Kami menerima banyak pertanyaan akan kos bagi menambun tanah/pasir. Rata rata ramai kurang pasti berapakah bajet yang perlu diperuntukkan untuk menambun tanah/pasir. 

Hari ini kami ingin berkongsikan bagaimana mengira jumlah lori yang diperlukan bagi menambun dan kosnya. 

Contoh kes:
Tanah seluas 5,000 kps hendak ditambun setinggi 3 kaki.

Formula bagi mengira bilangan lori yang diperlukan untuk setiap sekaki tambun:
[nota ** formula ini bagi saiz lori sederhana bukannya lori 10 tayar]

Keluasan tanah (dalam kaki persegi) / 43560 x 234 = bilangan lori


Katakan tadi luas tanah anda 5,000 kps. Jadi bilangan lori yang diperlukan untuk menambun setinggi sekaki.

5,000 / 43560 x 234 = 26.8 lori atau 27 lori.

Ok, itu baru untuk setiap sekaki tambun. Jika dalam kes di atas 3 kaki tambun;

27 lori x 3 kaki = 81 lori

Sumber :

http://tipsbinarumahbanglo.blogspot.com/2015/10/formula-mengira-tambun-tanah-pasir.html

http://rumahkediamanku.blogspot.com/2015/03/pembinaan-rumah-atas-tanah-persendirian.html

Dari dua kaedah kiraan diatas, saya perolehi, untuk menimbus ketinggian 1 kaki :

234 trip untuk menimbus 43, 560 sqfeet.. (Kaedah no. 1)
210 tri untuk menimbus 43,680 sqfeet.. (kaedah no 2)
Hit: 73 Laman Asal