WELCOME

BLOG PIBG SKJMB ini merupakan laman web rasmi SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Pentadbir blog mengalu-alukan sebarang berita sama ada daripada pihak ibu bapa, guru mahupun murid-murid. Sila e-melkan bahan berita , termasuk gambar (jika ada) kepada diba34.br@gmail.com. Sebarang teguran dan cadangan untuk menambah baik blog ini amat dihargai. Terima kasih. SEJAMBU EVER ONWARD

Jumaat, 26 April 2013

KAWAD KAKI:JOHAN DAERAH

Tahniah kepada pasukan kawad kaki perempuan yang berjaya menjadi johan daerah. SKJMB akan mewakili daerah ke peringkat negeri pada tarikh yang akan diberitahu kemudian

Komandan SKJMB dipilih sebagai komandan terbaik..Tahniah!!!

MTQ NEGERI

Daerah Kerian telah terpilih untuk menjasi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri yang siadakan di SABAR. SKJMB telah dipilih sebagai AJK Hadiah. Terima kasih kepada guru-guru yang menjalankan tugas

Dari kiri: PK Koku, Ustazah Kamaliya, Ustazah Masitah dan Ustazah Khadijah


USTAZAH KHADIJAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Ustazah Normaziyani dan adik iparnya Ustazah Khadijah

UPSR:PROGRAM KELOMPOK 3

SKJMB bersama dengan 9 sekolah dalam kelopok 3 telah mengadakan satu program yang mensasarkan peningkatan kualiti akademik pelajar "near miss"lulus dan "near miss"cemerlang. Seramai 24 orang murid dari kumpulan "near miss" lulus dan 24 orang"near miss" cemerlang untuk setiap mata pelajaran teras UPSR telah dipilih.

 Pada 13 April 2013yang lalu, SKJMB menjadi tuan rumah untuk aktiviti kelompok ini bagi murid "near miss" cemerlang Bahasa Inggeris. Cikgu Zaini, PK HEM SK Methodist telah dijemput sebagai penceramah dan pada tarikh yang sama SK Matang Gerdu menjadi tuan rumah kepada murid "near  miss " lulus Bahasa Inggeris.

Pada 27 April 2013 "near miss" cemerlang Matematik diadakan di SK Parit Haji Taib dan serentak dengan itu, SK Sungai Bogak pula diadakan "near miss" cemerlang Sains. Mata pelajaran lain adan diadakan secara berpeingkat

Murid-murid yang terlibat dapat mempelajari pelbagai teknik rahsia sebagai senjata untuk mencapaitarget yang dihasratkan. Para guru juga dapat berkongsi ilmu demi  kejayaan prestasi akademik murid-murid.


INSURANS MURID SKJMB

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1995 :
Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok
Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan 


1. Pendahuluan


1.1 Kementerian Pendidikan begitu prihatin mengenai pelbagai risiko
kemalangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah ketika dalam
perjalanan pergi dan balik sekolah. Begitu juga sewaktu mereka melakukan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kegiatan sekolah.
1.2 Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah
Kerajaan dan Bantuan Kerajaan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada
21 Jun 1995.
1.3 Skim ini akan berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 1995/1996. Kadar
bayaran bagi seorang pelajar ialah RM1.50 setahun dan akan dimasukkan
bersama dalam bayaran yuran persekolahan tahunan. 


2. Jangka Masa Perlindungan
2.1 Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan
berkuatkuasa selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun
berikutnya sehingga tamat persekolahan.
2.2 Skim ini menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi
seluruh dunia. 


3. Penyertaan
3.1 Peserta skim ini adalah semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang
berdaftar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
3.2 Perlindungan ke atas pelajar-pelajar ini tamat serta merta apabila pelajar
tersebut berhenti atau diberhentikan dan menjadi pelajar berdaftar di sekolahsekolah yang dinyatakan di atas.  


4. Bayaran
4.1 Kadar sumbangan/bayaran takaful ialah RM1.50 seorang setahun. Pelajar
dikehendaki membayar sumbangan takaful sekolah. Sekolah hendaklah
menyerahkan pembayaran tersebut terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri
untuk disampaikan kepada Ibu Pejabat Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd.
(STMSB). Bagi melicinkan sistem pemantauan, salinan surat penghantaran
tersebut hendaklah dihantar kepada Pegawai Pendidikan Daerah.
4.2 Pihak sekolah hendaklah mengutip pembayaran ini seperti mana kutipan
yuran lain mengikut proses dan prosedur yang sedia ada di sekolah.
4.3 Pengetua/Guru Besar hendaklah memasukkan bayaran takaful ini ke dalam
borang permohonan kutipan yuran untuk diluluskan oleh pihak Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang mana berkenaan
seperti dilakukan setiap tahun. Adalah menjadi lebih baik jika kelulusan ini
diperolehi sebelum sesi persekolahan akan datang bermula. Proses ini
adalah untuk mempercepatkan pembayaran skim perlindungan ini.
4.4 Semua pembayaran mestilah selesai di peringkat sekolah pada akhir
Januari. Pihak sekolah mestilah menyerahkan kutipan tersebut kepada pihak
Jabatan pada akhir Februari. Sementara pihak Jabatan dikehendaki
menghantar kutipan tersebut kepada pihak Jabatan dikehendaki menghantar
kutipan tersebut kepada Ibu Pejabat STMSB selewat-lewatnya akhir Mac.
4.5 Pihak sekolah bolehlah mendapatkan kerjasama dari berbagai pihak seperti
PIBG bagi membantu pelajar yang tidak mampu untuk menjelaskan bayaran
dalam tempoh yang ditentukan. 


5. Tuntutan Pampasan
5.1 Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh
mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui
sekolah dimana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah
dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti Lampiran A)
dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan sebagaimana yang
ditentukan oleh STMSB.
5.2 STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan pelajar-pelajar berkenaan
atau waris mereka melalui sekolah dimana pelajar berkenaan didaftarkan.
5.3 Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu
sekolah pula bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan
kepada pelajar atau ahli warisnya.
5.4 Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan
diselesaikan berserta dengan tuntutan yang masih dipertimbangkan akan
dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.


6. Hal-hal Lain
6.1 Maklumat terperinci boleh didapati dari Garis Panduan Skim Takaful ini yang
dikeluarkan oleh pihak STMSB (seperti Lampiran B).
6.2 Pihak sekolah juga boleh merujuk kepada Cawangan-cawangan
Takaful yang terdekat atau menghubungi terus Ibu Pejabat STMSB jika
memerlukan penjelasan atau sebarang kemusykilan. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama dengan lampirannya kepada
semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Yang Berbahagia Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
 Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Khalid b. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
 Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan Ketua Setiausaha I
 Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
 Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan Ketua Setiausaha II
 Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
 Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Semua Ketua Bahagian
 Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Ketua Perhubungan Awam
 Kementerian Pendidikan Malaysia




AYUHAK LANGKAWI SKJMB 2013

Tarikh: 19. APRIL 2013 – 21. APRIL 2013

Program “ AYUHAK LANGKAWI” merupakan program santai bersama keluarga. 

HARI PERTAMA
AKTIVITI BEBAS

HARI KEDUA (20.04.2013 / SABTU )
MANGROVE RIVER TOURS
1 BOT HANYA UNTUK 8 ORANG PENUMPANG (termasuk dewasa & kanak-kanak)
* BAYARAN DEWASA / KANAK-KANAK : RM 45 seorang
* TEMPOH MASA AKTIVITI : 4 JAM
* MASA BERKUMPUL : 8.30 pagi
ANTARANYA TEMPAT YANG  DILAWATI:
* Bat Cave
* Crocodile Cave
* Eagle Feeding
* Fish Breeding Farm
* View Kilim Geoforest Park
* Mangrove River




Wajah ceria sebelum ke Langkawi

Tempat menginap di Pantai Chenang

Bergambar semasa "tour"

Syoikkkkkkkk


Helang Langkawi

Bot laju...

Cikgu Wan sedang menikmati panorama

Antara koleksi yang menjadi jelingan

Wah...!!! cantiknya..credit to Cikgu Fatheena

Lagi sudut menarik
yeah...best,,






SAHIBBA: TEMPAT KE-5 PERINGKAT DAERAH KERIAN



Tarikh:24-4-2013
Tempat: SK Jalan Baharu



Tahniah diucapkan kepada MEGAT AIMAN NA’IM B. MEGAT AZMI murid kelas 6 Berlian yang berjaya mendaat tempat ke-5 dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Kerian. CHE MUHAMMAD HAFIZ BIN CHE ZAHARUDDIN pula mendapat tempat saguhati,  Memandangkan ini merupakan kali pertama SKJMB menyertai Pertandingan Sahibba , banyak pengalaman dan strategi baru yang dipelajari. Mudahan pasukan Sahibba SKJMB akan lebih cemerlang di tahun hadapan.






UPSR:PERJUMPAAN DENGAN WARIS

Tarikh: 22 April 2013 hingga 26 April 2013
Tempat: Bilik Mesyuarat SKJMB dan Kelas Tahun 6

Pertemuan guru mata pelajaran tahun 6 dengan waris tahun 6 telah diadakan pada hari yang berlainan mengikut kelas Berlian. Delima. Nilam dan Zamrud Program ini sengaja disusun pada hari yang berbeza untuk memberi tumpuan kepada waris , guru mata pelajaran dan murid tahun 6 tersebut untuk bersemuka dan sama-sama membincangkan cabaran yang perlu diatasi untuk memastikan bukan sahaja prestasi akademik murid meningkat, malah prestasi sahsiah juga turut tidak diabaikan.

Sebahagian para bapa yang hadir sebelum majlis bermula

Guru masih menanti kehadiran para waris sebelum majlis dijalankan seketika lagi


CIKGU SITI ZUBAIDAH BERTUKAR KE SK RABAN

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Siti Zubaidah , guru pra sekolah yang diluluskan permohonan pertukaran ke SK Raban, Lenggong Daerah Hulu Perak. Segala jasa yang dicurahkan kepada SKJMB diucapkan ribuan terima kasih.

Cikgu Siti bersama keluarganya



Cikgu Siti bersama murid pra





PUBLIC SPEAKING: SKJMB JOHAN KELOMPOK 3

Tarikh: 25 April 2013
Masa:2.30 pm
Tempat:Dewan Terbuka SKJMB

Tahniah kepada Iranaeus Suran a/l Santanasamy yang berjaya merangkul kejuaraan dalam Pertandingan Public Speaking Peringkat Kelompok 3 Daerah Kerian.Tahniah juga diucapkan kepada semua guru Bahasa Inggeris SKJMB dan semua pihak yang terlibat sebagai tuan rumah ini. Pertandingan yang diadili oleh tiga orang hakim iaitu En, Mahayudin (SK Titi Serong), Pn, Premalata (SK Kg. Kedah),Pn zarina (SK Seri Kerian) serta En. Abd. Halim (SK Sg. Bogak) sepakat untuk memberi kemenangan kepada wakil SKJMB. Ibu bapa  Iranaeus juga tidak putus-putus memberi sokongan moral kepada anaknya.Syabas!


Selasa, 23 April 2013

STORY TELLING: NAIB JOHAN KELOMPOK 3

Tahniah diucapkan kepada Aini Hayati , murid kelas 5 Berlian kerana berjaya mendapat naib johan dalam story telling peringkat kelompok SK Matang Gerdu. Tajuk ceritanya ialah "The Wicked Step Mother and  Her Step Children". Aini Hayati akan mewakili kelompok ke peringkat daerah tidak lama lagi.

Rabu, 17 April 2013

Ejaan Popular yang Sering Keliru

Ejaan Popular yang Sering Keliru

Salam =)

Berikut merupakan daftar kata yang seringkali
keliru ejaan betulnya dalam peperiksaan.Cuba kita semak
yang mana yang
1) salah
b) betul
c) betul  kedua-dua perkataan
Semoga bermanfaat =)


  1. Kobis = Kubis 
  2. Tahyul = Tahayul
  3. Ciplak = Jiplak
  4. Satay = Sate
  5. Setor = Stor
  6. Bihun = Mihun
  7. Pelusuk = Pelosok
  8. Analisa = Analisis
  9. Definasi = Definisi
  10. Beryani = Beriani
  11. Skuash = Skuasy
  12. Skima = Skema
  13. Mengkarung = Bengkarung
  14. Kolestrol = Kolesterol
  15. Mentera = Mantera
  16. Snoker = Snuker
  17. Kerinting = Keriting
  18. Dinamis = Dinamik
  19. Murtabak = Martabak
  20. Satria = Sateria
  21. Motorsikal = Motosikal
  22. Stem = Setem
  23. Spesis = Spesies
  24. Hirarki = Hierarki
  25. Petrolium = Petroleum
  26. Celupar = Celopar
  27. Atlit = Atlet
  28. Ping pong = Pingpong
  29. Mastika = Mestika
  30. Kuay tiau = Kuetiau
  31. Mee = Mi
  32. Lagenda = Legenda
  33. Panatia = Panitia
  34. Kalender = Kalendar
  35. Baucer = Baucar
  36. Skaf = Skarf
  37. Mertua = Mentua
  38. Stokin = Stoking
  39. Cop = Cap
  40. Sayugia = Seyogia
  41. Sekim = Skim
  42. Siksa = Seksa
  43. Garuda = Geroda
  44. Tauladan = Teladan
  45. Pantomin = Pantomim
  46. Sandwich = Sandwic
  47. Kuopon = Kupon
  48. Stensel = Stensil
  49. Faksimili = Faksimile
  50. Katrij = Kartrij  
  51. Obor-obor=ubur-ubur

  1. MAKLUMAT TAMBAHAN BOLEH RUJUK : 
  2. http://www.moe.gov.my/jpnmelaka/images/BETULKAN_YANG_LAZIM_DAN_LAZIMKAN_YANG_BETUL.pdf

Rabu, 10 April 2013

EDUWEBTV:MARI TONTON

 

PAMERAN DAN CERAMAH PENDIDIKAN ANTI DADAH


Tarikh: 10 April 2013
Masa: 12.00- 2.00 ptg
Tempat: Dewan Terbuka SK Jalan Matang Buluh
Peceramah: Wakil Dadah Kebangsaan Daerah Kerian

Brosur
muka ke-2 brosur



Juruacara yang petah berkata-kata


Murid-murid SKJMB sedang khusyuk mendengar ceramah

Menyanyikan lagu bersama-sama sebelum ceramah bermula. Cuba teka siapa yang berskaf kuning?

Kain rentang majlis


Antara murid yang mndapat hadiah saguhati


Guru-guru SKJMB yang turut serta

Apa pandangan ustaz tentang pameran ini...?

Barisan guru yang turut menceriakan majlis


Bahan pameran

Bahan pameran

eee.... tak mau...

Hukuman kepada penagih dadah dan pengedar dadah




Selasa, 9 April 2013

PPIM: AKTIVITI MEMBUAT SANDWIC

Tarikh : 3 April 2013
Masa: 1.00-2.00 petang (waktu kokurikulum)
Tempat: Bilk JQAF
Penyertaan: Ahli PPIM SKJMB tahun 3 dan 4

Ahli PPIM sedang bekerjasama membuat sandwic

Jangan lupa sapu marjerin dahulu ye...


Sapu hati-hati tau...


Ustazah sedang menunjukkan cara membuat sandwic


Terima kasih Ustazah Kamaliya...seronoknya aktiviti ini

Sandwic hasilan Ustazah Kamaliya...waduh...sedap bangat!!

SELAMAT DATANG: USTZH MASRUZAINI DAN USTZ SHAHIR


Selamat datang diucapkan kepada Ustazah Masruzaini binti A. Rahman dan Ustaz Ahmad Shahir bin Shafie.

Baru bertukar dari SJK(C) Tong Wah

Ustaz Shahir