April 14, 2010

lama sungguh....

salam. lama betul blog aku ni tak aktif. tak tau la kenapa malas sangat nak update blog. mungkin semangat nak berblogging ni dah luntur atau aku yang malas? takde apa citer menarik untuk aku kongsi dengan kawan kawan. so kalau ada apa apa yang menarik akan aku hupdatekan... oh ya.. sekarang bob and family tengah buat umrah. hopefully diaorang selamat kembali ke tanahair...

March 01, 2010

..........................

salam. aku ada citer apa yang berlaku kat aku sepanjang minggu lepas. aku ada dapat satu offer kat tempat kerja baru. berapa yang kompeni baru ni offer korang tak yah tau. tapi kompeni baru aku ni milik cina. budak lagi bos dia, umur baru 32 tahun. kompeni ni dekat je kat umah aku iaitu di mount austin (berdepan dengan HSI). bila difikir fikirkan aku terima la jugak tawarannya sebab banyak juga benifit yang dia offer kat aku. aku rasa sayang jugak sebab nak tinggalkan opis tempat aku kerja sekarang, tapi memandangkan yang kita ni perlu berhijrah dan dengan niat untuk memperbaiki kehidupan aku sekeluarga, aku gagahkan jugak dok mengadap bos aku pagi tadi sambil menghantar surat perletakan jawatan. sedih jugak tapi nak buat camne, aku kena kesian kat diri aku dulu baru kesian kat orang lainkan? lama jugak aku fikirkan tapi alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan beb. so secara automatiknya aku aku start kerja kat tempat baru tu pada 1 april 2010. kena la bagi notis sebulan kat opis baru boleh berhenti. mana boleh berhenti camtu je tak? kita datang cara baik, kita keluar pun cara baik. cuma aku rasa kerja ngan tanggungjawab aku kat opis baru nanti mesti lebih. takpe aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik. tamat satu citer.
pagi ahad hari tu ada game stoke vs arsenal. perlawanan memang best. tapi first half arsenal main dah macam apa ntah. serba tak kena masa first half (hisham boleh tidur plak.... tak nengok game ni). second half arsenal berjaya mengkucar kacirkan pertahanan stoke.... at last arsenal menang bergaya 3-1. tapi yang tak bestnya aaron ramsey kaki plak patah. patah macam eduardo hari tu. aku nengok semua player arsenal terkejut dengan keadaan yang menimpa ramsey terutamanya fabregas. aku rasa fabregas rasa nak tumbuk je player yang pakuk kaki ramsey. tapi takpe.... lepas ni arsenal lawan semua team bawah bawah je. at least chealsea ngan MU akan bertarung sesama sendiri. jangan cakap arsenal takde can nak jadi juara EPL tahun. aku rasa kalau tahun ni arsenal menang EPL, tahun ni yang aku rasa paling dramatik la. arsenal ada lagi 10 game lagi. at least we must try our best to win the title. for bang sudin.... i donk tink MU will win EPL this year... because??? because me speek no english pon pon.... hahahahaha

January 11, 2010

waktu yang digalakkan untuk minum air

salam. aku mendapat sedikit maklumat untuk dikongsi bersama sama para sahabat semua. boleh sama sama kita amalkan.....
Pengambilan air pada waktu yang tepat boleh memaksimakan fungsi badan.

2 gelas air - selepas bangun dari tidur - dapat mengaktikan organ dalaman

1 gelas air - 30 minit sebelum makan - membantu penghadaman makanan

1 gelas air - diambil sebelum mandi - dapat membantu menurunkan tekanan darah

1 gelas air - sebelum tidur - dapat mengelakkan strok & serangan jantung

p/s : kredit kepada penulis YB idham lim.

taska suria pagi

salam. tahun ni dah lebih satu tahun anak aku dihantar ke pusat jagaan SURIA PAGI yang terletak berdekatan dengan rumah aku. so far aku memang berpuas hati dengan tahap pengajaran dan penjagaan anak aku kat situ. aku suka kat situ sebab semua pekerjanya melayu dan pastinya ISLAM serta budak budaknya semua anak anak orang islam.
semenjak anak aku dihantar ke pusat jagaan tersebut, alhamdullilah kebanyakkan doa doa yang lazim anak aku dah hafal. dari doa makan, doa masuk tandas, doa tidur dan ada la doa doa lain. yang bagusnya kalau aku nak masuk toilet dia mesti ingatkan aku suruh baca doa dulu sebab kalau tak baca dia cakap setan akan ikut kita masuk toilet sekali. masa nak tidur senang je aku cakap... kimi baca doa tidur... aku mengaminkan saja. sama sama dapat pahala tu.
lagu pun kat pusat jagaan tu ada ajar jugak. ok la sebab banyak yang diajar lebih kepada lagu keislaman. tahun ni aku hantar anak aku masuk pra sekolah. nasib baik pusat jagaan ni ada sediakan pengangkutan untuk anak aku balik ke pusat jagaan tu. kalau tak pening jugak aku sapa nak amik anak aku nanti.
pagi tadi baru aku perasan yang kopiah anak aku takde kat rumah. puas aku cari satu rumah tak jumpa. masa hantar barang barang anak aku ke pusat jagaan tu aku tanya kat mak su (chief yang jaga anak aku) ada tertinggal kopiah anak aku kat pusat jagaan tu tak? dia cakap nanti dia check dulu. ngam ngam aku tengah sarapan tadi dia hantar mesej kat aku ngan wife aku kopiah tu tertinggal kat sekolah. aku rasa puas hati betul sebab sekejap je dia mengambil tindakan.
bukan macam sesetengah kakitangan kerajaan tu.... lambat mengambil tindakan... semua nak kena marah dengan masuk tv baru la terhegih hegih nak amik tindakan (ayat untuk makcik intan & bang sudin.... jangan marah haaaaaa) sekali lagi tahniah untuk pusat jagaan SURIA PAGI sebab jaga anak aku ....... adios

January 10, 2010

oh wenger... dengarlah rintihan hatiku....

salam. semalam berlangsung perlawanan EPL yang menyaksikan team aku arsenal sekadar seri menentang everton yang berkesudahan 2-2. aku rasa begitu kecewa kerana team aku tidak bermain seperti kebiasaannya. seluruh masa perlawanan dikuasai oleh everton. cuma masa 20 minit terakhir baru arsenal main dengan lebih baik berbanding sebelumnya. eduardo dengan arshavin ntah apa apa ntah main. tapi aku rasa paling sengal eduardo la. aku ingat memang wenger memang kena beli penyerang sebab van persie dikhabar akan mengalami kecederaan hingga penghujung musim. bentdner pun tak tau bila boleh main. kebanyakkan game kebelakangan ini, gol disumbangkan oleh bahagian midfield je. bila fabregas tak main habis kucar kacir bahagian midfield ni. arsenal kena ambil kesempatan dengan team MU yang mengalami saat saat kesengalannya yang berada pada tahap yang agak kronik sekarang ini, cuba semalam menang, sudah pasti arsenal sudah berada dibelakang chealsea dengan baki satu mata serta ada balance satu game ditangan. so pada wenger dengarlah rintihan penyokongmu yang berada di malaysia ini. harap harap wenger dapat beli seorang penyerang. amik la sapa sapa pun as long boleh menjaringkan gol. tolong la... dengarlah rintihan hati ku ini...

p/s : harap harap wenger baca blog aku ni sambil memegang kamus BESTAR.. senang nak translate nanti...

sapa la aku nak beli ni... ???


January 06, 2010

posting oh posting....

salam. dah lame bebenor aku tak update blog aku ni. takde idea nak tulis apa. kadang kadang dah taip panjang panjang tapi tak posting pun. tak tau kenapa. maklumlah... aku sibuk dengan kerja aku. bukan apa, aku rasa macam takde mood aku nak ngupdate blog aku ni. dulu masa baru buat blog... pehhh, boleh dikatakan hari hari aku ngupdate blog aku ni.
minggu ni anak aku dah masuk sekolah tadika dah. tu la, diam tak diam dah sekolah dah anak aku. rasanya macam baru je lagi anak aku dilahirkan .... tup tup dah sekolah. macam biasa la anak aku ni kalau bangun pagi punya la susah. kalau tak nangis tak sah. mandi konpom nak air panas punya. kalau zaman aku dulu kalau nak mandi air panas mampus kena debik dengan mak aku sebab mak aku cakap dulu pun dia mandi air sejuk. air perigi lagi tau.
tu la budak budak zaman sekarang, semua kemudahan dah ada depan mata. pentik je semua dapat. nak mainan aku belikan. kat rumah tu dah nak dekat dua bakul mainan dia. nak mc donald's aku belikan. pantang nampak iklan, semua yang kat iklan tu semua dia nak. tapi takpe sayang punya pasal semua aku turutkan je. tapi berpada pada jugak la apa yang aku turutkan. setakat yang mampu bolehlah aku belikan.
tapi kalau dah iklan kapal terbang suruh aku beli kapal terbang mau pengsan aku nak beli. nak bajak la, kereta nak ada spoiler.... takde spoiler tak nak. kereta flash and dash (siap kenal tau mana satu kereta flas and dash). ok la at last kalau aku free lagi teman hupdate k.... adios

December 01, 2009

korban di surau az zakirin, jalan lading

salam. aku malas nak citer, korang nengok gambo jelah k....