view tadi kt laman sosial terkemuka FB*padahal bole je ckap muka buku or FB terus..gegeh! haha

nak taw gamba apa yg aku maksudkan tu? nah amek ni tgok then main jauh2..bhhahaha! *gurau jep


weh korang menatang apokah ini? ce kabo kt den..*language apakah yg sdg aku guna ini..wahahha
aku cm cantik, tertarik kau mmg debooomm jugak la pas tgok pic ni.. rasa cm "wahhh heaven nye kalau aku berada disitu, tenang jep" *eceh, ayat nak bajet good good je.. hahak!

so ada sesape yg tau info pasal pic ni? kat mana ni? and most important wujudkan ia? *eceh,kalah professor dgn thap keskemaan aku ni.. kalau ada yg tau meh la habaq kt aku sat.. aku nak taw.. pastu ley berangan cm ada kt situ.. bhahah! *gediss nokk!

okeh la, itu sajep aku nak kabo.. aku rajen an hapdet entri? shhsss! ni aku hapdet senyap2.. bos tak taw.. wahahah!! k lah nak buat2 busy jap..baru bos tak detect aku berbelog..wakakakah!! btw, happy december kawan2ku sekalian.. semoga kehidupan di penghujung tahun kita ni lebih bermakna & diredhaiNya..amin :)

notakaki: praktikal make me smilesss,hak3