Saturday 1 November 2014

MENARA CONDONG TELUK INTAN

MENARA CONDONG TELUK INTAN/JAM TINGGI TELUK INTAN
(@2ND PISSA TOWER-My Home Town)

Menara Condong Teluk Intan kini lebih menarik setelah dibaik pulih dan dibina Dataran dibawahnya sebagai daya tarikan pelancung.Meh saya cerita sedikit apa yang saya tahu mengenai tajuk artikel ini.Saya memilih artikel ini sebab dulu saya pernah bersekolah disekitar bandar ini dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3 di Sekolah Menengah Horley Methodist sebelum menyambung ke tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash Ipoh.Tiap hari pasti melalui menara ini dan kami selalu juga singgah makan mee dan rojak Mastan Ghani cukup top masa tu sampai kini masih wujud lagi.

Sebelum Teluk Intan nama bandar kecil ini adalah Teluk Anson atau orang sini sebut Teluk Ensen.Kemudian ditukar kepada Teluk Intan mengambil sempena nama Mak Intan seorang janda yang cantik rupawan yang meneroka tempat ini.Beliau berasal dari Mandahiling atau Mendeleng(teman pn darah mendeleng weh) Sumatera pada sekitar 1885.

Bandar yang terletak ditepi Sungai Perak ini adalah sangat penting sehingga kini kerana menghubungkan kampung kampung sekitarnya dari hilir Bagan Datoh,Sabak Bernam,ke hulu Kg Gajah,Seberang Perak,Langkap dan sekitarnya.

Menara Condong ini semasa dibina elok tegak berdiri tetapi mula condong bila berlaku banjir besar pada tahun1889 dan 1895.Dibina tegak teguh oleh arkitek Leong Choon Cheong.Mempunyai ketinggian 85 kaki sebanyak tiga tingkat.Pandangan dari luar menampakkan seolah olah tujuh tingkat kerana terdapat tujuh lapisan bumbung.Senibinanya yang unik gabungan warisan senibina tradisional China dan moden.Terdapat 110 anak tangga  didalamnya dan dibahagian atas ditempatkan jam besar yang bermanafaat menentukan masa dan akan berbunyi setiap sejam sekali.Tujuan asal dibina adalah sebagai menempatkan tangki air bagi penduduk sekitar.

Kini usianya melangkaui lebih 100 tahun walaupun condong namun dengan struktur binaan yang kukuh daripada batu,kayu dan keluli,kini ianya masih utuh berdiri dan menjadi mercu tanda TELUK INTAN.

No comments:

Post a Comment