Sabtu, 2 April 2016

RINDU BERTAMU DI LANGKAWI

Selepas 26tahun mak dan ayah tidak menjejakkan kaki di Langkawi, 8tahun aku dan adik meninggalkan pulau lagenda itu, akhirnya tahun ini segala rindu akan terlerai.. Rancangan nak ke Langkawi ni tiba-tiba je terlintas lepas Kak Eza iaitu mama kepada cucu jagaan mak aku kata teringin nak ke sana.. Kami pun bincang-bincang dan setuju nak pergi bersama.. Sebelum ni ada juga mak ajak ke sana tapi memandang Langkawi terlalu jauh untuk pergi menaiki kereta, maka hasratnya terus dipendam.. Walaupun boleh ke sana naik kapal terbang tapi mak aku fobia.. Sudah rezeki mak, KTM dah ada perkhidmatan kereta api menuju ke Padang Besar bergerak pada waktu siang, maka bolehlah kami meneruskan rancangan ni cuma mak macam gundah sikit sebab nak balik nanti naik kapal terbang.. Kerna terpaksa mak relakan nak naik kapal terbang.. hahaha.. Keluarga Kak Eza saja yang pergi balik naik kapal terbang, itu pun terpaksa jugak sebab Kak Eza takut naik feri.. hihihihi.. macam-macam punya fobia..

Selesai semua proses membeli tiket sebulan sebelum pergi Langkawi, kami menghitung detik nak ke sana.. Dah rindu datang bertamu.. Tak sabar, akhirnya dapat juga kami sekeluarga bercuti bersama di Langkawi walaupun keluarga abang long dan abang ngah aku tak join sekali.. Takpelah, mungkin lain kali..

12 MAC 2016, waktu yang dinanti tiba.. Pagi tu dalam pukul 5pagi dah bangun, buat persiapan akhir sebelum berangkat.. Selesai solat Subuh dan kemas rumah sikit-sikit, kami pun berangkat ke stesen kereta api KL Sentral, di hantar oleh abang ngah aku.. Aku sangka lengang aje stesen KL Sentral pagi-pagi hari Sabtu ni, rupanya ramai juga umat manusia.. Kami pun bersarapan ringkas makanan segera saja pagi tu.. 9.30pagi, kereta api pun bergerak seperti yang dijadualkan, pergerakan yang minima sepanjang menuju ke stesen Tanjung Malim dan mula memecut selepas itu.. Santai saja perjalanannya dengan tempat duduk yang selesa, pendingin hawa yang tahap sejuk Antartika membuatkan mata kadang-kadang mahu dipejam tapi bila mengenangkan ini pengalaman yang entah bila akan berulang, celikkan mata juga sambil memerhati pemandangan luar.. Dapatlah tengok kebun sayur, bukit bukau, tasik di Bukit Merah, Jambatan Pulau Pinang dan Menara Alor Setar dari kejauhan serta sawah padi yang selesai dituai sepanjang perjalanan di Kedah dan Perlis.. Mengasyikkan walaupun tak dapat tengok sawah padi yang hijau terbentang luas.. Pukul 2.50petang, sampailah di stesen KTM Arau.. Ohhh, panas sungguh keadaan diluar!! Bahang!! Terasa kulitnya mengalami kejutan budaya sekejap sebab tadi dalam kereta api bukan main sejuk, keluar dari kereta api panas menyengat.. Katanya dah sebulan lebih Arau tak hujan.. Dalam kepanasan tu, masanya untuk mencari teksi menuju ke jeti Kuala Perlis tapi yang dapatnya kereta sapu.. TERPAKSA AMBIL kereta sapunya ni sebab nak cepat dan tak sampai hati tengok pakcik yang bawa kereta ni.. Alhamdulillah, selamat sampai walaupun agak sadis keretanya.. Ermmmm..


**riang gembira di hari raya dalam kereta api..
muka ada steady juga nak jalan jauh ni..

**bergaya ala model Giorgio Armani bersebelahan tandas..  uhukkssss..

**antara stesen yang menjadi persinggahan ETS..
atas : stesen Butterworth.. agak lama singgah di sini, dalam 10-15minit kalau tak silap..
bawah : selepas melepasi stesen Alor Setar.. itu dia Menara Alor Setar..

**family Kak Eza menuju ke Lapangan Terbang Subang..

**muka ada seronok juga mahu naik kapal terbang..
budak-budak ni pertama kali naik.. teruja laaa tu..

Sudah sampai di jeti Kuala Perlis, tunggu waktu feri bergerak pulak.. Aku dah booking siap-siap tiket ferinya, aku beli pukul 4.30petang punya pelepasan sebab dah bajet sampai jeti dalam 3.30petang.. Booking awal takut ramai orang nanti, dapat tiket feri yang lewat, kan dah tak best, itu yang booking awal.. KLIK SINI : TEMPAHAN TIKET FERI .. Pukul 4.45petang baru feri gerak sebab nak tunggu penumpang lain masuk.. Steady je perjalanan feri, takde ombak besar apa semua walaupun dalam fikiran dok terbayang feri karam kat Bali tempoh hari.. Gatal sangat pergi search nak tengok kejadiannya, siapa suruh.. Sekitar pukul 5.50petang selamat berlabuh ferinya.. Jeti Kuah sedang di ubah suai untuk diperbesarkan.. Lain sangat dari tahun 2008.. Lepas tu, cari pulak pejabat kereta sewanya sebelah 7Eleven.. Walaupun letih tapi digagahkan juga nak mencarinya.. Kereta sewa pun aku dah siap booking awal, aku booking dengan Puan Shamsibah, ini nombornya 012-4440109.. Mula-mula tempah kereta Nissan Almera tapi yang dapatnya kereta Honda City.. Takpelahhh, aku ok je, janji keretanya semenggah nak dipandu.. Datang sini barulah dapat merasa naik kereta import.. Kasihankan?? hahaha.. Menunggu kereta sampai agak makan masa menyebabkan kami lambat sampai ke tempat penginapan.. Aku risaukan mak dengan ayah aku je ni.. Lama perjalanan, nak kena tunggu lagi.. Pukul 7petang, barulah sampai di Malibest Resort, Pantai Cenang.. Fuhhhhhh, tak habis penat lagi kena mengangkut beg baju punyalah berbatu sebab parking kereta takde kosong.. huuuuuuu.. Mak aku pun mulalah beri ceramah 'motivasi' kat aku.. Dengar jelaaaa, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. :(


**menunggu bulan jatuh ke riba panggilan pelepasan feri..
bergambar itu penting walaupun kepenatan..

**pemandangan Jeti Kuala Perlis dari dalam feri..

**keadaan dalam feri..
dah kenapa muka ayah aku cenggitu?? mak aku biasalah, tak mesra kamera.. hohoho..

**Jeti Kuah.. dah sampai dah..
papan iklan tu kasi cantiklah oiii..

Malam tu, selesai solat Isyak, kami 2keluarga pun meronda di sekitar Pantai Cenang dengan berjalan kaki.. Best meronda malam tu, tak sesak tapi masih happening.. Yang aku tak sangka mak aku ok je berjalan kaki, tak mengadu sakit.. Alhamdulillah.. Kami usha-usha kedai-kedai yang ada, belilah apa yang berkenan.. Baru datang dah bershopping.. hahaha.. Malam tu, kami makan di tepi jalan je.. Cool beb.. Aku cuma makan burger je walaupun tengah hari tadi tak sentuh sebutir nasi pun.. PELIK!! Perut comel aku tak rasa lapar pun.. Nak order laksa tapi aku simpan hajat tu sebab esok nak makan kat Laksa Ikan Sekoq yang orang dok sebut-sebut.. Sekitar 11malam, barulah kami pulang ke rumah penginapan..


**Annur nak jadi model iklan ubat gigi..

**dah siap sedia nak meronda sepanjang Pantai Cenang.. yehaaaaa..


**masih ada insan-insan yang tak diambil gambarnya masa meronda ni..


**wajah-wajah kebuluran menantikan makanan yang dipesan..


13 MAC 2016, Lepas Subuh semuanya berjaga, anak-anak kecil kena bangun awal sebab nak mengejar barisan kat SkyCab (Cable Car).. Pastinya kat sana akan ramai orang.. Pukul 8.15pagi bertolak ke sana dan cari gerai makan.. Jumpalah satu kedai ni, biasa-biasa saja masakannya tapi cukuplah untuk mengalas perut agar tak merengek.. Orang kedah sarapan memang berat-berat ye, sebab kat kedai tu makanan yang dijual serupa makanan tengah hari.. Pukul 9pagi dah sampai Oriental Village, dah semangat dah ni.. Malangnya aku dengan Haziq je yang naik atas, yang lain tak nak naik sebab GERUNNNNNN.. Adehhhhh, rancangan nak terkinja-kinja secara berjemaah kat atas tak kesampaian.. Walaupun rasa hampa, beraturlah dengan ggih dalam kepanasan.. Panas pukul 9pagi je pun tapi aku dah berpeluh macam mandi air hujan, ko rasa????? Harga untuk seorang dewasa RM 30, pakej SkyCab, SkyDome dan SkyRex.. Aku dapat kumpulan yang berlepas pukul 10.30pagi.. Adoiiii, lagi lama nak tunggu.. Sementara nak naik ke atas, Adam ajak main F1 Simulator, sebelah kaunter tiket SkyCab aje.. Bayarannya RM15.. Best gak, terasa acah Michael Shumacher kejap, cuma aku ni bangang sikit, keretanya asyik pergi ke rumput je.. Kalau main PlayStation punya pandailah.. Ahaksssss.. Dah pukul 10.30pagi, masa untuk beratur naik ke atas tapi kita di arah ke SkyDome dulu.. Aku ingatkan wayang apa dalam ni tapi sekadar wayang fefeeling naik roller coaster, macam takde motif je.. huhuhuhu.. Dah selesai kat situ, mari kita naik kereta kabel.. hahahaha (gelak penuh keyakinan walaupun waktu tu ketaqqqq lutut).. Aku redha je, kali ni BERANI sikit berbanding pertama kali naik dulu.. Kira boleh lagi nak tengok bawah cuma nak ambil gambar tu masih gigil weiiii.. Risau phone bergolek-golek hindustan je nanti.. Aku berhenti kat perhentian paling atas.. Walaupun panas tapi boleh terasa sejuk dengan angin sepoi-sepoinya.. Aku tak lama kat atas tu sebab fikirkan mereka-mereka yang dibawah menunggu kami.. Rugi je tak stay lama.. Gambar pun tak banyak kat atas tu sebab bateri phone habis.. kahkahkahkah.. Dah selesai misi di SkyCab walaupun hajat tergedik di atas puncak Mat Chinchang secara berjemaah masih belum tercapai.. Next time, maybe?? SkyRex kami terpaksa tinggalkan sebab kesuntukkan masa, rugi duit jeee.. Sedih.. Nak tengok dinosour..


**wajah penuh kegirangan walaupun kena bangun awal.. huuuuuu


**sebelum naik ke atas, sempatlah nak bergambar..

**aktiviti menghilangkan kebosanan menunggu ialah dengan bergambar..

**mencuba F1 simulator.. best ooooo.. ramai peminat pulak tu yang dok perhati..

**misi menawan Mat Cinchang.. hahaha
atas : wajah penuh KEBERANIAN walaupun memiliki penyakit gayat.. fuhhhh
bawah : dah sampai atas dah.. ini pun tak naik platform atas tu.. view tak luas..

**panas terik bercampur baur dengan angin sepoi sepoi bahasa yang sejuk..

**wajah-wajah kesabaran mereka yang menanti dibawah..
siapa suruh tak naik atas sama-sama.. huuuuuu
**atas : Adam main basikal, antara aktiviti yang ada dis sini..
bawah : konon ibu mithali yang pakai tudung kelabu tu..

**sweet sweet..  with my suster ngesot sister..

Seterusnya ke Dataran Lang.. Datang sini sekadar nak bergambar dengan tugu ikonik Langkawi je.. Nak lama sangat pun tak boleh sebab panas sangat.. Tak pasal-pasal ambil gambar nanti orang ingat aku bermandi-manda kat Dataran Lang.. Yang betul-betul pergi ke sana aku, Ain, Adam dengan Haziq je, yang lain berteduh di bawah pohon asmara..



**bergambar dari jauh..



**wajah-wajah keyakinan si penjinak burung helang.. ahakssss..


**akhirnya kami di sini..
gambar aku ni senget pulak sebab yang ngambilnya budak baju hijau ni.. haishhh..

**keriangan saat panas membahang..

**yang tudung merah ni tak sporting nak join bergambar.. apadaaaa..

Selesai di Dataran Lang, kami pun Haji Ismail Group (HIG) untuk bershopping.. jyeahhhh.. Aktiviti wajib bila ke sini.. Kami pergi di kedai sebelah hotel mereka.. Kami belilah segala apa yang merambang di mata dan memberangsangkan nafsu untuk membuang duit.. hahahaha.. Aku sekadar beli coklat dan tuala.. Nak cari tuala yang ada sulam perkataan Langkawi tapi takde.. Mak aku selain coklat, kain batiklah yang dicari.. Nak beli bekas kuih raya tapi keadaan stoknya macam tak ok, jadi batal nak beli bekas kuih raya... Selesai di sini, kami pun pulang ke rumah penginapan.. Walaupun rancangan yang di buat nak ke Makam Mahsuri dan Underwaterworld tapi tengok muka masing-masing penat dan masa banyak terbuang kat SkyCab jadi terpaksalah batalkan rancangan tu.. Kesian budak-budak ni laaaaa..


**menyempat nak bergambar..
menuju ke HIG..


**pintu masuk HIG..

**aktiviti memborong coklat..

Lepas Asar, dengan semangat jitu, aku, Ain dan Adam pergi menuju jalan di tepi lapangan terbang sebab nak makan laksa.. Laksa Ikan Sekoq dan pasembor.. Dah mengalir air liur dah dalam kereta tapi bila sampai gerainya akak tu cakap LAKSA DAH HABIS DIK.. Rasa nak hempas meja kerusi dan bakar je gerai akak tu.. hoohohoh.. Saya datang jauh-jauh nak merasa laksa akak tapi dah habis.. Akak laaa rugi sebab tak dapat promosi percuma dalam blog saya, kehkehkeh (acah blognya popular sangat).. Maka kami pun pulang dengan rasa hampa.. Kalau aku mati nanti mata terbuka, semua salah akak kedai Laksa Ikan Sekoq, sebab aku mati dalam kempunan.. hahahahaha.. Kami pun menuju ke pantai di hadapan penginapan kami untuk bercanda dan menangkap gambar.. Last moment sebelum balik esok.. Paling penting nak tengok matahari terbenam di Pulau Langkawi..


**budak kecik kegirangan.. dia sibuk tengok dan ambil gambar helikopter..


**lompat tinggi-tinggi sampai cucur udang atap..

**kami bersama menyaksikan matahari terbenam..
Subhanallah!!!

Malam tu abang Isa nak beli minyak gamat tapi tersesat jalan.. Disebabkan tersesat jalan makanya makan malam menjadi lewat dan perut pun dah berirama dangdut Inul.. Jumpa kedainya, kedainya dah tutup.. Teruslah balik dan cari kedai makan.. Nak cari kedai makan, masing-masing terpisah jalan, makanya kami 2keluarga makan malam dikedai berasingan walaupun dah plan nak makan kat kedai Lubuk Buaya dekat dengan hotel Aseana.. Malam tu aku tidur awal sebab kepenatan..

14 MAC 2016, Pagi selepas Subuh, keluarga abang Isa nak berangkat pulang sebab kapal terbang dorang berlepas pukul 10.15pagi.. Sedih betul rasanya waktu tu sebabnya kita bercuti bersama tapi baliknya asing-asing.. Sedih tengok budak kecil 2orang tu laaa, Adam dengan Annur.. Sayu je pagi tu, awal sangat nak gerak balik.. 


**bergambar bersama sebelum balik..
mak steady dengan kain batiknya.. hahaha..

**keadaan dalam kapal terbang yang akan mendarat di KLIA 2..

Kami anak beranak yang tinggal, lepas pukul 9pagi, pergi cari sarapan.. Kami makan di kedai sebelah dengan Underwaterworld.. Sedap masakannya dan harganya pun sedap.. Faham-faham sajalah maksudnya ye.. Nak mengetuk pelancong asing terketuk sekali pelancong tempatan.. hohohoho.. Dah habis sarapan, kami sekeluarga ambil angin di tepi pantai.. Dah puas melayan mata tengok orang berbikini bermandi-manda dan aktiviti laut, masa berkemas untuk pulang.. Dah letak barang semua dalam kereta, kami jalan-jalan lagi di kedai-kedai sekitar Pantai Cenang.. Banyak kedai tutup pagi tu.. Tak tahulah sama ada memang Isnin tutup atau dorang buka lambat sebab dorang tutup kedai pun lambat.. Nak beli t-shirt tapi designnya macam bosan jadi aku beli keychain je.. Jadilah, untuk kenangan.. Ada satu kedai tu barangan cenderahatinya cantik tapi tutup, nyesal tak pergi malam sebelumnya..

**gembirakan diri disaat akhir sebelum meninggalkan Pulau Langkawi..

**di depan swimming pool yang ditutup.. tak dapat nak berendam..


**ada macam Fattah Amin tak, ke macam Patah Seribu?? hahahaha..
pakai baju Selangor, motif nak panaskan orang Kedah ke?? nasib tak pergi Pulau Langkawi lepas final Piala Malaysia lepas, kalau tak mahu diperhambat orang Kedah..


**perkara lazim sebelum keluar dari tempat penginapan iaitu bergambar sekeluarga di dalam bilik penginapan..

Masa untuk pulang :( Sebelum tu makan tengah hari.. Ingat nak makan kat Restoran SeaShell, Laman Padi tapi tutup sebab ada majlis private dalam tu.. Baru nak fefeeling makan atas sawah padi..  Jadi, kami pun makan di kedai di Jalan Bohor Tempoyak (nama pelik sangat sebab tu aku ingat, huuuuuu).. Selesai je makan, kami pun menuju ke lapangan terbang.. Sedih weiiii, dah nak balik dah.. TAK PUAS!!!!!! Apa boleh buat, setakat itu saja masa yang ada.. Sampai di lapangan terbang pukul 1tengah hari, 2jam sebelum berlepas pukul 3.15petang.. Lepak-lepak perhatikan orang jelaaa sementara tunggu waktu berlepas.. Mak dah cuak dah, dalam rela tak rela naik kapal terbang sebab dia kata MAK MENGENANGKAN KORANG BERDUA NAK NAIK KAPAL TERBANGLAH MAK TERPAKSA IKUT.. Pengorbanan seorang ibu, hehehehe.. Fobia sangat mak nak naik kapal terbang sebab terkenang tragedi MH370 & MH17.. Nasiblah tragedi FLYDUBAI lepas balik Langkawi, kalau tidak, mahu dicancelnya naik kapal terbang.. Waktu berlepas pun sampai, marilah menuju ke kapal terbang!!! Hoyeahhhh.. Sekali tengah jalan kaki aku terkehel sebab tak perasaan anak tangga dah habis, aku dengan yakin rasa ada nak tangga lagi untuk dipijak.. Sakit weiiii, sakit kenangan dari Langkawi.. Dah duduk kat kapal terbang, zikir sikit tenangkan jiwa.. Masa naik tu ok je rasa tapi bila tengah membelah awan, kapal terbang corner baring, bergetar tulang sumsum aku.. Mak aku jangan cakaplah, ayah aku cakap mak asyik tanya pukul berapa je, tanya bila nak sampai.. hohohoho.. Pukul 5.20petang, Alhamdulillah selamat sampai hujan dalam kehujanan..


**dapat ambil gambar pintu masuk je.. :(

**bergambar kenangan dengan kereta mahal katanya..
kata-kata orang non hadooo nak beli kereta import..

**sementara menunggu waktu untuk kapal terbang berlepas..

**begitu steady nak merasa pertama kalinya naik kapal terbang, siap maknya bagi cap ibu jari lagi.. well done, mak.. hahahaha..

**dah sampai Lapangan Terbang Subang dah.. syukran..

Begitulah cerita yang tak seberapa dari aku sepanjang berada di Langkawi.. Tak banyak untuk diperkatakan pengalaman aku seperti blogger-blogger lain, hajat nak buat Island Hopping dan melawat tempat-tempat lain terpaksa diterhadkan memandangkan keadaan mak dan ayah yang dah berusia.. Nak suruh mak ayah aku mendaki kat Tasik Dayang Bunting tu memang tak laaaa.. Mungkin kena pergi dengan member-member ataupun tunggu honeymoon nanti baru boleh buat semua tu..:D  Nak makan laksa dan pasemboq made in Langkawi pun kena dibawa ke percutian yang akan datang kalau ada rezeki lagi ke sini.. Mak pun ada cakap, lagi 2,3tahun datang sini lagi sebab tak puas berjalan tapi NAIK KERETA API LAAA PERGI BALIK.. kohkohkoh.. Dah kena mula menabunglah, kos nak datang Langkawi bukan sekupang dua.. :)

Kenangan dan ikatan yang kita cipta sepanjang percutian, itu yang penting.. Jauh atau dekat destinasi yang dituju bukan ukuran.. Ada rezeki, kami datang lagi ke Langkawi bila rindu sudah datang bertamu.. Terima kasih Langkawi atas kenangan yang anda berikan..
Benarlah, anda PERMATA KEDAH!!!

KLIK SINI - LANGKAWI 2016 : PENGALAMAN MERENTAS REL, MENYELUSURI LAUTAN DAN MEMBELAH AWAN

KLIK SINI - LANGKAWI 2016 : MALIBEST RESORT, PULAU LANGKAWI

ADIOSSSS!! 
** panjang aku membebel, nasiblah korang yang baca, malas nak pecahkan kepada bahagian sebab tak banyak tempat yang kami pergi.. gambar pun tak banyak sebab banyak tangkap video..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan