Tuesday, November 10, 2009

LOGO SEKOLAH




BUKU
Melambangkan ilmu pengetahuan.

OBOR
Bermaksud menyuluh ke arah kemajuan.

COGANKATA “BERBAKTI DAN BERILMU”
Bermaksud, setelah diri murid-murid dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, mereka hendaklah berbakti kepada ibu bapa, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

WARNA HIJAU
Melambangkan kesuburan.

WARNA MERAH
Melambangkan kegigihan dan ketabahan menghadapi sesuatu cabaran.

WARNA KUNING
Melambangkan perpaduan di kalangan warga sekolah.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH



۩ Sejarah yang asal telah dibuka 19 November 1941 oleh orang-orang kampung beratapkan rumbia dan berdindingkan pelupuh. Semasa dibuka murid-muridnya seramai 40 orang dengan seorang guru yang bernama Tuan Haji Yusof bin Buruk.

۩ Pada 4 Mac 1947 sekolah ini telah mempunyai seorang Guru Besar iaitu Encik Abdul Samad bin Hassan. Pada ketika itu pelajarnya seramai 80 orang terdiri dari dua kelas. Sekolah ini dikenali Sekolah Umum Ulu Nuri.

۩ Pada 30 Jun 1952, sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Undang Kamat sempena nama Undang Luak Johol ketika itu Dato’ Undang Kamat bin Sulaiman.

۩ Pada 26 April 1977, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan (blok baru) yang telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Johan Lela Perkasa Setiawan Undang Johol Dato’ Abdul Majid bin Wahid.

۩ Dato’ Undang Kamat adalah pengasas sekolah ini. Beliau adalah Undang yang kesembilan. Beliau telah meninggal dunia di Mekah tahun 1947.

۩ Sekolah ini sejak ditubuhkan sehingga sekarang (2009) telah ditadbirkan oleh 16 orang guru besar.

۩ Sekolah ini menghadapi masalah kekurangan murid . Ketika ini seramai 20 orang murid.
Template by - Abdul Munir - 2008