Sunday, September 4, 2011

Solat Sunat Dhuha : Satu Perkongsian Pengalaman Penulis.




Bismillahirrahmanirrahim.. 


Entry ini bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk mengenai amalan-amalan tertentu  yang dilakukan oleh penulis tetapi ia hanya sebagai perkongsian yang mungkin boleh diambil iktibar oleh para pembaca yang budiman sekalian.

Penulis harap pembaca yang menziarahi blog penulis wajib membaca sehingga habis kerana anda boleh menjiwai cerita yang dinukilkan ini.

Penulis mengamalkan bacaan zikir selawat al-Matsurat selepas solat subuh, bukanlah setiap pagi, tetapi kerap jugalah.. Begitu juga dengan solat dhuha, amalannya bukan kerap sangat tetapi konsisten.

Dalam hati ini juga terniat untuk melakukan amalan-amalan tersebut termasuk dalam amalan wajib bagi penulis, usaha terhadap perkara tersebut dalam proses.. InsyAllah jika niat kita baik Allah akan memudahkannya..

Kita pergi ke tujuan utama entry ini ditulis. Pengalaman yang masih diingat didalam kepala ini adalah pertamanya ditempat yang menjadi lokasi mastautin oleh penulis iaitu asrama kolej university yang terletak di Bangi.

Kisah satu:

Pada malam hari penulis jarang keluar
makan kerana duit yang diberikan oleh ibubapa penulis hanyalah sekadar cukup untuk makan tengah hari dan roti pada malamnya. Tiba satu hari dapat panggilan dari teman yang berada di aras atas.

“ Hello pidot, hang makan tak lagi?? Pak lah ada beli hot dog, lepas tu dia dah makan kat kedai lak..dia tak makan.. kalau hang nak aku nak pi bagi kat bilik hang?” reaksi penulis hanyalah berkata ya sahaja. Alhamdulillah ada juga rezeki.. Dah la nak bagi hot dog, siap mai hantar kat bilik lagi.. memang rezeki sungguh la..

Malam yang lain pula. “ pidot hang dah makan? Kami kat maple ni.. ada roti nan lebih..kalau nak kami nak bungkuskan untuk hang.” Penulis menjawab “aku dah nak tidoq la.. terima kasih sebab ingat kat aku”. Roti nan pula.

Teman sebilik penulis orang terangganu.. ada kiriman makanan dari ibubapa beliau yang dihantar oleh rakan kepada bapa beliau. Makanan yang dihantar tu boleh dikatakan banyak juga.. Biskut dalam tin, buah mangga, kuih tradisional dan macam-macam lagi. Tahan lama juga la benda tu semua.






Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh





Kisah dua:

Ini pula kisah ketika balik bercuti ketika cuti pertengahan semester. Masa tu duit pinjaman PTPTN tak masuk lagi.. berkerut jugalah dahi ni.. masing-masing balik cuti muka masam ja.. kononnya tak enjoy la..

Dalam poket masa tu kalau tak silap ada RM30 untuk belanja seminggu.. mana cukup dengan penulis yang selalu keluar berjalan dan lepak bersama kawan-kawan.. Satu hari penulis balik kampong bersama Bonda tercinta ke kampong halaman yang terletak di Tobiar, Pendang. Berborak mengenai adik yang berada di asrama dan lain-lain..

Tiba-tiba keluar dari mulut penulis “cuti ni tak best la mak.. duit tak dak la..nak keluar pon tak boleh.. Nak pinjam RM 50 boleh? Bonda Penulis menjawab “mak pon tak ada duit sangat ni nak bayar yuran makan adik lagi”…

Dalam hati kecil ini merasakan sedih.. bukan kerana tak dapat duit.. tapi mengenangkan orang tua kita yang bersusah payah mencari duit untuk menbiayai pengajian kita.

Sampai di rumah Nenekanda dan bersembang mengenai hal pengajian dan bertanya khabar masing-masing. Bila nak balik tu macam biasa la.. salam dengan nenek dan atok.. tiba-tiba nenek hulur duit merah.. “nah amik duit ni buat belanja.. jangan duk merapu sudah”.. terkejut beruk penulis ingat kan RM20 sahaja.. tengok-tengok ada 5 keping duit merah tu.. RM50 la kiranya..

Bonda berkata “tok dapat duit upah masak untuk pasti kat depan tu.. tu yang duit ada lebih skit tu.. rezeki along”.. Nak pinjam kat mak, tapi nenek bagi terus duit, tak perlu bayar balik..
Dalam hati ni “ ya Allah.. sememangnya rezekimu ini datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka seperti yang engkau janjikan”..
Kisah ketiga :

Hari raya ini bagaikan tidak bermakna kerana penulis hanya mempunya RM30 dalam Bank Islam dan dalam wallet ada RM3o lebih, tu pon baki dari duit yang mak penulis bagi RM50 untuk beli barang raya..

Baju pakai yang tahun lepas punya.. ingat nak beli samping ja..duit pon tak cukup, nak beli apanya..kalau beli jugak, bermakna hari mendatang tak leh pi berjalan-jalan la.. so simpan saja la keinginan itu..

Keluar dengan kawan pergi teman dia shopping.. tengok baju lawa-lawa.. kemeja pon cun-cun..tapi tengok saja la. “dah tak ada rezeki nak beli, pandang sahaja lah.. mungkin bukan masanya lagi aku nak rasa semua tu..” sabar saja lah..

Entry ini ditulis ketika lepas balik dari keluar beraya dengan Tunang penulis bersama adik perempuannya.. hari raya kedua..

Selepas penulis beraya dirumahnya(tunang) kami Pergi beraya di rumah rakan-rakannya. Dalam kereta dia boleh lak bagi duit raya kat penulis dalam sampul. Dalam hati “beraya dulu umah kawan-kawan dia, nanti balik baru buka..”

Ada berlaku ketegangan sedikit ketika balik sehingga penulis melemparkan semula sampul tersebut kepadanya.. tetapi dia berikan semula ketika penulis menghantarnya sampai dirumah. “ kalau tak mau duit tu jangan lempaq, nah bagi kat adik kalau tak mau”..

Bila sampai ke rumah selepas solat isyak penulis pon amik sampul tadi.. “mesti RM5 ja ni.. dia pun bukan ada duit sangat..dah guna banyak untuk raya..” kata hati penulis.

Penulis pun umbut (buka sedikit demi sedikit).. capai dengan ibu jari menarik duit tersebut keluar, tengok dia punya warna bahagian tepi.. bila dah Nampak warnanya alangkah terkejutnya.. bukan warna hijau muda tetapi warna hijau gelap.. bermakna RM50 lah.. tak sangka dia boleh bagi banyak tu..
Memang lah di kerja tapi takkan duit raya untuk tunang, lelaki lak tu.. dapat RM50.. memang agak pelik bagi penulis sebab tak pernah dapat duit raya sebanyak tu dalam satu sampul.. dia kata “amik lah.. ari tu baju raya tak leh nak beli apa.. sedih juga dengaq.. amik ja duit tu..”

Perkara ini berlaku kerana selepas mandi pagi tadi di rumah nenekanda, penulis niat nak solat dhuha.. dah siap pakai kain, bonda penulis berkata “pi la solat dhuha dulu, satgi (kejap lagi) mai makan lain”.. macam tau-tau ja.. tak sangka solat pagi tu dapat RM50 time malam.. Memang tak sangka..

Banyak lagi perkara yang berlaku disebabkan oleh amalan solat dhuha dan al-Matsurat tersebut. Cerita di atas adalah cerita yang masih diingat oleh penulis.

Lagi satu jangan cakap macam ni “tak sia-sia aku solat dhuha tadi, dapat gak duit”.. kerana solat dan amalan dalam agama ini bukanlah perkara yang sia-sia jika dilaksanakan tetapi tak dapat hasil depan mata kita.. ianya akan dikurniakan pahala dan hikmah jika tidak kita dapat dengan benda yang kita nampak.

Firdaus shukri a.k.a pidot




2 comments:

  1. Salam Ukhwah ya Akhi!.. byk ilmu yg ana dpat dri bl0g anta!.. ana dh f0ll0w bl0g anta!.. kal0 sudi tng0k2 la bl0g ana n f0ll0w skali!.. he2.. x pksa!.. www.ibnumajeed.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam ukhwah.

    memang bagus amalkan dhuha ni, tak dapat dekat kita insyallah dekat anak-anak dan keuarga kita.

    jom www.rinaprettyhealthy.com

    ReplyDelete

berkata..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...