Wednesday, December 22, 2010

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


Assalamualaikum.

Hari nie Wan nak kongsikan sedikit info pelaburan mengenai satu lagi propektus yang baru dilancarkan 29 Nov 2010 lalu iaitu Amanah Hartanah Bumiputera.

Daripada maklumat yang Wan dapat skim ini:
  • Memberi peluang bumiputera memiliki pelaburan aset dalam bentuk hartanah dilokasi-lokasi strategik seluruh negara.
  • Semestinya hanya terbuka kepada golongan bumiputera
  • umur 3bulan-18tahun layak memohon untuk 'Akaun Remaja' & 18tahun ke atas untuk 'Akaun Dewasa'.
  • Konsep berlandaskan Islam / Shariah
  • Saiz dana permulaan sebanyak 1billion
  • RM1 seunit dan harganya tetap
  • Pelaburan permulaan minimum 500unit
  • Tambahan minimum 100unit
  • Pelaburan maksima 200,000unit
  • Penjualan balik unit minimum 500unit
  • Baki minimum unit dalam akaun 500unit
  • Kekerapan penjualan balik unit sebulan sekali
  • Jangkaan pulangan tidak kurang 6%
  • Jika berminat untuk melabur dalam skim ini boleh kunjungi cawangan Maybank di seluruh Malaysia
  • Juga maklumat lanjut di Pelaburan Hartanah Bumiputera.
Pelaburan berbentuk hartanah seperti nie merupakan satu lagi alternatif kepada masyarakat bumiputera untuk mengembangkan lagi pegangan harta mereka selain ASB.

Daripada apa yang Wan perhatikan juga sejak beberapa tahun kebelakangan nie, kadar keuntungan ASB juga semakin menurun & kurang daripada 10% (termasuk bonus).
kadar pulangan tahunan ASB
Jadi gunakanlah peluang peluang terbaru ini untuk menambah nilai harta anda. Walaupun jangkaan keuntungan hanya 6% sahaja, tetapi ianya masih awal. Hal ini kerana nilai hartanah pastinya akan meningkat setiap tahun selagi wujudnya pembangunan & kegiatan ekonomi di Malaysia.

Selamat Melabur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...