Sunday 30 October 2011

Aktiviti PPKI sepanjang Bulan November 2011


Untuk makluman semua, berikut adalah beberapa acara yang bakal belansung sepanjang bulan november ini khusus untuk warga Pendidikan Khas. Semoga dengan pelaksanaan program sebegini akan dapat memberi pengalaman dan pada masa yag sama dapat mendidik anak-anak Pendidikan Khas untuk lebih berketrampilan dan punya personaliti yang positif.
AKTIVITI BULAN NOVEMBER 2011

          KARNIVAL PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN KALI 1/2011; 2-4 NOV 2011-SELANGOR 

          KEM BESTARI SOLAT j-QAF PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2011; 1-2 NOV 2011-MELAKA.

          PROGRAM KESENIAN PENDIDIKAN KHAS, PERSEMBAHAN KOD TANGAN; 14-17 NOV 2011-PERAK 

          PERTANDINGAN KESENIAN DAN EKSPEDISI SENI PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 1 MALAYSIA 2011; 8-11 NOV 2011-TERENGGANU

          PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS MALAYSIA 2011, AGOONOREE MALAYSIA KALI PERTAMA 2011-JOHOR 

PPKI SABAH.
          KLINIK FUTSAL PPKI ; 10 NOV 2011-KOTA KINABALU 

          KLINIK PENTANQUE; 12 NOV 2011-KOTA KINABALU 

          KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN, RENDAH DAN MENENGAH NEGERI SABAH 2011;5 NOV 2011-KOTA KINABALU

          KEM 1 MURID 1 SUKAN;14-16 NOV 2011-KIULU

Sunday 28 August 2011

Selamat Hari Raya 2011

Di kesempatan dan bulan baik ini, kami di PPKI Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidlfitri dan juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke -54 pada 31 Ogos 2011 ini. Semoga yang baik itu berterusan dan selamat bercuti semua ^^..
 

Wednesday 3 August 2011

MTQ PPKI Sabah 2011


“Merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya, jurang digital dan jurang di antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan” –Menteri Pelajaran Malaysia sempena perutusan tahun baru 2006.

Dalam pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah yang diadakan buat julung kalinya tahun 2011 ini, Zon barat yang diwakili oleh beberapa sekolah sekitar Kota Kinabalu dan Penampang telah menghantar beberapa wakilnya untuk menyertai pertandingan ini.
Dengan harapan dan hasrat untuk member pendedahan yang lebih kepada murid-murid untuk merasai suasana sebenar dan juga pengalaman mengikuti pertandingan yang lebih besar berbanding sebelum ini. Pada masa yang sama ia juga member pengalaman  baru kepada guru-guru pengiring dalam menjayakan program ini disampingmerapatkan silaturrahim antara guru-guru pendidikan khas seluruh negeri Sabah.


Pertandingan MTQ Pendidikan Khas ini berlansung selama sehari iaitu pada 6 Julai 2011 dan tuan rumah pada sidang kali ini ialah SMK Kuhara Tawau. Dalam majlis ini juga diumumkan secara rasmi keputusan-keputusan penuh sepanjang pertandingan ini berlansung. Penguasaan Zon Tenggara menyerlah dalam Pertandingan Hafazan, apabila tiga pesertanya iaitu Zulkifli Nordin, Iffah Asyimah Hamzah dan Mohd Hanafi Ibrahim memenangi kategori Senior/Junior Lelaki dan Senior Perempuan.

      Kategori Junior Perempuan pertandingan itu pula menyaksikan Nureen Syafiqah Abd Halim yang mewakili Zon Sandakan dinobatkan sebagai juara. Bagi pertandingan Tilawah Kategori Senior Lelaki, wakil Tenggara, Azri Julharun muncul sebagai johan, manakala bagi Kategori Junior Lelaki pula dimenangi oleh wakil Zon Barat iaitu Mohd Akmal Moh Zakir.

Sementara itu, kumpulan Ar-Rahman[Tenggara] mengungguli pertandingan Nasyid dan diikuti oleh Al-Iman[Selatan], Al-Falah [Barat] serta Nur Kasih[Sandakan] yang masing-maisng menduduki tempat kedua, ketiga dan saguhati.

Mohd Ali Imran Aladdin[barat] memenangi Kategori Senior Alunan Azan Subuh dengan Kategori Junior pula disandang oleh Monel Mutalib [Tenggara].

Pertandingan Bercerita untuk Kategori Senior Lelaki dijuarai oleh Sudirman Mappi Asi [Tenggara], sementara Nur Aliah Ahmad [Tenggara] menyandang gelaran juara untuk kategori Senior Perempuan.

Kategori Junior Lelaki Pertandingan Bercerita pula diungguli oleh Imran Ismail Nizamudin [Barat] dan Nurben Nasuha [Tenggara] yang merupakan peserta tunggal dalam kategori Junior Perempuan diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut.



















Selamat Datang

laman ini ingin mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ke dalam laman web ini, semoga isi kandungan web ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Sekali lagi Selamat Datang dan Terima kasih.

moderator ^_^